Daripada Nabi SAW, sabdanya yang bermaksud: "Apabila berkata kamu dalam sembahyang 'Amin', sedang malaikat di langit mengatakan pula, dan bertetapan dua ucapan itu dalam saat yang sama, nescaya Tuhan akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu." [Sahih Muslim]
Kebosanan dan KemengantukanPagi-pagi yang segar memang sesuai untuk sesi pembelajaran. Tetapi ini hanya bagi mereka yang mempunyai tidur yang cukup. Terus terang, saya memang terlampau mengantuk disebabkan kesegaran pagi ini, sehingga saya hampir tidur di dalam makmal Biologi. Kesegaran ini juga menjadikan saya hilang tumpuan saya untuk belajar tentang apa yang diajar oleh cikgu. Apa yang masuk hanya perbandingan antara
inhalation dan
exhalation.
Adakah Saya Terlalu Menunjuk-nunjuk?Ketika kelas Matematik Tambahan, Kelvin Ting bertanya kepada saya, "
Lukhman, do you love your God?"
'Aik? Lain benar soalan ni,' gerutu saya dalam hati.
Sebenarnya, dia ada mengatakan sesuatu sebelum dia bertanya soalan itu, tetapi syaangnya saya tidak mendengar apa yang dikatakannya kerana sibuk dengan latihan Matematik Tambahan.
"
Yes. Why?" balas saya.
"
If you do, then do not showing off your love."
Saya semakin hairan.
"
Don't always tell 'I'm fasting, I'm fasting' in front of us."
Laa, pasal tu rupanya.
Aik, dia tak faham lagi?
Saya dengan begitu malas kerana begitu sibuk dengan latihan Matematik Tambahan menjawab, "
To remind myself." Agaknya jawapan itu memang sudah terlalu pelik.
Saya sangka dengan berkata "
I'm fasting" maka mereka akan berhenti mengatakan sesuatu yang menguji kesabaran saya. Tetapi, tak sangka Kelvin Ting salah sangka sampai begitu sekali.
Adakah salah saya berkata demikian?
Saya sedar, saya ini hanya menyusahkan dan menyakitkan hati orang lain. Alangkah eloknya seandainya saya bersekolah di sekolah agama sebaik sahaja tiba di sini...?
Apa yang berlalu, tak dapat diubah...
Arghh...Semakin hari, saya semakin tidak dapat menahan perasaan saya. Kadang-kadang, saya ingin 'gadis itu' mengetahui isi hati saya, tetapi kemudian saya membatalkan niat saya itu. Saya cuba berpegang pada polisi tidak menyusahkan dan memudaratkan orang lain.
Tetapi kadang-kadang, saya berfikir, adakah apa yang saya lakukan ini berbaloi? Tidakkah ia hanya menjadikan saya susah dan buntu?
Kadang-kadang, apabila saya melihat dia, saya memang nak luahkan, tetapi.. yalah, pengalaman dan polisi yang saya pegang bertapak di minda saya.
Apa yang harus saya lakukan sekarang?