Friday, June 20, 2008

15 Jamadil Akhir - Guru dengan Pelajar....?

Hari ini dalam sejarah, buat pertama kalinya penulis melihat perkara sebegini di dalam kelas.
Ketika kelas Bahasa Inggeris berlangsung, berlaku suatu ketidakpersefahaman antara Pn. Jennifer dan Nairda Oh. Penulis pun tidak tahu bagaimana ia bermula, kerana semasa penulis tiba dari menghantar buku karangan ke bilik guru, Pn. Jennifer mengarahkan Nairda duduk di belakang, kerana tempat duduknya ialah di tengah laluan baris kedua dan baris ketiga. Penulis juga diarahkan pergi ke belakang, kerana penulis dan Nairda dikatakan 'mengganggu' laluan.

Sebenarnya kami bukanlah hendak mengganggu, tetapi kami tidak dapat menumpukan perhatian sekiranya kami di belakang. Almaklumlah yang di belakang tu semua pakar pembising. Tambahan pula, tahap kabur mata penulis sudah mencapai tahap (sedikit) teruk, jadi penulis perlu ke hadapan untuk melihat dengan jelas (tanpa mnukar tempat duduk, bimbang mengganggu pelajar yang ditukar tempat duduknya).

Entah apa yang berlaku, Nairda kelihatan marah dan begitu juga Pn. Jennifer. Walaupun begitu, kelas diteruskan dengan mengkaji sajak si tenggang's homecoming gubahan Muhammad Haji Salleh. Rangkap pertama dibaca oleh penulis, kemudian rangkap kedua oleh Nairda (macam disebabkan tindakan kami tadi, kami pula kena baca sajak tu).

Pada Rangkap kelima, Pn. Jennifer menekankan sebutan rude, sayangnya nampak seperti beliau mengalami kesukaran menyebut perkataan tersebut. Seperti yang penulis jangkakan, ketika menghuraikan baris tersebut, beliau berkata, "Not rude to the teacher." Alamak, jelas sangat beliau seperti 'menasihati' Nairda. Apalagi, Nairda menoleh ke arah penulis tanpa disedari cikgu), 'memberikan huraian'nya terhadap penjelasan cikgu tersebut.

Suasana tersebut berlarutan sehinggalah tamat kelas English for Science and Technology (yang juga diajar oleh Pn. Jennifer).

Ketika kelas Matematik dan Matematik Tambahan, entah mengapa penulis tidak bermaya hendak menjawab soalan. Mungkin disebabkan terlalu letih kerana tidak makan ketika rehat.

Dan tadi, penulis baru menerima satu lagi komen dari HY, yang berbunyi:
Actually that day i saw u at skei, but i called u n u don realize it so i juz like that lo...
[Maksudnya: Sebenarnya hari tu saya nampak awak di Sarikei, tetapi bila saya panggil awak dan awak tak endahkan panggilan saya, jadi saya macam tu sajalah]
Arghhh! Apa yang jadi ni?

Hari tu penulis berada di luar kedai kelaurganya dan nampak HY, tetapi dia kelihatan tidak perasan akan kehadiran penulis. Kata HY pula, dia nampak penulis dan panggil penulis (sedangkan penulis tak dengar apa-apa pun ketika itu) ketika penulis beredar (setelah hampa kehadiran penulis tidak disedari olehnya). Ya Allah, plot apakah ini? Penulis keliru dan makin keliru....


0 comments:

Post a Comment

Apa Kata Anda...?