Semenjak saya menulis
entri ini, masih tersemat di dalam hati dan ingatan saya perlakuan Editor BM Sidang Redaksi Majalah
The Anthonian terhadap karya saya. Begitu tergamak guru penasihat dan editor bahagian BM (yang merupakan sahabat dan rakan sekelas saya sendiri suatu ketika dahulu) tidak menyiarkan karya saya, malah editor dan sahabat karibnya sendiri menyiarkan karya mereka di antara karya-karya yang terpilih.
Sedangkan, saya telah menghantar dua sajak utama saya,
Sentiasa dan
Ujian, Cabaran, Dugaan kepada editor itu sendiri sebelum saya berpindah ke Kuching. Saya juga telah menghantar cerpen BI saya kepada editor BI (yang juga merupakan sahabat dan rakan sekelas saya tahun ini di SAS). Namun, saya diberitahu oleh Ahmad Faiz bahawa ada kemungkinan cerpen itu tidak dapat disiarkan kerana ruangan yang terhad.
Kalau mengenai cerpen saya yang tidak tersiar itu, tidak mengapalah, saya pun faham. Namun, yang membuatkan saya bingung, celaru, sedih, dan berkecamuk hati ialah sajak-sajak saya yang tidak disiarkan. Malah, ada di antara karya-karya yang tersiar di dalam majalah
The Anthonian itu hasil nukilan editor itu sendiri. Mana ada editor yang menyiarkan karyanya sendiri. Sungguh menyanggahi logik akal. Sungguh aneh. Sungguh absurd.
Semenjak saya memasuki SAS, saya mula tidak senang dengan perkara sebegini. Pelajar yang dilantik menjadi editor menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kepentingan diri sendiri. Itu baru jadi editor, belum lagi bercakap fasal ketua tingkatan dan pengawas di SAS. Kalau diikutkan, memang saya suarakan ketidakpuasan hati saya ketika itu. Namun, apa yang membimbangkan saya ialah tentangan daripada banyak pihak, termasuk rakan saya sendiri.
Saya mula merasakan hal ini bukan setakat itu sahaja. Saya mula mengesyaki, wujudnya diskriminasi terhadap saya, yang diketuai oleh 'pihak' yang berpengaruh (besar kemungkinan, guru).
Apa nak jadi, sana salahguna kuasa, sini salahguna kuasa. Dari perkara yang besar sampai ke perkara yang kecil, ada saja penyalahgunaan kuasa. Hish... nak kiamat agaknya dunia ni.
(Memang nak kiamat pun.)
Namun, perkara sebegitu tidak berlaku di SJS. Selepas saya berpindah ke Kuching dan memulakan pengajian saya di SJS, saya telah menghantar sebuah cerpen dan dua sajak yang sama (yang telah saya hantar kepada Editor BM Majalah
The Anthonian). Dan pada bulan September yang lalu pula, rakan
online saya telah mempelawa saya untuk menghantarkan sajak nukilan saya kepada pihak DBP untuk dibukukan dalam antologi
Lambaian Teluk sempena Dialog Teluk VI di Labuan. Untuk itu, saya sekali lagi menghantar sajak-sajak yang sama.
Comment Nurfatihah Athirah kepada saya pada September yang lalu
Dan hasilnya: kesemua karya saya yang telah dihantar disiarkan. Cerpen
Letupan dan dua sajak yang saya sebutkan tadi tersiar dalam majalah
Ad Astra Volume 48 untuk tahun ini. Dan apa yang saya perhatikan, Editor dan Penolongnya - BM dan BI - tidak pula menggunakan kedudukan mereka sebagai editor untuk menyiarkan karya mereka. Malah, mereka lebih adil dalam memilih. Editor bagi BM pernah meminta kepada saya agar cerpen saya disunting bagi menjimatkan ruang. Saya dengan mudah bersetuju, kerana saya percaya pada keadilan dan amanah mereka.
Dan hari ini pula, saya menerima berita yang tidak disangka-sangka selepas bangun daripada tidur petang hari ini. Nurfatihah Athirah memberitahu bahawa sajak-sajak yang saya hantar (melalui Labuan) disiarkan dalam antologi
Lambaian Teluk.
Petikan perbualan antara saya dan Athirah hari ini. Klik pada imej untuk melihat dengan lebih jelasApabila saya diberitahu akan hal tersebut, saya merasakan seolah-olah hujan turun melimpah sekali lagi (kerana semasa saya bangun daripada tidur petang, hujan turun sebentar). Ahh, betapa tingginya nilai nikmat yang Allah kurniakan hari ini kepada saya. Dan saya pula selalu melupakan-Nya. Namun, Dia tetap mengurniakan nikmat demi nikmat kepada hamba-Nya yang bacul seperti saya.
Namun begitu, saat-saat 'diskriminasi' yang dilakukan oleh Sidang Redaksi
The Anthonian kepada saya begitu sukar untuk saya lupakan. Hanya Allah saja yang mampu membalas. Saya sudah cukup penat dengan hal-hal seperti ini. Saya hanya serahkan hal ini kepada Allah. Kalau Allah maafkan, maka saya maafkan. Tetapi kalau sebaliknya, saya pun begitu juga.
Nota: Kalau anda merupakan Editor BM atau BI
The Anthonian yang saya sebutkan di sini, kalau terasa tu, rasalah. Memang itu hakikat yang berlaku. Dan bagi Editor Ad Astra, kalau terasa saya puji tu, terimalah pujian saya ni.
Al-Faqir Al-Haqir ila Rahmat Allah,
Abdul Hakim Lukhman Al-Yusufi