Thursday, September 11, 2008

Hafazan al-Quran bagi Majlis Tadarus al-Quran

Bagi sesiapa yang belum mengetahui mengenai aktiviti yang paling kerap saya sertai, sya paling aktif dalam Majlis Tadarus al-Quran sejak Darjah Tiga hingga Tingkatan Tiga. Hanya dari Tingkatan 1 saya mula mewakili bahagian Sarikei ke perngkat negeri.
Saya pun tak tahu, adakah pihak pengajur Majlis sengaja mencari fasal dengan para pelajar yang menyertai Majlis Tadarus al-Quran (MTAQ), terutamanya bagi kategori hafazan al-Quran. Ketika saya dalam tingkatan dua, hanya tujuh surah sahaja yang diuji, tetapi pada tahun lepas bertambah lagi satu surah. Dan tahun ini, satu surah lagi ditambah.

Antara surah-surah yang diuji ialah:
  1. Surah Yaasin - 83 ayat
  2. Surah as-Sajdah - 30 ayat
  3. Surah al-Waqi'ah - 96 ayat
  4. Surah al-Jumu'ah - 11 ayat
  5. Surah al-Mulk - 30 ayat
  6. Surah Nuh - 28 ayat
  7. Surah al-Insan - 31 ayat
  8. Surah as-Saff - 14 ayat (ditambah tahun lalu)
  9. Surah al-Dhariyat - 60 ayat (ditambah tahun ini, menurut sumber)

Yang saya mampu ingat hanyalah surah as-Sajdah dan surah al-Insan. Itupun masih tersekat-sekat. Maklumlah sibuk dengan pelajaran. Kurang masa untuk menghafal.

0 comments:

Post a Comment

Apa Kata Anda...?