Saturday, November 01, 2008

Bermacam-macam Masalah, Menuju ke Kemuncaknya (II)

Jika anda setia mengikuti perkembangan saya yang terkini menerusi blog ini, anda akan dapati keseluruhan minggu ini merupakan antara minggu-minggu yang terburuk pernah saya alami.

Sabtu yang lalu (bukan hari ini), saya telah membuat suatu keputusan yang sangat kejam, yang pada logiknya boleh membunuh diri saya secara perlahan: melupakan 'dia'. Namun, untuk melakukannya, bukanlah semudah mengatakannya. Saya sendiri cukup terseksa - zahir dan batin - apatah lagi di kala saya sedang menempuhi fasa kedua Peperiksaan Ke-3.

Setiap kali saya bertekad hendak melupakan'nya', ketika itu jugalah 'dia' muncul di hadapan saya secara tidak sengaja. Walau bagaimanapun, ia hanya berlaku selama dua hari sahaja. Akhir-akhir ini saya tidak melihat wajah'nya'.

Ya, saya rasa saya telah buat kesilapan yang amat besar dalam hidup saya. Saya tak seharusnya jatuh cinta (dalam konteks zaman remaja, cinta monyet) dan mudah jatuh cinta.

Kemudian, berlaku juga konflik di dalam kelas sendiri. Saya juga tidak tahan melakukan tugas-tugas sebagai Ketua Tingkatan 4A. Mana taknya, segala kerja kebersihan dilakukan oleh saya dan James Lai, pembantu saya. Manakala yang lain, cuma bersenang lenang di dalam kelas, duduk di dalam kumpulan, bergelak ketawa, berbual-bual kosong. Memang saya dan James dah tak dapat tahan lagi.

Sehingga menyebabkan berlakunya konflik antara saya dengan Adrian Ho. Gara-gara tiadanya kerjasama antara rakan sekelas dengan pemimpinnya. (Mujur Adrian tidak melenting berkekalan sehingga berbulan-bulan)

Berikutan daripada keputusan yang telah saya lakukan Sabtu lepas jugalah, perasaan dan jiwa saya semakin terseksa. Sehingga kini, 'keadaan' jiwa saya semakin parah menuju ke tahap kritikal.

Keadaan ini diburukkan lagi, apabila saya terbaca sebuah manga online yang berjudul Midori no Hibi. Dalam manga ini, protagonisnya, iaitu Sawamura Seiji, merupakan seorang remaja nakal yang pada zahirnya seorang yang ganas. Namun, di sebalik rupanya yang gerun, cintanya terhadap gadis telah ditolak sebanyak dua puluh kali sepanjang 17 tahun dia hidup. Tanpa dia menyedari, seorang demi seorang gadis mula menyimpan perasaan cinta terhadapnya disebabkan kebaikan dalam diri Sawamura. Bermula dari seorang gadis yang telah menyimpan perasaan suka terhadapnya sejak sekolah menengah, sehinggalah seorang gadis yang merupakan wakil kelas Sawamura.

Jiwa saya terseksa, walaupun saya tahu, manga itu hanyalah fiksyen semata-mata. Tetapi, dalam masa yang sama, saya mula menggemari manga tersebut dan mula membacanya kerap.

Yalah, siapa sangka, remaja nakal yang gemar berkelahi dengan orang lain, menjadi pujaan hati gadis-gadis yang menyedari kebaikan remaja nakal itu.

Lagu Ya Imam (nyanyian Imad) dan Ayat-ayat Cinta (nyanyian Rossa, merupakan lagu tema filem Ayat-ayat Cinta) mula berkumandang, bukan sahaja di gegendang telinga saya, tetapi di dalam minda dan hati saya. Sayu perasaan saya apabila mendengar alunan lagu-lagu itu, mengenangkan kembali keadaan diri saya.

Setiap malam, saya cuba menahan diri saya daripada menangis, namun...

dari hari ke hari...

saya semakin tidak dapat menahan perasaan sedih saya...

mulai lalai menjalankan kewajipan saya (astaghfirullah)...

Untuk menghilangkan perasaan itu, setiap malam, saya kerap mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran, alunan Sheikh Mahir Al-Mu'ayqali dan Sheikh So'ud Ash-Shuraim.

saya ingin menjalani kehidupan
kehidupan remaja yang biasa
saya meraskan apa yang saya alami ini
merupakan bukan kehidupan yang biasa....

0 comments:

Post a Comment

Apa Kata Anda...?