Monday, June 30, 2008

25 Jamadil Akhir | Persediaan Sebelum Prayer Service...

Hari ini, seperti biasa, kelas dimulakan dengan kuliah Chemistry, di mana hari ini kami telah habis mempelajari bab 5. Ciri-ciri sebatian ion dan kovalen, memang dah cukup memeningkan, untuk ingat poin utama, ditambah lagi dengan huraian (untuk esei). Itu baru Chemistry.
Selepas itu, kelas diteruskan dengan kuliah Fizik yang diajar oleh Mr. Chong. Hari ini pulak, kami menyambung kembali kuliah Fizik tentang Pascal's Principle, kemudian masuk ke topik Archimedes' Principle. Arghh! Peningnya! Nak hafal prinsip, lepas tu kena hafal formula... bengangnya!!! Macam mana nak solve masalah ni??? (ada sesiapa dapat bantu?)

Selepas rehat, kelas bersambung dengan kuliah Pendidikan Islam. Tajuk: Hidayah Milik Allah. Nampak mudah, tetapi nota yang kami salin secara 'manual' berbondong-bondong. Muka surat yang digunakan penulis untuk mencatat nota tersebut mencecah tiga muka surat. Bermakna tajuk ni kupasannya tentang satu ayat al-Quran banyak, sehingga meliputi isu dakwah islamiah.

Lepas tu pulak, kuliah BI. Masih berkisar cerpen ketiga, The Drover's Wife. Apa yang lucunya, cerpen ini seolah-olah menceritakan tentang kehidupan Pn. Jennifer (beliau bukannya isteri kepada drover). Hahaha, kesian Cikgu. Suami kerja kat luar, Cikgu dengan anak kat rumah. Gerenti sunyi.

Lepas tu, kelas sesi pagi berakhir dengan kuliah Add Math. Mengulang kaji tapoik-topik lalu. Penulis dah lupa dah tentang Functions, sehingga penulis hampir-hampir stres. Terpaksa rujuk buku. Tetapi, Kelvin Jong lebih stres daripada penulis, mungkin perasaannya masih sedih disebabkan Jerman kalah kepada Sepanyol pagi tadi. Sampai menghentak meja. Fuyoo...

***

Sesi luar sidang pula dimulakan dengan kuliah EST. Masih berkisar tentang topik Source of Renewable Energy. Semasa kuliah, ketika yang lain sedang menyiapkan latihan, Retsel (yang sudah selesai menyiapkan latihannya) sibuk menghasilkan kereta mainan daripada rangka yang diperoleh dari kerepek Mamee. Tapi, dia kantoi. Retsel juga berkelakuan 'aneh', sehingga menyebabkan Pn. Jennifer berasa hairan sambil berkata:

"And you're going to marry soon..."

Hah?

Apabila mendengar perkara ini (yang sudah semestinya hanya gimik), Adrian pula berkata:

"Who is the unlucky girl?"

HAHAHAHA!!!

Selepas itu, kelas bersambung dengan kuliah Pendidikan Islam, di mana kami menghabiskan ujian Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA) dalam topik Perkahwinan. Sebelum itu, semua pelajar Islam 4A dan 4B menunaikan solat zuhur, diiqamatkan oleh Rasyid dan diimami oleh Lukhman (itu saya).

Selepas kuliah agama, semua pelajar telah pulang, bermakna selesailah sesi luar sidang. Tetapi, penulis tidak pulang terlebih dahulu. Penulis harus membacakan Surah Yaasin di hadapan Ustazah, Qamarul dan Amir. Sebenarnya, Ustazah ingin mendengar bacaan penulis sebelum prayer service Jumaat ini.

Bercakap tentang prayer service, terlupa pula penulis hendak tulis. Teks khutbah yang dirancang itu telah siap, namun, terdapat beberapa kesilapan (dari segi ejaan mahupun susunan). Mujur penulis belum cetak lagi manual bagi khutbah multimedia tersebut.

Rasa menggeletar pula bila ingatkan prayer service minggu ni (mana taknya, penulis yang akan mengetuai pembacaan Surah Yaasin dan tahlil, dan penulis juga akan menyampaikan khutbah pada hari tu)....


http://ahls1412.blogspot.com/

Sunday, June 29, 2008

25 Jamadil Akhir | Kajian...

What's Your Religious Philosophy?



You believe in God and your chosen religion.
Whether you're Christian, Muslim, Jewish, or Hindu..
Your convictions are strong and unwavering.
You think your religion is the one true way, for everyone.



------------------------------------

What's Your Hidden Talent?

You have the power to persuade and influence others.
You're the type of person who can turn a whole room around.
The potential for great leadership is there, as long as you don't abuse it.
Always remember, you have a lot more power over people than you might think!

------------------------------------------------------

How Weird Are You?

You Are 50% Weird
Normal enough to know that you're weird...
But too damn weird to do anything about it!


---------------------------------------------------------

What Does Your Birth Date Mean?

Your Birthdate: June 18
You are a cohesive force - able to bring many people together for a common cause.
You tend to excel in work situations, but you also facilitate a lot of social gatherings too.
Beyond being a good leader, you are good at inspiring others.
You also keep your powerful emotions in check - you know when to emote and when to repress.

Your strength: Emotional maturity beyond your years

Your weakness: Wearing yourself down with too many responsibilities

Your power color: Crimson red

Your power symbol: Snowflake

Your power month: September

---------------------------------------------------------

How Are You In Love?


You fall in love quickly and easily. And very often.

You give completely and unconditionally in relationships.

You tend to get very attached when you're with someone. You want to see your love all the time.

You love your partner unconditionally and don't try to make them change.

You are fickle and tend to fall out of love easily. You bounce from romance to romance.

----------------------------

Were You Naughty or Nice This Year?

You Were Nice This Year!
You're an uber-perfect person who is on the top of Santa's list.
You probably didn't even *think* any naughty thoughts this year.
Unless you're a Mormon, you've probably been a little too good.
Is that extra candy cane worth being a sweetheart for 365 days straight?

24 Jamadil Akhir | Ahad yang (Boleh Dikatakan) Menyeronokkan...

Sekali lagi, bermulalah hari Ahad.
Hari ini, penulis bersama dengan keluarga mengunjungi The Spring (sebenarnya ibu bapa penulis hendak membeli barang-barang keperluan rumah, penulis hanya mengikut sahaja memandangkan penulis berasa sunyi dan bosan di rumah). Ketika di sana, penulis terlihat beberapa orang ahli St. Joseph's Marching Band berada di luar The Spring, termasuk Azri. Ternyata benar apa yang dinyatakan oleh Roland dalam blognya.

Ketika penulis menuju ke MPH Bookstore (tempat kegemaran penulis), penulis terserempak dengan Roland dan ahli band yang lain. Turut bersama Roland ketika itu ialah Kelvin Ting dan Su Xing Min (Su juga merupakan ahli band). Kemudian, penulis bersama-sama mereka menuju ke MPH. Walau bagaimanapun, Roland, Su dan ahli band yang bersama dengan mereka tidak berada di situ begitu lama, kerana mereka harus membuat persembahan di situ selepas itu. Jadi, penulis meneroka MPH bersama Kelvin.

Di situ, bermacam-macam kami bualkan. Hahaha, memang betul apa yang Roland cakap. Kelvin menjadi semakin pelik. Ketika kami meneliti kamus berkaitan Sains, Kelvin berkata:

"I like Biology."

Alamak, nampaknya dah jelas dia ni memang aneh. Tetapi, he got the point. Penulis merasakan bahawa sekarang subjek Biologi mudah untuk faham. Hanya penulis sahaja yang menjadikan subjek itu sukar. (Hehehe... berfalsafah pula bunyi aku ni).

Kemudian, setelah selesai membeli barang-barang yang diingini, penulis dan Kelvin menuju ke tempat di mana marching band tersebut mengadakan pertunjukan. Fulamak, memang hebat persembahan mereka. Inilah persembahan hebat yang pertama kali lihat dalam hidup penulis.

Pukul 2.15 petang, penulis dan keluarga pun pulang ke rumah.

* * *

Enath mengapa penulis mendapat ilham untuk menulis. Dan kali ini genre prosa yang ingin ditulis berlainan dengan apa yang penulis selalu karang sebelum ini.

Tapi, apa salahnya penulis karang cerita cinta pula lepas ni...


Salah Faham Terhadap Konsep Negara Islam dan Sistem Pemerintahan Islam

Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan, negara Islam ialah negara yang mengarahkan segala urusan pemerintahan dan pentadbirannya tunduk kepada hukum Islam yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis serta ijtihad yang benar.
Secara keseluruhannya, penulis tidak begitu bersetuju dengan sesetengah pendapat yang menyatakan Malaysia merupakan negara Islam, kerana dari segi syarat negara Islam (berdasarkan definisi yang diberikan oleh Dr. Abdul Karim Zaidan), kerana perlembagaan di Malaysia masih belum tunduk kepada syariah Islam. Penulis bukanlah menyokong PAS, dan penulis juga tidak menyokong mana-mana parti politik.

Persoalannya, mengapakah perlembagaan di Malaysia tidak tunduk kepada syariah Islam? Punca utama kepada masalah ini ialah salah faham orang bukan Muslim terhadap konsep negara Islam dan sistem pemerintahan Islam. Apabila kita berbicara tentang syariah Islam kepada yang bukan Muslim, pastinya terbayang dalam fikiran mereka hukuman potong tangan jika mencuri, hukuman sebatan jika berzina dan segala yang menakutkan bagi mereka.

Astaghfirullah! Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Bukankah sudah terbukti bahawa syariah Islam yang dibawa oleh Rasulullah Nabi Muhammad SAW merupakan rahmat kepada seluruh alam, sebagaimana firman Allah: "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." (Surah al-Anbiya', 21 : Ayat 107)

Semuanya berpunca daripada diri kita sendiri!! Dakwah kita kepada yang bukan Muslim yang bermasalah. Apabila berkempen kepada mereka akan negara Islam, kita kata kita akan tegakkan hukum Hudud. Mana tak yang bukan Muslim takut. Ubahlah cara dakwah kita. Syariah Islam bukan sekadar hukum Hudud, malah lebih dari itu, meliputi semua aspek kehidupan kita.

Sistem pemerintahan negara Islam mempunyai lima prinsip:
  1. Al-'Adalah (Keadilan): Merupakan matlamat penting dalam sistem pemerintahan Islam, di mana semua orang mempunyai hak keadilan berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang Islam.
  2. 'Adam al-Huruj (Tidak Menyusahkan): Sudah terbukti, perundangan Islam tidak menyusahkan dan membebankan manusia. Prinsip ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW: "Tidak ada mudarat dan tidak boleh melakukan kemudaratan." (Hadis hasan riwayat Imam Malik, Ibn Majah, ad-Daruqutni). Semua orang diperintah agar melakukan sesuatu suruhan atau meninggalkan sesuatu larangan mengikut keupayaannya. Firman Allah SWT: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahkannya." (Surah al-Baqarah, 2 : Ayat 286)
  3. Qillah at-Takalif (Sedikit Tanggungjawab): Syariah yang dipertanggungjawabkan kepada manusia tidaklah terlalu banyak sehingga membebankan kehidupan manusia, tetapi hanya untuk memenuhi keperluan yang dikehendaki oleh suasana kehidupan manusia seharian. Ia boleh didapati dalam bentuk perintah, larangan atau pilihan. Bebannya adalah sedikit, bersifat biasa dan mempu ditanggung.
  4. At-Tadarruj fi At-Tasyri' (Beransur-ansur): Penurunan Al-Quran kepada Rasulullah SAW secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun menunjukkan bahawa prinsip perundangan Islam mempunyai ciri beransur-ansur. Penurunan dan penguatkuasaan undang-undang Islam secara beransur-ansur akan memberi peluang kepada manusia untuk memahami, mengamalkan serta menghayatinya.
  5. Asy-Syumul (Menyeluruh): Undang-undang Islam adalah lengkap dan mencakupi seluruh kehidupan manusia. Ia merangkumi aspek-aspek akidah, ibadat, munakahat (hal ehwal perkahwinan), mualamat (hal ehwal jual beli) dan jenayah. Ia juga sesuai pada setiap masa, tempat dan keadaan tanpa mengira siapa.
Akhirul kalam, penulis menyeru kepada semua pembaca yang beragama Islam agar kita lakukan anjakan paradigma ke atas cara dakwah kita kepada yang bukan Muslim, sekiranya anda ingin melihat perintah Allah untuk menegakkan negara Islam di bumi Malaysia menjadi kenyataan.


Friday, June 27, 2008

22 Jamadil Akhir | Soal Selidik Mengenai Minat Terhadap Matematik

Hari ini, keadaan berjalan seperti hari-hari sebelumnya, termasuklah keadaan di dalam kelas yang bising sementara menunggu kedatangan guru bagi setiap kelas. Mahu tak mahu, sebagai Penolong Ketua Tingkatan (hahaha, nasib baik tak jadi Ketua Tingkatan sekali lagi), penulis terpaksa bersabar.
Semasa kelas Bahasa Inggeris tadi, Cikgu telah memanggil Amir Hakim dan Benedict Yet untuk membentangkan ujian lisan mereka di hadapan kami. Apa yang mengujakan penulis ialah kefasihan lidah Amir dan Benedict menyampaikan ujian lisan mereka dalam bahasa Inggeris, sesuatu yang sukar bagi penulis untuk melakukannya. Topik yang disentuh oleh Amir ialah tentang matahari dan inflasi bagi Benedict.

Dan semasa kelas Matematik, kami tidak mempelajari apa-apa. Cikgu Chua (guru pelatih menggantikan Pn. Chin buat sementara waktu) telah memberi kami dua soal selidik mengenai minat pelajar terhadap Matematik. Dan bagi penulis, Mathematics dan Additional Mathematicslah mata pelajaran yang best selepas Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam. Penulis juga terkejut apabila mengetahui bahawa Cikgu Chua pernah bersekolah di St. Anthony (sekolah lama penulis).

Bercakap tentang Matematik Tambahan, semasa kelas Matematik Tambahan, Cikgu Liew pula sangat kecewa kerana terdapat sesetengah 'manusia' yang belum menghantar latihan yang diberikan. Beliau telah mengedarkan kembali latihan-latihan tersebut kepada mereka yang menghantar. Apa yang mengejutkan, stiker yang dilekat di hadapan buku latihan penulis ialah stiker Grafield (sebabnya memudahkan Cikgu untuk mengetahui buku-buku yang dihantar itu latihan yang mana satu).

Ketika penulis menyelak komentar Cikgu tentang latihan yang penulis hantar, inilah komentar beliau (sangat panjang berbanding sebelum ini):
Cikgu memang tak tahu nak komen apa lagi lah - rajin, berusaha, kemas, sopan... segala-gala yang baiknya ada pada Lukhman. Sesungguhnya Tuhan amat menyayangi Lukhman, semoga Lukhman sentiasa bersyukur dan membuat apa-apa yang terbaik.
Alhamdulillah (ketika ini, penulis membuat gaya seperti orang Melayu bercakap gaya Arab =D). Dan ini kali kedua penulis mendapat gred Excellent atas latihan Matematik Tambahan. Ruginya penulis tak punya kamera untuk mengambil gambar muka surat yang tercatat komentar tersebut.

Mungkin penulis patut (bukan mungkin, memang patut pun) berterima kasih kepada Cikgu Wendy (guru Matematik dan Matematik Tambahan kelas penulis ketika penulis di St. Anthony), kerana beliaulah yang menanamkan budaya kemas dalam latihan dalam diri penulis. Penulis terkenangkan tegurannya apabila penulis melakukan latihan dengan tidak kemas (hahaha).

Pesanan Iklan: Jangan anggap sesuatu benda itu susah, kerana tidak ada perkara di dalam dunia yang senang. Anggaplah benda itu mudah dan bukannya senang. Insya-Allah, anda akan dipermudahkan jalan dalam perkara tersebut.


Thursday, June 26, 2008

21 Jamadil Akhir | Bintang Murid Terpuji

Bintang Murid Terpuji (BMTP) ialah suatu anugerah yang dianugerahkan kepada pelajar yang dinilai sebagai mempunyai akhlak yang baik, sopan dan menjadi contoh kepada pelajar lain.
Hari ini hari Khamis. Dan setiap dua minggu, perhimpunan akan diadakan. Penulis tidak menyangka, hari ini penulis dan beberapa rakan sekelas menerima anugerah Bintang Murid Terpuji hari ini. Dan apa yang paling mengejutkan, penulis salah seorang daripada penerima anugerah tersebut. Rugi benar penulis tiada kamera agar dapat mengambil gambar pingat dan sijil tersebut dan berkongsi bersama anda.

*************************

Hari ini, Kelvin Ting telah berkongsi tiga joke yang boleh dikatakan 'gila'.

Pertamanya dia menyuruh kami mengeja perkataan icup. Setelah selesai mengeja, Kelvin dengan expression terkejut berkataa, "You see me pee." Penulis faham apa yang berlaku.

Kemudian, dia menyuruh penulis terjemahkan ayat saya kata paus ke dalam bahasa Inggeris. Apabila selesai menterjemah, Kelvin (sekali lagi dengan expression yang sama) berkata, "You sewel." Sekali lagi, penulis faham.

Yang terakhir, dia menyuruh penulis menterjemahkan ayat saya kerusi merah beruang merah. Tetapi, pisang takkan berbuah dua kali. Penulis faham apa maksudnya.

Kesimpulannya, inilah joke Kelvin:
I C U P --> I see you pee (Saya nampak awak buang air kecil)
Saya kata paus --> I say whale ---> I sewel
Saya kerusi merah beruang merah --> I chair red bear red --> I cirit birit
Memang 'gila'. (Sorry, Kelvin, I don't have other word to describe your jokes, that's why I put the upper comma).


Wednesday, June 25, 2008

20 Jamadil Akhir | Salah Siapa...?

Arghh! Geramnya. Dia sendiri yang salah, nak salahkan orang lain pula. Siapa suruh larang penulis punyai telefon bimbit dari dahulu lagi...
Tadi, penulis berasa geram sangat. Bapa penulis meminta penulis daftarkan nombor telefon ibu penulis untuk Xpax. Dan penulis pula tak tahu menahu tentang bab Xpax mengXpax ni. Bila penulis tercengang (sebab tak tahu), mereka anggap penulis malas, tak prihatin, tak mahu tolong. Malah, sampai 'merajuk' dan kata tidak ingin tolong penulis belikan majalah AL ISLAM lagi pada masa akan datang. Ada ke patut?

Dulu, bila penulis minta bapa penulis belikan telefon bimbit untuk penulis, dia tak beli, alasannya nanti penulis tak pandai kawal diri bila guna telefon bimbit. Jadi, penulis pun lupakan benda tu dan tak ambil tahu pasal telefon bimbit ni. Sekarang dia pulak minta penulis daftarkan nombor telefon bimbit ibu penulis untuk Xpax. Apa pulak suruh penulis yang 'malas' ni, sendiri buatlah kalau dah biasa pakai...

(Mungkin bunyi ni nampak kurang ajar, tetapi inilah luahan hati penulis).

Kalau diikutkan, ingin sahaja penulis marah. Tapi, atas 'tiket hormat kepada ibu bapa', penulis terpaksa pendamkan sahaja. Ini dah kali ketiga penulis pendamkan rasa tak puas hati penulis. Hanya blog ini sahaja tempat penulis luahkan rasa tak puas hati dan marah penulis.

Lihat, masa yang sepatutnya penulis gunakan untuk tulis entri ini dan mencatat rangka khutbah untuk minggu depan, dibazirkan untuk membuat perkara yang penulis tiada pengetahuan mengenainya. Dan penulis terpaksa menerima tohmahan yang tidak benar, pedas dan menyakitkan hati (tak tahan penulis dengar, panas telinga, rasa nak lepas je rasa marah ni).

***

Hari ini, penulis tuliskan quote untuk hari ini, yang datang dari lidah Drareve, rakan sekelas penulis:
Sex is the way of life (menurut Drareve)
Quote apa ni?

Drareve meluahkan kata-kata ini ketika kelas Sivik, apabila Cikgu membincangkan tentang jenayah juvana. Apa lagi, terkejutlah satu kelas mendengar kata-kaat Drareve (nasib kaulah, Roland, kau tak dengar kata-kata Drareve tadi).

***

Akhirnya, cadangan penulis untuk menyampaikan khutbah pada prayer service minggu hadapa diterima oleh Pn. Zalma dan Ustazah Mona. Cuma, Pn. Zalma meminta agar penulis menggunakan tema khutbah yang berkaitan dengan pelajar, manakala Ustazah Mona mencadangkan isu semasa.

***


Tuesday, June 24, 2008

19 Jamadil Akhir | Fulamak....

Sekali lagi Pn. Jennifer memarahi kami sekelas atas sikap kami. Seluruh kelas menjadi kaku sekali lagi seperti semalam.
Ceritanya bermula apabila Pn. Jennifer masuk ke kelas kami untuk kelas Bahasa Inggeris. Disebabkan terdapat beberapa orang pelajar yang belum menyiapkan nota Literature yang sepatutnya siap sebelum ini, maka Pn. Jennifer tidak dapat menahan lagi kesabarannya dan memarahi kami semua atas sikap kami semua. Mujurlah beliau tidak lagi membandingkan kami dengan Kuching High School atau Sekolah Batu Lintang.

Kemarahannya memuncak apabila Joel dan Su Xing Min tiada di kelas. Pn. Jennifer beranggapan abahwa mereka berdua ponteng kelas BI, lalu dia memarahi kami. Dia juga mengatakan bahawa EST tidak diwajibkan dalam SPM. Mungkin bagi yang lain tidak wajib, tetapi bagi penulis ianya wajib, kerana menuntut ilmu adalah wajib, apatah lagi ilmu fardu kifayah (ilmu fardu ain tak payah cakaplah, memang wajib bagi setiap umat Islam).

......................................

Semasa rehat tadi, penulis bersama Nadzmi pergi ke bilik guru untuk berjumpa Pn. Hjh. Rosni. Tujuan penulis berjumpa dengan beliau adalah untuk meminjam buku rujukan untuk mencari maklumat tentang cloning, memandangkan topik tersebut dijangka keluar dalam peperiksaan nanti. Ketika itu juga, Pn. Zalma meminta penulis untuk menggantikan Ustaz Manaf mengetuai pembacaan Surah Yaasin pada prayer service minggu hadapan (memandangkan Ustaz Manaf tidak hadir keseluruhan minggu hadapan).

HAH?

Itulah yang berlaku.

P/S: Nampaknya kena cepat download audio bacaan Surah Yaasin oleh Sheikh Mahir al-Mu'ayqali sebelum minggu hadapan.




Courtesy of Roland

Instructions

People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any question that they dislike with a new question formulated by themselves.

Tag eight people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tagged by. Continue this game by sending it to other people.

Quiz:

If your lover betrayed you, what would your reactions be?
It's better to leave her.

If you can have a dream to come true, what would it be?
To mati syahid having a war against Dajjal al-Masih (The Big Lier)

Are you satisfied with the way your life is right now?
Yes, because it is a gift from ALLAH.

Are you confused of what lies ahead of you?
No because i dunno what is it.

What's your ideal lover like?
Loving, faithful, hold to the religion

Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
Loving someone.

What is the one thing that pisses you off about the opposite sex?
It hard to deduce the female rather than the male.

How far will you go for the one you love the most?
Loving someone because of ALLAH.

Is there anything that makes you happy these days?
Gifts from ALLAH.

One word to describe you.
Usual


And now, I tag:
1. Stanley
2. Hua Ying
3. Adrian
4. Nurfatihah Athirah

Hehehe... don't angry, ini hanyalah permainan....

Monday, June 23, 2008

18 Jamadil Akhir | Ooo....

Sekali lagi hari yang baharu bermula.
Penulis masih ingat apa yang ditulis oleh Datuk Dr. Mahmood Zuhdi dalam artikel pertamanya dalam majalah AL ISLAM bulan April 2007 yang berbunyi: "Dalam hidup ini, segala-galanya berubah dan tidak ada apa pun yang tidak berubah. Semalam bukan lagi hari sebelumnya, dan hari ini bukan lagi semalam. Esok bukan lagi hari ini dan lusa bukan lagi besok."

Beliau juga ada menyebut bahawa penyair Islam yang tersohor, Umar Khayyam pernah bersenandung dalam Ruba'iyat: "Semalam sudah berlalu, esok masih dalam cita-cita, realitinya hari ini."

Baiklah, berbalik kepada main point.

Pastinya anda hairan mengapa tajuk entri buat hari ini seperti itu.

Sebenarnya, penulis begitu terkejut dengan apa yang berlaku dalam kelas EST tengah hari tadi. Memandangkan tidak ada apa-apa yang menarik berlaku sebelum itu, maka penulis ceritakan apa yang berlaku semasa kelas EST tadi.

Seperti biasa, setiap hari Isnin, kelas 4A akan menghadiri kelas luar sidang EST dari jam 1300 hingga 1430, dan kemudian disambung dengan kelas PI dari jam 1430 sampai 1500. Tetapi, hari ini, Ustazah Mona tidak hadir, jadi kelas luar sidang agama dibatalkan.

Semasa kelas EST (yang seperti anda tahu diajar oleh Pn. Jennifer), kelas kami boleh dikatakan bising. Hampir semua. Penulis adalah sedikit buat bising kerana penulis berasa sangat lapar (kerana tak makan rehat tadi), letih dan mengantuk. Apabila Pn. Jennifer tidak dapat menahan rasa marahnya, anda tahulah apa yang jadi. Beliau meluahkan rungutannya ke atas kelas kami dan membandingkan sekolah dengan sekolah Batu Lintang dan Kuching High School. Beliau juga ada sedikit menegur sikap Leoj yang (menurut Pn. Jennifer) sombong hanya kerana dia pelajar terpintar dalam subjek Bahasa Inggeris. Pn Jennifer memberi amaran kepadanya bahawa Leoj mungkin boleh mendapat markah tinggi dalam BI, tetapi tidak bagi EST. Begitu juga beliau katakan kepada yang lain.

Kelas ketika itu menjadi betul-betul senyap. Hanya Allah dan kami sahaja yang tahu bagaimana senyapnya kami ketika itu.


Oh ya. Satu lagi. Semasa kelas Kimia (kalau tak silap), Adrian ada bertanya kepada penulis tentang hal-hal peribadi penulis (penulis rasa anda pasti faham apa maksud hal peribadi dalam konteks remaja). Namun begitu, dia (kelihatan) berminat dengan HY. Penulis dapat rasakan sesuatu yang tak kena. Namun penulis biarkan. Walau bagaimanapun, perasaan itu datang balik apabila penulis melayari profail Friendster Adrian dan rakan-rakan penulis yang lain, kerana Adrian menerima comment daripada HY.

.............................

Diri sendiri: [La, kau cemburu ke? Kau berprasangka buruk ke? Kau dah lupa apa ALLAH kata? Jauhilah sifat banyak syak wasangka kerana sebahagian buruk sangka itu perbuatan dosa.]

Ya, betul jugak.

........................................................

Penulis pernah terfikir, alangkah baiknya kalau perasaan menyayangi orang lain (selain daripada ahli keluarga) tiada dalam diri penulis. Namun penulis tahu itu mustahil, kerana itu fitrah manusia yang ALLAH jadikan dalam diri manusia.

Dan sampai sekarang penulis belum menerima respon yang jelas daripada HY.

Diri sendiri: [Sabarlah, tak dapat den nak nolong, mintak daripada ALLAH saja]

P/S: Sampai bilalah aku kena tunggu... tunggu jelah... atau aku yang patut mulakan dulu?


Tagged

1. Have you ever called a person useless?
To myself, adalah

2. What object in your room is really important to you?
myself

3. Are you good at hiding your feelings?
tengok keadaan

4. Do you smile a lot?
probably

5. Would you kiss an ugly person for $10,000?
who wants? just like i want

6. Where were you today?
at surau

7. What kind of sense of humour do you have?
dunno

8. Do you usually tell people when they hurt your feelings?
also tengok keadaan

10. When is the last time you talked to an ex?
forgot already... do i have an ex?

11. If you had to delete one person off your top friends list, who would it be?
hah?

14. If you find out your best friend was pregnant how would you react?
gila are you, my best friend are a male...

15. Is your shirt new?
no

16. Where is the last place you went out to eat?
at my home

17. Have you bought any clothing items in the past week?
no, buku adalah

18. Do you live near your ex?
no... do i have an ex?

19. If you could have anything right now, what would it be?
useful books

20. Has your house ever been TP-ed?
wad are you talking about?

21. Did you sing in the shower today?
no, really gila are you

22. Who was the last person you went shopping with?
myself

23. Where is the last place you went shopping?
a stationery shop near my home

24. Do you have the same name as one of your relatives?
no.. but in the Quran, yes...

26. What kind of car do you drive?
any

27. Do you know your fathers birthday?
no

28. What do you look for in a boyfriend/girlfriend?
sopan one, taat kepada agama one... to make it easy, the one that has fated to be my jodoh

29. How old will you be in 8 months?
16

30. Do you prefer a call or a text?
both

31. Did you enjoy your last kiss?
do i? just like i do it

32. Are you happy right now?
not really

33. Do your parents drink coffee every morning?
not really

34. One song that's meaningful to you?
Rindu by Hijjaz

35. Do you think you could kill someone?
no, it is strictly prohibited

36. Do you prefer an ocean or a pool?
...

37. Is there currently a movie showing that you want to see?
ayat-ayat cinta

38. Do you like your high school?
yap, because it is a nikmat from GOD

39. Does a kiss make you feel better?
.... stupid question

40. What is or was your favorite subject in school?
Pendidikan Islam, Add Math, Chemistry

41. What's your favorite kind of cereal?
Nestum

42. Is there someone you know you should hate, but you can't?
yes, my own saudara seislam

43. Name 3 people you'd like to tag.
Bloggers, my friends, and all who read this entry

Sunday, June 22, 2008

17 Jamadil Akhir | Israel Mencari Nahas...

Pukul 10.00 pagi. Ayah penulis pulang ke rumah setelah selesai membeli suratkhabar dan barang-barang keperluan yang lain. Seperti biasa, penulis membaca artikel Mufti Perlis yang mana isinya sedikit berkisar tentang usahanya menyeru empat pemimpin 'kontroversi' negara untuk duduk semeja. Kasihan, usaha beliau (boleh dikatakan) tidak membuahkan hasil.
Selepas itu, penulis pergi ke muka surat sebelah. Terkejut apabila penulis membaca suatu artikel yang berjudul Tindakan Israel Serang Iran Boleh Ancam Dunia (klik di sini untuk membaca artikel penuh). Tak sangka, setelah bangsa Yahudi itu telah merampas tanah Palestin, menyerang Lubnan dan menindas umat Islam di Palestin, sekarang Iran pula jadi mangsa mereka seterusnya. Memang dasar bangsa yang bangsat.

Israel mengambil kata dua untuk menyerang Iran sekiranya Iran tidak menghentikan program nuklearnya. Apa ini? Hanya disebabkan keengganan Iran menghentikan program nuklearnya, Israel mengambil keputusan untuk menyerang Iran. Sedangkan Israel sendiri boleh membangunkan program nuklearnya tanpa sebarang bantahan, terutama dari pihak sekutu rapatnya, Amerika Syarikat. Memang sah ini rancangan untuk memusnahkan umat Islam.

Dahulu, Iran sendiri telah ditekan agar menghentikan program nuklearnya oleh suatu pertubuhan organisasi dunia (entah apa namanya, penulis pun dah lupa). Namun, alhamdulillah, ketekadan Presiden Mahmoud Ahmadinejad tidak mengendahkan dan tidak sedikit pun takut dengan ancaman yang diberikan, malah meneruskan program nuklearnya.

Seharusnya semangat Mahmoud Ahmadinejad seperti inilah yang menjadi contoh kepada pemimpin negara Arab yang lain, bukannya duduk disogok atau berdiam diri takut menerima azab daripada Israel dan Amerika Syarikat.

Bangsa Yahudi sendiri telah memandang rendah umat Islam. Ditakdirkan mereka beranggapan kami tiada senjata yang lebih maju berbanding mereka, mereka telah silap kerana memandang rendah kami. Kami masih mempunyai senjata yang lebih berkesan daripada senjata mereka, iaitu doa. Penulis tak sabar nak lihat di Akhirat bagaimana keadaan bangsa Yahudi ketika itu (yang pastinya hina).

Menteri Pertahanan Iran, Mustafa Mohammad Najjar telah membalas kenyataan Israel, juga dengan amaran ancaman 'kepada Israel mengenai tindak balas yang “sangat menyakitkan” jika rejim Yahudi itu melancarkan serangan untuk menghentikan program nuklear Republik Islam Iran.'

اللهم أعز الإسلام والمسلمين اللهم أعز الإسلام والمسلمين اللهم أعز الإسلام والمسلمين وأذل الشرك والمشريكين واليهود.

Ya Allah, kuatkanlah Islam dan kaum Muslimin, Ya Allah, kuatkanlah Islam dan kaum Muslimin, Ya Allah, kuatkanlah Islam dan kaum Muslimin, lemahkanlah yang syirik dan orang yang syirik serta kaum Yahudi (yang menentang kami).

"You will find (O Muhammad) the most implacable of men in their enmity to those who believe are the Jews and the pagans. And indeed you will find the nearest in affection to them are those who say: "We are Christians." That is because there are priests and monks among them, and because they are free from pride (not being arrogant)." - Surah al-Maidah (The Table Spread): Verse 82


17 Jamadil Akhir | Video yang Menyentuh Hati

Di sini penulis menyiarkan dua video yang mesti anda tonton.
Video yang pertama ialah bacaan al-Quran Surah al-Haqqah, di mana akan membuatkan anda menangis. Video yang kedua pula ialah video ketika seorang kanak-kanak sedang menghabiskan hafazannya di hadapan ayahnya dan gurunya, di mana (mungkin tidak begitu jelas) kanak-kanak itu sebak lalu menangis.

Saksikanlah.

Video Pertama:


Video Kedua:




Jelmaan Hantu Sebagai Cara Iblis Menggoda Manusia

Iblis menjawab: "Demi Kuat KuasaMU (wahai Tuhanku) aku akan menyesatkan mereka semua." - Surah Sad, 38:82
Begitulah yang Iblis bersumpah di hadapan ALLAH selepas penciptaan Nabi Adam. Dalam ayat di atas, Iblis telah berjanji akan menyesatkan manusia sehinggalah Hari Kiamat. Hal itu berlaku apabila ALLAH telah menciptakan Nabi Adam dan memerintahkan makhluk-makhluk ciptaanNYA agar sujud (hormat) kepada Nabi Adam. Kesemuanya mematuhi perintah ALLAH kecuali Iblis.

Alasan Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam ialah kerana Iblis menganggap dirinya lebih mulia berbanding Nabi Adam, memandangkan ALLAH menciptakan Iblis daripada api dan Nabi Adam daripada tanah. Disebabkan keengganan Iblis itu, ALLAH telah memerintahkan Iblis keluar dari Syurga. Pada ketika itulah, Iblis bersumpah akan menyesatkan umat manusia.

Terdapat berbagai-bagai cara Iblis menyesatkan manusia. Bukan sekadar dengan menggoda, tetapi juga termasuk dengan menggunakan kelemahan manusia, termasuklah menjelmakan diri mereka sebagai 'hantu'. Dan melalui cara inilah kebanyakan manusia sudah termasuk ke dalam perangkapnya.

Seperti anda tahu, ALLAH telah mengurniakan sepasang mata kepada kita, di mana rekaannya cukup sempurna. Namun begitu, ALLAH juga telah meletakkan kelemahan pada rekaan tersebut. Hikmahnya agar manusia mengetahui bahawa mereka hanyalah makhluk yang lemah di sisi ALLAH dan hanya DIA sahaja yang Maha Berkuasa.

Kelemahan yang ALLAH letakkan pada mata manusia ialah manusia tidak dapat melihat dengan jelas di dalam kegelapan, tidak seperti di dalam tempat yang terang. Iblis menggunakan kelemahan ini untuk menyesatkan manusia. Bagaimana? Dengan menjelmakan diri mereka sebagai apa yang masyarakat gelarkan sebagai hantu.

Apabila manusia yang lemah imannya terkena perangkap Iblis dengan melihat hantu, maka golongan ini automatik akan menjadi takut dan akan berbuat apa sahaja asalkan hantu tersebut tidak mengganggunya, sehingga manusia takut akan hantu. Di sinilah Iblis berjaya menyelesaikan misinya menyesatkan manusia.

Sekali lagi bagaimana? Apabila manusia takut akan hantu, ini bermakna dia dianggap bertuhankan hantu, bukan lagi bertuhankan ALLAH! Bukankah ini jelas menunjukkan unsur syirik (menyekutukan ALLAH dengan benda lain)? Apabila manusia sudah melakukan syirik, maka saat itulah Iblis bergembira atas kemenangannya menyesatkan manusia.

Bagaimana kita boleh menghadapi cubaan ini? Di sini penulis menyarankan beberapa langkah yang boleh dilakukan dalam menghadapi godaan Iblis ini.

Langkah yang pertama, kita hendaklah bertaubat. Walaupun kita merasakan kita tidak pernah melakukan dosa selama ini, lakukanlah, kerana boleh jadi kita pernah berbuat dosa tanpa kita sedari. Apabila diri seseorang manusia dipenuhi dengan dosa, maka lebih muda Iblis menyesatkan mereka berbanding mereka yang kuat imannya.

Langkah yang kedua, amalkanlah amalan membaca al-Quran setiap masa tidak kira di mana sahaja. ALLAH telah menurunkan al-Quran sebagai pelindung bagi manusia, sehingga Iblis dan Jin sendiri takut akan kekuatan al-Quran yang ALLAH jadikan, sebagaimana firman Allah:
Sekiranya KAMI turunkan al-Quran ini ke atas gunung, nescaya engkau dapati gunung itu tunduk serta pecah belah kerana takutkan ALLAH." - Surah al-Hasyr, 59:21
Antara ayat yang boleh kita amalkan (langkah paling asas) ialah Surah al-Fatihah, Ayat al-Kursi (Surah al-Baqarah, 2:255), Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq, dan Surah an-Nas. Sekiranya anda berada dalam keadaan yang mana anda berasa cemas sehingga tidak dapat berkata-kata, cubalah membaca mana-mana ayat al-Quran yang anda tahu. Dan yang paling penting, sebelum anda memulakan apa-apa pekerjaan (tidak kira sebelum tidur, sebelum belajar atau sebagainya), bacalah ta'awuz (memohon perlindungan daripada ALLAH) dan basmalah (menyebut nama ALLAH).

Akhirul kalam, marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita, bertaubat dengan taubat nasuha (taubat yang sebenar-benarnya), diikuti dengan amalan soleh. Mudah-mudahan Iblis sukar untuk menggoda kita agar kita tergelincir dari jalan yang lurus. Amiin.



Saturday, June 21, 2008

17 Jamadil Akhir | Buat Pertama Kali Sebagai Imam...

Tinggal 2 bulan 9 hari lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak yang dijangkakan tarikh 1 Ramadhan jatuh pada 1 September.
Ketika di Surau Darul Ibadah tadi, pada mulanya penulis jangkakan surau itu juga sunyi seperti hari-hari sebelumnya, tiada jemaah yang lain. Tetapi, syukurlah doa penulis sebelum mengalunkan azan maghrib dimakbulkan. Ketika maghrib, dua jemaah yang datang, dan pada Isyak tadi lebih ramai jemaah.

Ketika Isyak tadi, orang lain pula yang mengalunkan azan kerana dia meminta penulis mengimami solat Isyak tersebut (sebabnya dia ingin mendengar bacaan penulis sebagai imam). Penulis sedaya upaya menolak, namun kemudian penulis teringat akan hukum menolak dari menjadi imam yang penulis baca dalam buku Bimbingan Penghayatan dan Kesempurnaan Solat (terbitan Nadi Minda Resources), di mana disebutkan:
Jangan menjadi imam kepada kelompok atau orang atau sesuatu jamaah, sekiranya mereka tidak menyukainya dan jangan hendak menjadi imam sekiranya diketahui bahawa di belakang di kalangan makmum itu terdapat orang yang lebih layak mengimami jamaah, kecuali jika orang itu menolak daripada mengimami mereka. Pada ketika itu, bagi orang yang menolak dari menjadi imam, makruh hukumnya.
Dan ketika hendak memulakan solat selepas iqamah, penulis terlihat seorang anggota polis yang baru datang yang penulis tahu dia lebih baik daripada penulis. Jadi penulis segera memintanya menjadi imam, namun negatif responnya. Dia menolak.

Ketika mengimami solat Isyak, penulis merasakan gementar. Maklumlah, selama ini, penulis hanya menjadi imam kepada rakan-rakan penulis sendiri ketika solat. Inilah kali pertama penulis menjadi imam bagi kelompok di mana terdapat golongan dewasa dan kanak-kanak. Penulis memilih untuk membaca Surah al-An'am ayat 161 hingga 163 pada rakaat pertama dan ayat 164 hingga 165 bagi rakaat kedua setelah membaca Surah al-Fatihah bagi setiap rakaat.

Penulis masih ingat lagi, pada pagi tadi, perbincangan antara penulis dengan Abang Wan Muhammad Fahrurrazi dan senior tingkatan lima tadi. abang Wan ada menyebutkan tentang masalah umat Islam dan membandingkan dengan yang bukan Muslim. Menurutnya, orang Melayu jauh ketinggalan berbanding dengan kaum lain. Hujahnya:
  1. Gangster Melayu hanya menaiki motosikal bersenjatakan parang, sedangkan gangster Cina semuanya memiliki kehidupan mewah, berkenderaan mewah dan bersenjatakan pistol. Apabila bergaduh, orang Melayu senang kena tangkap, tapi orang Cina tidak.
  2. Kebanyakan orang Melayu payah sekali hendak pergi menunaikan solat ke masjid/surau, sekalipun untuk solat Jumaat. Orang Kristian pula, lebih rajin ke gereja untuk bersembahyang dan beribadat. Setiap Ahad, pasti kawasan letak kereta di gereja akan penuh berbanding dengan di masjid.
  3. Orang Melayu tiada kesungguhan seperti orang Cina. Apabila mendapatkan sesuatu, orang Cina akan berusaha mendapatkan apa yang diinginkannya (sekalipun terpaksa guna cara haram). Bukanlah menggalakkan berusaha cara haram, tetapi cubalah contohi sikap orang Cina yang bersungguh-sungguh. Kerana itulah, yang cemerlang dalam akademik di sekolah kebanyakannya orang Cina.
Penulis bersetuju dengan pendapatnya.

Apa nak jadi dengan umat Islam sekarang....


Umat Islam di Palestin dan Iraq hidup dalam kesengsaraan dan berpecah belah...



Umat Islam di Malaysia pula semakin mundur....





Politik di Malaysia kian gusar....






Perbalahan bercambah....








Ya Allah, turunkanlah pertolonganMU ke atas kami, sebagaimana yang telah KAUjanjikan kepada KekasihMU Nabi Muhammad...


16 Jamadil Akhir | Karya Terbaharu...


© 2008 Hak cipta terpelihara.


http://ahls1412.blogspot.com/

16 Jamadil Akhir | SJS Berhantu...?

Sebentar tadi, di SJS, penulis menghadiri aktiviti tazkirah Hadis yang dikendalikan oleh Abang Wan Muhammad Fahrurrazi (tiada gelaran lain yang lebih sesuai untuk senior tingkatan lima sepertinya). Aktiviti ini merupakan aktiviti mingguan JOSIPA.
Sementara menunggu kedatang ahli-ahli yang lain (yang memang tak datang pun, buat malu saja), penulis bersama dengan abang Wan dan dua orang senior tingkatan lima berbincang-bincang tentang bermacam-macam perkara. Tetapi, dua perkara utama yang dibincangkan ialah masalah kaum Melayu (mujurlah penulis berbangsa Melanau... :P) dan juga perkara-perkara ghaib.

Yang menariknya, abang Wan menceritakan pengalamannya berhadapan dengan perkara-perkara ghaib, terutamanya dalam merawat kerasukan. Salah satu tip yang dikongsinya ialah: "Jika awak nak baca buku pasal merawat kerasukan, jangan baca pada waktu tengah malam, sunyi, gelap dan bersendirian, kerana mungkin di sekeliling kita ada jin-jin atau iblis-iblis yang juga akan membaca bersama kita." Sangat menarik... :D

Dia juga menceritakan pengalamannya ketika Kem JOSIPA satu dua tahun yang lalu (lebih kurang begitulah tahunnya), termasuklah ketika waktu berkawal dan juga makan pada waktu tengah malam bersama dengan ahli lain.

Menurutnya, ketika dia berkawal tengah pada tengah malam, dia melihat kelibat 'hantu'. Ada yang terapung di pokok, ada yang cuba mengganggu di tepinya dan sebagainya. Menurutnya juga, ketika dia bersama dengan AJK lain berbincang tentang 'hantu', Abang Wan menegah mereka agar tidak memperkatakan tentang 'hantu', namun tidak berhasil. Ketika mereka ingin ke tandas, tiba-tiba Abang Wan tidak ingin mengikuti mereka (ketika dalam perjalanan) kerana dia merasakan ada sesuatu yang mengekori mereka. Yang lain pula, ketika di tandas, mereka mendengar salakan anjing yang kemudiannya bertukar menjadi tangisan bayi. Apalagi, lintang pukang mereka berlari menuju ke arah Abang Wan (menurut ceritanya).

Kemudian, dia menceritakan, pada hari kedua Kem, seorang peserta telah dirasuk. abang Wan mendakwa dia ternampak suatu lembaga putih di atas bumbung blok Josephian (tempat peserta tidur) sedang berjalan dan kemudiannya meluru masuk ke dalam kelas 3A. Kemudian, seorang pelajar dirasuk. Apa yang anehnya, setelah peserta itu rebah (setelah dibaca ayat-ayat al-Quran oleh Abang Wan), peserta itu tidak dapat diangkat olehnya dan beberapa orang AJK yang lain kerana berat, sedangkan berat peserta itu lebih ringan daripada penulis.

Itulah pengalaman Abang Wan yang dikongsikan.

Pada pandangan dia juga, sebenarnya hantu tidak wujud sebenarnya. Itu hanyalah jelmaan syaitan dan jin (dan penulis bersetuju atas pandangannya kerana memang itulah yang penulis pegang selama ini). Tetapi jangan pandang ringan dengan perkara ghaib. Perkara ghaib memang wujud dan makhluk ghaib juga Hamba Allah.


Friday, June 20, 2008

16 Jamadil Akhir | Gaya Bacaan al-Quran

Ketika menulis entri ini, penulis sedang menyaksikan rakaman video solat sunat Tahajjud dari Masjid Nabawi ketika Ramadan yang lalu.
Bagi mereka yang tidak tahu apakah itu solat sunat Tahajjud, biarlah penulis jelaskan maksudnya. Solat sunat Tahajjud ialah solat sunat yang dilakukan setelah terjaga dari tidur pada waktu malam walaupun tidur hanya sekejap. Solat sunat ini digalakkan agar dilakukan, terutamanya ketika bulan Ramadhan.

Baiklah. Berbalik kepada main point.

Setelah lebih sebulan penulis meneliti tiga jenis gaya bacaan al-Quran yang dibaca oleh tiga orang Imam Masjid al-Haram (Syeikh Dr. Abdul Rahman as-Sudais, Syeikh Dr. Saud ash-Shuraim dan Syeikh Mahir al-Mu'ayqali), penulis merasakan adalah lebih elok penulis menggunakan tune Syeikh Mahir al-Mu'ayqali. Bukanlah bermakna penulis tidak suka dengan tune yang lain (malah penulis suka mendengar tune Syeikh as-Sudais dan Syeikh ash-Shuraim). Hal ini demikian kerana:
  1. Tune Syeikh Mahir bersahaja dan tidak perlu dibuat-buat. Hanya perlu mengingati pattern-patternnya sahaja.
  2. Tune Syeikh Mahir tidak memerlukan high pitch tidak seperti yang lain. Hanya sesetengah bahagian sahaja yang memerlukan high pitch, itupun tidak banyak.
  3. Tune Syeikh Mahir masih sama walaupun dalam keadaan sakit (terutama sakit tekak yang tidak begitu teruk).
Di sini penulis menyediakan bacaan al-Quran Surah al-Fatihah yang dibaca oleh Syeikh Mahir al-Mu'ayqali (diupload oleh penulis):

Bagaimana? Merdu, bersahaja dan tenang, bukan?


15 Jamadil Akhir - Guru dengan Pelajar....?

Hari ini dalam sejarah, buat pertama kalinya penulis melihat perkara sebegini di dalam kelas.
Ketika kelas Bahasa Inggeris berlangsung, berlaku suatu ketidakpersefahaman antara Pn. Jennifer dan Nairda Oh. Penulis pun tidak tahu bagaimana ia bermula, kerana semasa penulis tiba dari menghantar buku karangan ke bilik guru, Pn. Jennifer mengarahkan Nairda duduk di belakang, kerana tempat duduknya ialah di tengah laluan baris kedua dan baris ketiga. Penulis juga diarahkan pergi ke belakang, kerana penulis dan Nairda dikatakan 'mengganggu' laluan.

Sebenarnya kami bukanlah hendak mengganggu, tetapi kami tidak dapat menumpukan perhatian sekiranya kami di belakang. Almaklumlah yang di belakang tu semua pakar pembising. Tambahan pula, tahap kabur mata penulis sudah mencapai tahap (sedikit) teruk, jadi penulis perlu ke hadapan untuk melihat dengan jelas (tanpa mnukar tempat duduk, bimbang mengganggu pelajar yang ditukar tempat duduknya).

Entah apa yang berlaku, Nairda kelihatan marah dan begitu juga Pn. Jennifer. Walaupun begitu, kelas diteruskan dengan mengkaji sajak si tenggang's homecoming gubahan Muhammad Haji Salleh. Rangkap pertama dibaca oleh penulis, kemudian rangkap kedua oleh Nairda (macam disebabkan tindakan kami tadi, kami pula kena baca sajak tu).

Pada Rangkap kelima, Pn. Jennifer menekankan sebutan rude, sayangnya nampak seperti beliau mengalami kesukaran menyebut perkataan tersebut. Seperti yang penulis jangkakan, ketika menghuraikan baris tersebut, beliau berkata, "Not rude to the teacher." Alamak, jelas sangat beliau seperti 'menasihati' Nairda. Apalagi, Nairda menoleh ke arah penulis tanpa disedari cikgu), 'memberikan huraian'nya terhadap penjelasan cikgu tersebut.

Suasana tersebut berlarutan sehinggalah tamat kelas English for Science and Technology (yang juga diajar oleh Pn. Jennifer).

Ketika kelas Matematik dan Matematik Tambahan, entah mengapa penulis tidak bermaya hendak menjawab soalan. Mungkin disebabkan terlalu letih kerana tidak makan ketika rehat.

Dan tadi, penulis baru menerima satu lagi komen dari HY, yang berbunyi:
Actually that day i saw u at skei, but i called u n u don realize it so i juz like that lo...
[Maksudnya: Sebenarnya hari tu saya nampak awak di Sarikei, tetapi bila saya panggil awak dan awak tak endahkan panggilan saya, jadi saya macam tu sajalah]
Arghhh! Apa yang jadi ni?

Hari tu penulis berada di luar kedai kelaurganya dan nampak HY, tetapi dia kelihatan tidak perasan akan kehadiran penulis. Kata HY pula, dia nampak penulis dan panggil penulis (sedangkan penulis tak dengar apa-apa pun ketika itu) ketika penulis beredar (setelah hampa kehadiran penulis tidak disedari olehnya). Ya Allah, plot apakah ini? Penulis keliru dan makin keliru....