Thursday, June 19, 2008

14 Jamadil Akhir - .....

Hari ini tiada apa-apa yang patut penulis tuliskan tentang aktiviti hari ini.
Jadi, mungkin elok sekiranya penulis menulis tentang hal peribadi penulis sedikit.

Ketika kelas BM yang diajar oleh Puan Karipap (pada pandangan Roland, Daryl dan Adrian), Adrian bertanya kepada penulis tentang HaPpY (iaitu HY), sama ada dia memang ** penulis. Dan dia juga tahu tentang sajak yang penulis karang untuk HY. Arghhh!!!! Kantoi!!! Macam mana Adrian boleh tahu? (Adrian, jika anda membaca entri ini, tolonglah beritahu macam mana you tahu).

Hari ini, beberapa orang pelajar dari kelas penulis telah dipilih sebagai calon pengawas, antaranya Amir Hakim, Mohammad Qamarul dan Christ Andra. Ketika tengah hari tadi pula, Syukri dan Alif Azni bertanya kepada penulis sama ada penulis terpilih sebagai calon pengawas atau tidak. Penulis menjawab tidak. Mereka berdua hairan lalu mencadangkan agar berjumpa dengan Puan Fatimah untuk menamakan diri penulis sebagai calon pengawas. Tetapi penulis menolak. Penulis teringat akan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Musa yang berbunyi: "Aku menemui Nabi s.a.w bersama dengan dua orang lelaki dari keluarga bapa saudaraku. Salah seorang warisku itu berkata: Wahai Rasulullah, berikanlah aku jawatan untuk mengurus (memimpin) sebahagian dari perkara yang diberikan oleh Allah kepada mu. Begitu juga warisku seorang lagi mengajukan permohonan yang sama, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Demi Allah, aku tidak akan memberikan pekerjaan ini kepada orang yang memintanya, apatah lagi kepada orang yang tamak padanya." - Hadis riwayat Muslim.

Bercakap tentang HY, sehingga sekarang penulis ternanti-nanti akan jawapannya terhadap persoalan yang penulis tulis di dalam entri-entri yang lalu. HY, jika anda sedang membaca entri ini, tolong tolong tolonglah jawab persoalan saya itu (rujuk di sini dan di sini).

Dan selepas Asar tadi, hujan turun membasahi bumi Kuching sekali lagi.


2 comments:

Roland said...

Who is HY?

xxx said...

it's a secret...

Post a Comment

Apa Kata Anda...?