Today, I'm going to republish my poems that are published in the anthology Lambaian Teluk for your reading. I chose two poems to be sent to the publisher: Sentiasa and Seloka Kelas 4A. Please enjoy and understand them.
* * *
SENTIASA
Sentiasa
sebarkan kebenaran
kepada manusia
walau ada yang menghalang
walau dilempar maki hamun
walau dijijik dihina
Sentiasa
menjadi orang yang benar
jangan menjadi pendusta
walau ada yang tidak membenar
walau ada yang mendusta
Sentiasa
tegakkan kebenaran
walau nyawa menjadi taruhan
di medan kebenaran syahidnya diri
kerana janji Allah tak pernah dimungkiri
ganjaran syurga menjadi bukti
syahidnya diri di jalan Tuhan Yang Maha Mengetahui
Abdul Hakim Lukhman Al-Yusufi
Sarikei, Sarawak
* * *
SELOKA KELAS 4A
Aduhai 4A, wahai 4A!
Malang sungguh nasibmu 4A,
Dipenuhi dengan manusia dusta,
Manusia jujur sedikit sahaja.
Dalam ujian ada yang meniru,
Ujian Sejarah, Ujian Bahasa Melayu,
Puan Rauzan sedih pilu,
Puan Halipah sesal tidak menentu.
Nasihat lembut tidak diendahkan,
Nasihat keras tidak memberi kesan.
Akal bijak disalahgunakan,
Akhirnya akhlak menjadi pinggiran.
Ada akal disalahguna,
Ada amanah dinista,
Ada ilmu tidak diguna,
Ada cerdik tidak bertempat,
Ada cergas membawa mudarat,
Ada cikgu tidak dihormat.
Sayang! Sayang!
Patutkah mereka dibiarkan
Sehingga mereka kebuluran
Akhlak dan kesopanan?
Sehingga mereka miskin
Budi dan nilai murni?
Biarkan, biarkan...!
Mereka tidak mungkin berjaya,
Kerana Allah sangat murka,
Maka mereka gagallah sentiasa
Maka mereka bodohlah sentiasa
Kerana amalan mereka.
Abdul Hakim Lukhman Al-Yusufi
Kuching, Sarawak
I know, the second poem will lead to a controversy. But, I can't let other people doing the same mistake....






0 comments:
Post a Comment
Apa Kata Anda...?