Thursday, August 28, 2008

Tertanya-tanya Maksud Mimpi

Kata Muslim, daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: "Kadang-kadang Syaitan itu datang kepadamu sambil berkata: 'Siapa yang menciptakan ini?', 'Siapa yang menciptakan itu?', sehingga dia berkata, 'Siapa pula yang menciptakan Tuhanmu?'. Apabila telah sampai di situ, maka mintalah perlindungan Allah daripadanya (Syaitan) dan jauhkanlah diri daripada bisikan itu."
Menerima Surat Berjumpa dengan PKHEM
Penulis sudah cukup terbeban dengan bebanan di rumah, dan sekarang penulis ditambahi dengan bebanan di sekolah. Mungkin penulis tidak patut mengeluh, kerana apa yang penulis lakukan sebelum ini yang menyebabkan perkara sebegini berlaku.

Semasa kelas BM pagi tadi, Fadilah telah masuk ke dalam kelas kami dan menyerahkan sehelai kertas kepada Puan Halipah. Apa yang pasti, nama penulis tercatat dalam kertas tersebut. Kertas itu menyatakan penulis diminta berjumpa dengan Penolong Kanan HEM pada masa kelapan (terakhir).

Pada mulanya, penulis berasa takut, bimbang penulis telah melakukan sesuatu yang tidak baik di sekolah. Macam-macam benda yang keluar berkaitan apa puncanya. Namun, ketika kelas Biologi, Puan Hjh Rosni berpendapat bahawa PKHEM ingin meminta penulis mengetuai bacaan doa esok bagi perayaan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah.

Dan apa yang beliau cakap menjadi benar. PKHEM sendiri memberi secara jelas bahawa penulis akan mengetuai bacaan doa (bagi pihak pelajar dan guru Islam) bagi perayaan Hari Kebangsaan esok, kerana Ustaz Manaf tidak dapat hadir minggu ini. Ini merupakan kali kedua penulis diminta berbuat demikian.

Penulis kemudiannya kembali ke makmal biologi dengan fikiran yang bengang dan berserabut, memikirkan apa isi doa yang sesuai bagi esok. Mujurlah Ustaz Manaf datang ke sekolah selepas waktu persekolah dan menyerahkan skrip doa kepada penulis untuk difotostat.

Solat Hajat bagi Pelajar UPSR SK St. Teresa

Hari ini, SK St. Teresa mengadakan solat hajat bagi calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan UPSR bulan hadapan. Pada pukul 6.00 petang, para pelajar telah berkumpul di Surau Darul Ibadah. Sebaik sahaja penulis tiba di situ, penulis tanpa sempat mengambil wuduk terus membantu Pak Cik Rashid membentangkan tikar dan sejadah di luar surau.

Pukul 6.47 petang, azan Maghrib dialunkan, diikuti dengan solat Maghrib berjemaah. Selepas itu, bacaan Yaasin diadakan, diikuti dengan tazkirah ringkas. Walau bagaimanapun, azan Isyak tidak dialunkan, sebaliknya diteruskan dengan laungan iqamat dan kemudian solat Isyak. Usai solat Isyak, kami kemudian melakukan solat hajat. Setelah itu, barulah para jemaah menjamu hidangan yang disediakan.

Mencari Pengertian di Sebalik Mimpi
Semenjak penulis menulis entri Sitting for Two Test, penulis tertanya-tanya apakah maksud di sebalik mimpi. Walaupun penulis tahu kadang-kadang mimpi itu permainan syaitan, tetapi kadang-kadang setiap mimpi pasti ada maksudnya, dan kadang-kadang apa yang penulis mimpikan memang berlaku di alam realiti.

Sejak penulis mengalami mimpi tersebut, (secara jujur) setiap kali penulis hendak melelapkan mata (walaupun sekejap), wajah pengawas perempuan (yang muncul dalam mimpi penulis itu) pasti akan terlukis dengan jelas, walaupun penulis tidak mengetahui namanya.

[Hei, Lukhman, jangan beritahu aku yang kau....]

[Kau... kau nak gagal buat kali kelimakah? Cukuplah... kau tak serik ke... selama ini empat kali kau gagal kerana mereka tak suka kau, tetapi kau yang perasan suka mereka..]

0 comments:

Post a Comment

Apa Kata Anda...?