Seperti yang anda perhatikan pada tajuk entri akhir hari ini, tiga perkara itu yang berlaku pada hari ini.Okay. Penulis tiada lagi apa-apa yang ingin ditulis mengenai hari lahir penulis.
Hari ini, keputusan Ujian 1 Mei yang lalu telah diberikan lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya. Ya Allah, Cikgu, kenapa hari ini? Dengan kemarahan yang membara, sebaik sahaj cikgu trainee selesai mengajar, sebelum masuk waktu seterusnya, cikgu memarahi kami atas keputusan ujian kami yang boleh dikatakan rekod terburuk dalam sejarah. Kebanyakan kami gagal dalam Fizik, diikuti Matematik Tambahan dan Bahasa Melayu. Roland Teo (yang penulis jangkakan pelajar nombor satu di antara kami) mendapat markah ** dalam Bahasa Melayu yang menjadikan dia tercorot dan digantikan oleh Kelvin Jong (markah sengaja ditaip begitu untuk melindungi privacy Roland).
Dan inilah yang tercatat pada kertas keputusan ujian penulis:
Dalam erti kata lain, penulis memperoleh 5 1A, 1 2A, 2 4B, 1 5C dan 2 8E.LAPORAN KEMAJUAN PELAJAR
Nama pelajar: LUKHMAN B. ABDUL TAIB
Tahun Akademik: Malaysia 2008
Tingkatan: 4A - Tingkatan 4A
1103 Bahasa Melayu - 60.00 (5C)
1119 Bahasa Inggeris - 83.00 (1A)
1223 Pendidikan Islam - 95.00 (1A)
1249 Sejarah - 78.00 (2A)
1449 Matematik - 93.00 (1A)
3472 Matematik Tambahan - 66.00 (4B)
4531 Fizik - 40.00 (8E)
4541 Kimia - 68.00 (4B)
4551 Biologi - 49.00 (8E)
5226 Tasawwur Islam - 98.00 (1A)
6355 English for Science and Technology - 80.00 (1A)
Jumlah: 810.00
Purata: 73.64
Status Keputusan: Pass
Kedudukan dalam Kelas: 3/43
Tak percaya?
Percayalah. Inilah keputusan pertama penulis peroleh di St. Joseph.
Tekanan yang penulis terima pada hari ini sangat teruk. Ibu penulis mengatakan bahawa keputusan penulis merudum disebabkan terlalu lama penulis berada di surau dan terlalu lama bermian komputer. Sebab kedua penulis boleh terima, tetapi sebab pertama, adakah boleh diterima akal yang waras?
Penulis rela malu mendapat keputusan yang teruk daripada penulis malu menjadi hamba ALLAH yang gagal di akhirat kelak. Penulis malu, kerana mereka mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai orang Islam. Jarang sekali penulis lihat ibu bapa penulis menunaikan sembahyang (kecuali solat Jumaat dan solat Hari Raya, itupun berapa kali setahun). Penulis sungguh malu, apabila ada jemaah di surau bertanya sebab penulis sahaja yang turun ke surau menunaikan solat.
Jadi para ibu bapa di luar sana, jika anda juga menggunakan alasan yang sama terhadap anak anda, jangan gunakan alasan tersebut kerana tidak boleh diterima akal. Jauhilah sikap seperti yang ibu bapa penulis amalkan. Bukanlah bertujuan untuk mengaibkan, tetapi untuk pengajaran.
Lihatlah, berapa banyak orang yang dapat straight A dalam SPM, tetapi menjadi korup selepas itu? Berapa banyak orang dapat straight A dalam SPM, tetapi tidak berjaya dalam kehidupan?
Janganlah terlampau mengutamakan akademik. Pendidikan akademik di Malaysia sendiri ada kelemahannya kerana terlalu banyak menumpukan kepada aspek akademik semata-mata tanpa mempedulikan aspek kerohanian dan kokurikulum.
P/S: Bukan untuk mengkritik, tetapi inilah yang berlaku. Ambillah pengajaran jika anda mempunyai akal dan anda berakal waras.






1 comments:
my report card is still 1st.. no worries.. it's quite not fair to fail everything just because i failed my bm.. why not the science subjects?.. right?.. hehe..
Post a Comment
Apa Kata Anda...?