Hari ini seperti biasa penulis dan rakan sekelas memulakan pelajaran untuk hari Khamis ini dengan Matematik Tambahan (selepas perhimpunan).Pada perhimpunan kali ini, muzik bagi lagu Negaraku dan School Rally dimainkan melalui kaset kerana hari ini marching band sekolah menghadapi pertandingan yang diakan pada hari ini.
Dalam subjek Matematik Tambahan, kami mempelajari tentang Distance dan Midpoint dalam bab Coordinate Geometry. Memandangkan penulis, Qamarul dan Amir Hakim menghadiri perjumpaan ringkas persatuan JOSIPA (Persatuan Pelajar-pelajar Islam Josephians) yang memberitahu bahawa Sabtu ini terdapat perjumpaan. Walau bagaimanapun, penulis tidak menghadapi masalah yang begitu besarlah sebenarnya kerana topik ini agak mudah.
Sebelum rehat, pelajaran diteruskan dengan sesi PJ dan selepas itu Kimia. Ketika kelas Kimia, blok sekolah rendah SJS dilanda kebakaran. Penulis terdengar bunyi siren dan di dalam minda penulis mungkin itu hanyalah fire drill. tetapi, tidak sangka kebakaran benar-benar berlaku, cuma hanya kebakaran kecil sahaja. Dalam subjek Kimia, kami mempelajari tpok Ionic Bond. Fuh, kompleks juga pembentukan bond antara unsur untuk membentuk compound.
Selepas rehat pula, pelajaran diteruskan dengan subjek Sejarah, Bahasa Melayu dan akhir sekali Biologi. Tiada ada apa-apa yang berlaku, cuma ketika Biologi, kami mendapat semula kertas ujian Biologi kami. Penulis hanya memperoleh markah 49% (suatu markah yang sekiranya diketahui oleh ibu bapa penulis, pasti 'meletup').
Kemudian, dari lepas sekolah sehinggalah Isyak, tiada ada apa-apa yang menarik. Selepas maghrib, para jemaah membaca Surah Yaasin dan tahlil (suatu kebiasaan pada setiap malam Jumaat). Sebenarnya, kalau diikutkan, penulis tidak ingin menyertai mereka, kerana amalan tersebut adalah bida'ah. Tetapi disebabkan penulis mempunyai janji dengan bapa saudara penulis (bahawa penulis akan membaca Surah Yaasin setiap malam Jumaat sekiranya kitab milik keluarga kami dijaga oleh penulis). apa boleh buat, janji adalah janji, dan janji mesti dipenuhi.
Tetapi, selepas Isyak, para jemaah mengadakan jamuan kecil. Pada mulanya penulis ingin pergi balik ke rumah kerana masih banyak kerja yang belum siap. tetapi, setelah dipujuk, penulis terpaksa akur. Rupa-rupanya, keaakuran penulis ada hikmahnya. Ketika itu, kami semua berkongsi pengalaman masing-masing. Penulis mendapat pengetahuan banyak tentang doa-doa, kelebihan sesetengah ayat-ayat al-Quran (seperti Ayat 1000 Dinar) dan solat-solat sunat (seperti solat sunat Istikharah). Alhamdulilllah.
Baiklah, penulis tidak ingin bercerita dengan panjang lebar, memandangkan mata penulis pun sudah mengantuk.






0 comments:
Post a Comment
Apa Kata Anda...?