Hari ini, 18 Jun, bersamaan dengan 13 Jamadil Akhir 1428 H. Pada hari ini, umur penulis menjadi 16. Umur yang dikatakan baligh dan boleh menyertai peperangan. (Ini merupakan pendapat Imam Syafi'i, Imam Ahmad, dan Muhammad al-Hasan as-Syaibani, rujuk hadis riwayat Imam Muslim)Akhirnya petang tadi penulis berjaya menyiapkan semakan terakhir manuskrip cerpen untuk dihantar kepada pihak Susastera akhbar Berita Harian. Harap-harap mereka menerima dan memilih karya penulis untuk disiarkan minggu hadapan. (Amiin).
Semasa solat maghrib tadi, langsung tiada jemaah yang datang ke surau. Begitu juga ketika Isyak tadi. Hari ini sudah hari ketiga tiada jemaah untuk solat Maghrib dan Isyak. Penulis pun hairan, adakah mereka syok menonton TV atau ada kerja lain.... apalah salahnya luankan masa menunaikan solat jemaah. Sekiranya tiada seorang muslim di sesuatu kawasan tidak menunaikan solat secara berjemaah, maka seluruh masyarakat muslim di situ menanggung dosa. Tidakkah mereka mengetahui tentang hal ini?
Ketika dua waktu itu juga penulis merasakan kesunyian yang memang kerap penulis alami. Namun, apa yang anehnya, kesunyian ini sudah melepasi batasannya. Terkenang di minda penulis rakan-rakan dan guru-guru penulis di Sarikei, sehingga penulis tidak mampu menenangkan minda walau untuk seketika. Juga di minda penulis terkenangkan HY, MY dan MM yang sememangnya tidak boleh lari dari ingatan penulis (entah mengapa).
................................






0 comments:
Post a Comment
Apa Kata Anda...?