Wednesday, September 10, 2008

'Manas'

Saya sendiri pun tak tahulah, sama ada perkataan manas itu memang sudah wujud dalam bahasa Melayu Sarawak dari dahulu lagi. Tetapi, secara literalnya, manas di dalam dialek Sarawak bermaksud panas baran, marah dan naik darah. Barangkali terbit dari perkataan panas.
Serik atau Tidak...?
Semalam telah berlangsung ujian Bahasa Melayu bagi Ujian Kedua bagi tahun ini. Dan sudah menjadi 'resam' kebanyakan pelajar 4A, ada dalam kalangan mereka meniru. Saya baharu sahaja tahu mengenainya apabila menyedari perubahan sikap Puan Halipah ketika kelas Bahasa Melayu pagi tadi.

Pada mula Puan Halipah 'bersyarah', masih ada dalam kalangan kami yang sibuk bercakap kosong dengan rakan mereka - seperti biasa, orang yang biasa. Faham-fahamlah siapa. Tetapi, apabila Puan Halipah meninggikan
volume peti suaranya, seluruh kelas menjadi diam - kali keempat dalam sejarah saya berada di situ.

'Syarahan' beliau dimulakan dengan kaiatan antara agama kami dengan kepercayaan kami terhadap Tuhan. Kemudian baharulah dia memberitahu secara 'berlapis-lapis' bahawa
ada dalam kalangan kami yang meniru semasa ujian semalam.

Puan Halipah kelihatan kesal dan sedih dengan sikap mereka. Beliau juga dengan terang bahawa ada di antara mereka yang meniru adalah pengawas, sekaligus melabel mereka sebagai seorang yang tidak amanah.

Kata-kata Puan Halipah sangat pedas, sekalipun sebenarnya ia tidak ditujukan kepada saya. Saya berisitghfar banyak-banyak, menenangkan hati saya apabila melihat sikap Puan Halipah yang sedang dikuasai perasaan amarah.

Puan Halipah sempat memberi amaran kepada mereka agar segera meminta maaf atau beliau tidak akan reda dengan mereka. Bahaya tu. apabila sampai kepada tahap tu, maka celakalah mereka. Menyakitkan hati guru samalah seperti menyakitkan hati ibu bapa.

Jadi, kesimpulannya, kami tidak mempelajari apa-apa dalam masa 35 minit tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Apa Kata Anda...?