Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan ALLAH?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan ALLAH sangat dekat. (Surah al-Baqarah, 2:214)Zaman kini, telah berlaku bermacam-macam perkara, terutamanya selepas Pilihan Raya Umum Ke-12. Bermula dari peristiwa pertindihan pelantikan Menteri Besar sehinggalah peristiwa pengumuman kenaikan harga minyak Rabu yang lalu. Sesungguhnya, inilah ujian yang telah ALLAH timpakan ke atas hamba-hambaNYA.
Namun, ujian yang kita rasai sekarang hanyalah sebahagian kecil daripada ujian ALLAH. Sesungguhnya, ketika Islam berkembang di Makkah, para Sahabat Rasulullah SAW telah diuji keimanan mereka dengan ujian yang begitu besar dan perit, bukan seperti kita yang dinaikkan harga barang-barang keperluan. Ada Sahabat yang dijemur di tengah padang pasir di bawah sinaran matahari yang terik (seperti Bilal bin Rabah dan Keluarga Yassir), ada yang dibakar belakang mereka, dan ada yang diseksa sehingga gila (seperti Amir bin Fuhairah) dan gila (seperti Zunainah). Malah ada dalam kalangan para Sahabat yang syahid akibat seksaan daripada kaum Musyrikin Makkah seperti Yassir dan isterinya, Sumaiyah, semata-mata ingin melihat mereka kembali kafir. Namun begitu, ujian-ujian sebegini sememangnya tidak dapat menggugat sedikit keimanan mereka. Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal kepada mereka atas kesabaran dan ketabahan mereka.
Kalau dibandingkan ujian yang kita hadapi sekarang dengan ujian para Sahabat suatu ketika dahulu, sudah pasti ujian para Sahabat yang lebih perti. Mengapa kita patut mengeluh atas ujian yang kecil ini? Kalau ujian yang kecil di sisi Allah ini sudah kita kecundang, bagaimana pula dengan ujian yang berat? Nasihat saya kepada anda ialah banyakkan bersabar dan mencari jalan keluar bagi masalah yang kita hadapi.
Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga dengan ujian Allah. Di sinilah kita boleh memperoleh peluang membersih diri kita dari dosa-dosa kita dengan menerima ujian itu dengan tenang dan sabar, di samping meningkatkan keimanan kepada ALLAH.
Pernah saya sebut dalam entri blog saya yang dahulu yang berbunyi: "Saya tidak ada komen atas hal ini sebenarnya, walaupun saya tahu kesan yang bakal berlaku akibat berita ini. Namun, berita ini menjadi berita gembira bagi kita sebenarnya. Ia bukan sekadar berita buruk." Sebenarnya, ini juga salah satu daripada hikmah daripada ujian kenaikan harga minyak.
SAya ingin mengajak anda berfikir sejenak, sekiranya harga minyak naik, apa yang bakal berlaku seterusnya? Sudah pastilah harga barang keperluan juga naik. Di sinilah kita dapat lihat kejujuran dan keamanahan para peniaga dan pengusaha menaikkan harga barang. Baru semalam kita ketahui tambang bas sehala dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur naik sehingga mencecah RM60. Itu baru tambang bas sehala. Belum sampai seminggu kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak, sudah muncul beberapa orang peniaga yang keji yang menaikkan harga barang mereka sesuka hati. Tidakkah ini perbuatan yang zalim? Tidakkah mereka tahu keperitan yang bakal para pengguna hadapi akibat tindakan mereka yang mementingkan diri sendiri dan memuaskan nafsu rakah mereka?
Sesungguhnya peniaga dan pengusaha sebegini dilaknat ALLAH, seperti dalam firmannya:
Ujian kenaikan harga minyak juga menjadi dorongan untuk mengamalkan amalan berjimat. Tetapi, bukan rakyat sahaja yang harus berjimat, para pemerintah juga harus berjimat. Alangkah zalimnya pemerintah yang mampu makan dengan cukup dan menghadiri jamuan di sana sini, sedangkan rakyatnya makan sekadar yang ada dan harus berjimat untuk hari kemudian. Alangkah dusta dan nistanya pemerintah yang hanya berkata 'saya akan membanteras kemiskinan di sini", sedangkan pihak media elektronik berjaya menemui lebih banyak orang yang miskin berbanding pemerintah dan pemerintah itu sendiri tidak bertindak lebih awal. Alangkah khianatnya para pengurus Baitul Mal yang berjaya mengumpul berjuta-juta zakat, sedangkan saban hari semakin banyak orang miskin yang tidak diberi bantuan.
Wahai para pemerintah, contohilah kepimpinan Amirul Mukminin Umar al-Khattab. Beiau yang sanggup tidak memakan lemak haiwan, susu dan daging ketika berlakunya 'Am ar-Ramadah. Amirul Mukminin ini telah berhempas pulas bersusah payah menguruskan harta negara bagi mengatasi kesusahan rakya, sehingga sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk rakyat yang tercinta. Mengapa para pemerintah tidak mencontohi kepimpinan sebegini? Adakah sukar untuk melakukannya?
Jika itulah jawapannya, ternyata pemerintah itu tidak layak untuk memerintah.
Akhir rencana, sebelum mengakhiri, ingin penulis mengajak anda memikir sejak akan firman-firman ALLAH:
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. (Surah al-Mutaffifin, 83:1-3)Perkataan al-mutaffifin (orang-orang yang curang) di dalam ayat di atas sudah memberi banyak makna. Peniaga dan pengusaha yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang juga sudah pastinya tergolong dalam golongan al-mutaffifin.
Ujian kenaikan harga minyak juga menjadi dorongan untuk mengamalkan amalan berjimat. Tetapi, bukan rakyat sahaja yang harus berjimat, para pemerintah juga harus berjimat. Alangkah zalimnya pemerintah yang mampu makan dengan cukup dan menghadiri jamuan di sana sini, sedangkan rakyatnya makan sekadar yang ada dan harus berjimat untuk hari kemudian. Alangkah dusta dan nistanya pemerintah yang hanya berkata 'saya akan membanteras kemiskinan di sini", sedangkan pihak media elektronik berjaya menemui lebih banyak orang yang miskin berbanding pemerintah dan pemerintah itu sendiri tidak bertindak lebih awal. Alangkah khianatnya para pengurus Baitul Mal yang berjaya mengumpul berjuta-juta zakat, sedangkan saban hari semakin banyak orang miskin yang tidak diberi bantuan.
Wahai para pemerintah, contohilah kepimpinan Amirul Mukminin Umar al-Khattab. Beiau yang sanggup tidak memakan lemak haiwan, susu dan daging ketika berlakunya 'Am ar-Ramadah. Amirul Mukminin ini telah berhempas pulas bersusah payah menguruskan harta negara bagi mengatasi kesusahan rakya, sehingga sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk rakyat yang tercinta. Mengapa para pemerintah tidak mencontohi kepimpinan sebegini? Adakah sukar untuk melakukannya?
Jika itulah jawapannya, ternyata pemerintah itu tidak layak untuk memerintah.
Akhir rencana, sebelum mengakhiri, ingin penulis mengajak anda memikir sejak akan firman-firman ALLAH:
Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi ALLAH jualah pahala yang besar. (Surah al-Anfal, 8:28)
Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada KAMI (ALLAH); kemudian apabila KAMI memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari KAMI, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). (Surah az-Zumar, 39:49)






1 comments:
Salam...
Sebenarnya, tidak ada komen dari saya tentang artikel ini. Pada pandangan saya, artikel ini sudah cukup bagus dan memudahkan orang lain memahaminya.
Cuma saja,,, saya terpandang satu kesilapan pada (Surah az-Zumar, 39:49)
saya tidak tahu yg mana satu bilangan ayat...jika dikatakan nombor pertama adalah juzuk, sepertinya bukan...sebab juzuk dlm al-Quran hanya sampai 30.
atau adakah nombor itu bermaksud bilangan ayat? jika ya, ianya sesuai ditulis seperti ini: (Surah az-Zumar, ayat 39 dan 49)
Biasanya,, org menulis juzuk dan bilangan ayat seperti ini: (Surah al-Baqarah, 3:256)
Itu sahaja, Wassalam...
Post a Comment
Apa Kata Anda...?