Thursday, November 06, 2008

Kelajuan Masa

Kelajuan masa? Siapa yang boleh kirakan kelajuan masa dengan begitu terperinci? Sesungguhnya ini merupakan kerja yang sia-sia.

Hari Kedua Terakhir Persekolahan
Tinggal sehari lagi untuk berada di St. Joseph. Sememangnya keadaannya tidak begitu ketara perbezaannya berbanding di St. Anthony.

Hari ini, semua kerja-kerja pengurusan kelas dilaksanakan oleh saya sendirian. Menyusun meja kerusi, mengambil kedatangan; semuanya saya lakukan bersendirian. Penolong saya sudah pun 'bercuti' awal atas sebab-sebab tertentu. Tak mengapalah, alang-alang sahaja musim persekolahan akan berakhir.

Usai lagu Ibu Pertiwiku dinyanyikan, keadaan kelas kembali hingar bingar seperti pasar (tapi tidaklah terlalu bising). Kegawatan keadaan itu (sebenarnya tidaklah begitu gawat) menjadi reda buat seketika semasa kedatangan Pn. Sii ke kelas kami. Beliau telah memanggil beberapa nama, termasuklah nama saya. :0

Di luar kelas 4A, kami diberitahu oleh Pn. Sii bahawa ada di antara kami akan menerima anugerah ketua tingkatan, Program NILAM, dan Bintang Murid Terpuji (memandangkan saya telah menerima anugerah yang sama, maka saya rasakan tentu ada sebab pihak penilai tidak memilih nama saya buat kali kedua). Namun, yang membuatkan saya begitu hairan hingga tahap 'hairan bin ajaib' ialah saya mendapat tempat kedua dalam Program NILAM, sedangkan saya baru sahaja berpindah ke SJS dan hanya berkesempatan menulis review untuk beberapa buah buku.

Di dalam kelas, semua pelajar mempunyai aktiviti masing-masing. Ada yang bermain catur, ada yang membaca majalah dan komik, ada yang baru mempelajari cara bermain gitar (semoga berjaya, Roland dan Daryl!), dan tidak kurang juga ada yang bermain permainan komputer Counter-Strike!

Saya berkesempatan bermain catur. Lawan saya ialah Allistair Adam, pengerusi Kelab Lanskap SJS. Dua pertarungan kami sertai. Pertarungan pertama saya segera menyerah kalah sebelum buah catur king saya dicheckmate. Pertarungan kedua pula saya berjaya mengalahkan Adam. Rahsianya ialah dengan membunuh buah-buah catur yang dianggap berkuasa seperti Queen, Bishop, Knight dan Castle. Kali pertama saya berjaya mengalahkan lawan saya.

Saya (seperti biasa) tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Memandangkan saya jenis yang tidak boleh duduk diam (kalau bosan), maka saya hari ini kerap berulang alik dari bilik guru ke kelas. Melecet kaki saya dibuatnya.

Bermacam-macam perkara yang saya lakukan. Daripada menulis khat, mempelajari cara bermain gitar, kemudian bermain catur, selepas itu berjalan ke sana ke mari, dan akhirnya membaca komik, masih terasa kebosanan dalam diri saya. Mungkin saya patut bawa manuskrip cerpen saya dan siapkannya di kelas hari ini.

Tinggal beberapa jam lagi, dan bermulalah sekali lagi saat yang membosankan dalam hidup saya....

CUTI PERSEKOLAHAN!

0 comments:

Post a Comment

Apa Kata Anda...?