
Ya Allah, ujian jenis apakah yang menimpa saudara-saudaraku... bantulah kami menghadapi ujian-Mu ini...Sebaik sahaja selesai solat zuhur berjemaah di surau, aku mentakrir (mengulang kaji) semula hafazan aku setelah lama aku tidak mentakrir hafazanku. Setelah selesai, ketika aku ingin pulang ke rumah, aku terdengar salah seorang jemaah solat tadi berbincang mengenai keadaan politik di negara kini. Menurutnya (yang mendengar pendapat seorang penganalisis politik), kerajaan sekarang ibarat kerajaan tukang masak. Sebabnya, kerajaan menyediakan 'resipi' tetapi tidak menyediakan 'menu'nya. Dia juga berbincang mengenai hal kenaikan harga minyak. Aku mendengar sahaja, malas sekali aku ingin bercakap mengenainya (memandangkan aku tidak punya pengetahuan yang begitu luas mengenai ekonomi). Namun mengenai politik, aku punya pendapat, di mana kerajaan seharusnya memerintah mengikut al-Quran dan Sunnah (maksudnya tubuhkan kerajaan Islam seperti Khulafa' ar-Rasyidin). Sia-sia sahaja pemerintah beragama Islam, tetapi undang-undang masih menggunakan undang-undang Barat yang memang terdapat unsur diskriminasi. Kononya atas tiket 'demokrasi'. Kenapa mereka tidak mengamalkan Majlis Syura yang sememangnya demokrasi yang dipandu oleh undang-undang Allah?
Dan sekali lagi, selepas Maghrib tadi, para jemaah berbincang mengenai hal minyak. Kali ini mereka berbincang mengenai Presiden AS yang dikatakan menjadi punca kenaikan harga minyak. Negara Arab pula tidak dapat berbuat apa-apa (tidaklah aku tahu apa reaksi Presiden Mahmoud Ahmadinejad). Nak tahu kenapa Negara-negara Arab yang kaya dengan hasil minyak tidak dapat berbuat apa-apa?

Kerana (salah satunya) di Arab Saudi, gerakan Wahhabi yang ekstrim menular. Ulama-ulama Haramain (Makkah dan Madinah) berpegang pada fiqah aliran Mazhab Hanbali dan banyak merujuk pada manhaj Ibnu Taimiyyah yang beraliran Mazhab Hanbali. Imam Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi terpaksa mengajar dan beramal dengan mazhab Hanbali. Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi pula diletakkan di bawah pengurusan Khadam al-Haramain as-Syarifain (Raja Arab Saudi) dan bukannya di bawah OIC. Entah bagaimana dengan pemerintahan di sana.
Berbalik pada cerita tadi. Ada seorang lelaki yang mencerca Presiden USA. Na'uzubillahi minzalik. Memang Bush membawa 'bencana' kepada dunia, tetapi tidaklah sampai kepada mencerca dan melaknat kerana itu kuasa Allah. Semoga Allah memaafkannya atas keterlanjurannya itu.






0 comments:
Post a Comment
Apa Kata Anda...?