Dengan nama ALLAH, yang Maha Pemurah yang Maha Mengasihani.
Segala puji bagi ALLAH, yang Maha Permurah lagi Maha Mengasihani, yang menguasai Hari Pembalasan, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW serta ahlul-bait (ahli keluarga Nabi Muhammad SAW) serta para sahabat baginda.
Ya ALLAH, aku bermohon pemerliharaanMU dan aku bermohon mempertaruhkan agamaku, diriku, harta bendaku, keluargaku, dan setiap sesuatu yang ENGKAU berikan kepadaku.
Ya ALLAH, jadikan aku dalam pemeliharaanMU daripada sekalian kejahatan setiap syaitan yang ingkar dan kejam serta angkuh, daripada segala penyakit, daripada manusia-manusia yang zalim dan juga daripada kejahatan setiap yang mempunyai kejahatan. Sesungguhnya ENGKAU Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.
Ya ALLAH, jadikanlah aku dalam golongan yang bertakwa dan orang yang tetap pendirian. Aku bermohon dijauhi daripada sebab-sebab yang membawa penyesalan, sama ada pada masa kini dan akan datang. Sesungguhnya ENGKAU Maha Mendengar doa hamba-hambaNYA.
Ya ALLAH, selamatkanlah aku daripada setiap bala bencana di dunia dan azab di akhirat serta singkirkanlah daripadaku keburukan dunia dan azab akhirat dengan rahmatMU, wahai TUHAN yang Maha Penyayang.
AMIIIIIIN.
Membuat keputusan
-
Hidup kita dibentuk oleh keputusan dan tindakan yang dilakukan pada setiap
saat. Mengambil keputusan untuk menerusan kehidupan ialah sesuatu yang amat
...
6 years ago






0 comments:
Post a Comment
Apa Kata Anda...?