Sekali lagi Pn. Jennifer memarahi kami sekelas atas sikap kami. Seluruh kelas menjadi kaku sekali lagi seperti semalam.Ceritanya bermula apabila Pn. Jennifer masuk ke kelas kami untuk kelas Bahasa Inggeris. Disebabkan terdapat beberapa orang pelajar yang belum menyiapkan nota Literature yang sepatutnya siap sebelum ini, maka Pn. Jennifer tidak dapat menahan lagi kesabarannya dan memarahi kami semua atas sikap kami semua. Mujurlah beliau tidak lagi membandingkan kami dengan Kuching High School atau Sekolah Batu Lintang.
Kemarahannya memuncak apabila Joel dan Su Xing Min tiada di kelas. Pn. Jennifer beranggapan abahwa mereka berdua ponteng kelas BI, lalu dia memarahi kami. Dia juga mengatakan bahawa EST tidak diwajibkan dalam SPM. Mungkin bagi yang lain tidak wajib, tetapi bagi penulis ianya wajib, kerana menuntut ilmu adalah wajib, apatah lagi ilmu fardu kifayah (ilmu fardu ain tak payah cakaplah, memang wajib bagi setiap umat Islam).
......................................
Semasa rehat tadi, penulis bersama Nadzmi pergi ke bilik guru untuk berjumpa Pn. Hjh. Rosni. Tujuan penulis berjumpa dengan beliau adalah untuk meminjam buku rujukan untuk mencari maklumat tentang cloning, memandangkan topik tersebut dijangka keluar dalam peperiksaan nanti. Ketika itu juga, Pn. Zalma meminta penulis untuk menggantikan Ustaz Manaf mengetuai pembacaan Surah Yaasin pada prayer service minggu hadapan (memandangkan Ustaz Manaf tidak hadir keseluruhan minggu hadapan).
HAH?
Itulah yang berlaku.
P/S: Nampaknya kena cepat download audio bacaan Surah Yaasin oleh Sheikh Mahir al-Mu'ayqali sebelum minggu hadapan.






0 comments:
Post a Comment
Apa Kata Anda...?