Friday, September 05, 2008

Ta'aruf di Surau

Sebaik sahaja tiba dari surau dari mengerjakan solat Tarawih dan tadarus al-Quran, saya segera membuka PC ini dan menghubungkannya kepada Internet. Saya ada sesuatu yang hendak diceritakan di blog yang tersayang ini.
Saya sendiri tidak faham. Hari ini, saya berasa sangat letih. Apabila tiba untuk melakukan solat Tarawih rakaat kelima-keenam, kaki saya sudah mengadu kesakitan. Yang itu masih boleh ditahan, tetapi tidak bagi rasa mengantuk. Pada hemat saya, solat tarawih pada malam ini tidak begitu khusyuk bagi saya, tambahan pula si imam membaca masih pada kelajuan yang cukup sederhana, membuatkan saya bertambah mengantuk, lebih-lebih lagi ketika solat witir.

Sama seperti semalam, Pak Cik Sudin (saya sendiri lupa apa pangkatnya, jadi saya panggilnya pak cik) tidak hadir. Jadi, sekali lagi, saya memimpin kumpulan jemaah wanita untuk bertadarus, dibantu oleh seorang remaja lelaki (yang saya sendiri pun tidak tahu namanya, lupa nak bertanya).

Dalam kekhusyukan saya menghayati bacaan setiap orang dalam kumpulan itu, telinga saya tertarik pada bacaan seorang gadis. Bukan kerana merdu (tetapi itu hanyalah sebab sampingan), tetapi kerana kelajuan bacaannya. Lebih laju daripada saya. Lebih kurang 100 km/jam, dengan sedikit kesilapan dalam bacaan. :P

Dalam fikiran saya, gadis ini pastinya seorang huffaz. Itulah deduksi awal saya.

Gambaran gadis ini pula, dia kelihatan tua sedikit daripada saya, tetapi masih muda. Kulitnya putih. Dia memakai tudung labuh hitam. Dari segi pakaiannya, kelihatannya dia sangat menjaga auratnya.

Sesekali, mata kami bertemu, tetapi kemudiannya saya atau dia akan melarikan pandangan masing-masing, dengan wajah merah padam (pada wajah saya) dan senyuman yang terukir (boleh tahan gatal juga saya. Astaghfirullah =.=).

Selepas selesai tadarus, kami balik ke rumah melalui laluan yang sama. Ketika itulah, kami berbual-bual: bertanya tentang sekolah/universiti kami, nama kami, dan sedikit hal-hal peribadi (yang tidak terlalu peribadi).

Gadis itu saya panggil Kak Khadijah. Pelajar tahun terakhir di UNIMAS (tidak diketahui bidang kajian).

Saya telah bertanya kepadanya, sama ada dia seorang huffaz atau tidak. Jawabnya, "Eh, sik adalah."

Gagal. Deduksi saya kali ini silap.

"Kamek sekolah biasa jak dulu," jawabnya lagi.

o.O

0 comments:

Post a Comment

Apa Kata Anda...?