Mencontohi sesuatu itu memang elok, tetapi biarlah kena pada tempatnya. Bukan sahaja perlu memilih yang positif, tetapi perlu juga mengambil kira aspek hak cipta seseorang itu. Lebih elok jika menjadi diri sendiri. Itulah identiti sebenar kita.Ketika saya menulis entri ini, saya baharu sahaja pulang dari menunaikan solat Isyak dan solat Tarawih berjemaah di surau. Saya sangka, sebaik sahaja saya pulang dan membuka komputer ini, saya dapat menjalankan hobi menterjemah khutbah-khutbah dari Al-Haramain as-Syarifain. Malangnya, mood itu bertukar kepada rasa geram, rasa marah dan rasa sakit hati yang membara.
Saya membuka sebuah blog, di mana stail header blognya seakan-akan menyerupai stail header blog saya. Cuma apa yang membezakannya ialah header saya terdapat link bagi blog ini, dan header blog itu terdapat banyak gambar yang pastinya diedit dan disusun dalam keadaan yang tidak teratur dan tidak cekap. Saya bukan hendak perasan dan bukan hendak mengutuk.
Kali ini, saya memang sakit hati dengan penulis blog itu. Tetapi tidaklah sampai dendam. Cuma rasa sakit hati yang biasa saja. Dahulunya title blognya menyerupai title blog saya. Cuma dia menggunakan perkataan permulaan dan akhiran yang berbeza dengan saya. Dan kali ini, rekaan header blog saya yang diserupainya untuk menghasilkan header bagi blognya.
Syukurlah blognya tidak menyerupai blog saya secara keseluruhannya.
Saya bukanlah marah, tetapi apa yang ingin saya katakan: kadang-kadang sesuatu perkara yang menjadi ikutan kita akan menimbulkan rasa sakit hati terhadap orang yang menjadi ikutan itu. Sebenarnya, apa yang ada pada seseorang sudah merupakan trade mark baginya agar orang lain mudah mengenalinya. Tindakan kita mencontohinya dalam beberapa perkara yang menjadi trade mark dia menyebabkan orang sukar mengenalinya.
Kalau anda ingin mencontohinya dari segi sikapnya, itu tidak mengapa. Tetapi bukan dari segi perkara-perkara tertentu seperti gayanya. Sebab itulah umat Islam dianjurkan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik bagi mereka.
Saya bukanlah bercakap kosong. Saya sendiri sebenarnya ada mencontohi beberapa gaya daripada beberapa orang. Tetapi, gaya-gaya yang saya ambil itu saya gabungkan menjadi gaya saya sendiri. Contoh yang paling jelas ialah pada blog saya. Kalau anda perhatikan, layout blog ini saya contohi gayanya daripada blog Faisal Tehrani, cuba warnanya yang saya terbalikkan. Sebelah kiri warna putih, sebelah kanan warna kelabu.
Headernya pula (sebelum saya tukar kepada yang baharu), merupakan ikutan dari header blog Mufti Perlis. Cuma saya letakkan hiasan khat. Tambahan pula, saya tidak begitu pakar dalam men-'crop' gambar saya daripada sebuah gambar asal.
Jadilah diri sendiri. Jangan suka mencontohi gaya orang lain. Contohilah sikap dan akhlaknya. Saya tidak marahkan anda, malah saya maafkan anda.
Maafkan saya sekiranya terkhilaf kata.






1 comments:
Assalamualaikum...
saya baca entri ni lepas balik dari kem...
saya rasa, awak tulis mengenai saya...
sebenarnya, sebahagian dari pembuatannya tu adalah cadangan ibu saya... saya dan dia telah melihat blog2 kenalannya...termasuk satu blog makngah saya. Terdapat gambar Wathiqah. jadi, saya cuba mencontohi gambar yg makngah saya edit tu...
mengenai tajuk tu, saya tak pasti penyebab saya tulis tajuk tu.. sudah lama berlalu...sewaktu saya masih baru dgn dunia blog...
Oleh itu, saya minta maaf kalau ianya menyebabkan rasa sakit di hati awak. Saya tak tahu awak akan sakit hati kerana headernya hampir sama dengan header awak. Saya sengaja buat blog saya sama seperti yang ada di laman terbaru saya yg saya belum siapkan lagi...tetapi, saya masih belum tahu bagaimana nak mengubah gambar2 yg disediakan di laman tersebut.. Jadi, saya meletakkannya di blog saya dahulu...Dulu, saya memang ada idea nak buat macam2 kat blog saya, tapi, sebelum saya memulakannya, awak atau pun orang lain dah pun buat semua tu. Jadi, saya batalkan. Sebab, setiap perkara yang saya lakukan, saya akan berjaga-jaga supaya ianya tidak seperti saya cuba mengikut seseorang itu walaupun sebenarnya, saya tak kisah orang mengikut style saya selagi ianya tidak menjejaskan diri saya...
Kalau awak merasa tidak senang mengenai blog saya tu, saya akan ubah sendiri nanti.
Wassalam...
Syukran atas nasihat yang ditulis di dalam entri ini...
Post a Comment
Apa Kata Anda...?