Begitulah nama seminar yang telah saya hadiri pagi ini bersama Christ Andra, Mohd. Qamarul, Allistair Adam dan Cikgu Yahya (guru Sejarah bagi kelas 4A). Kami bertolak dari perkarangan sekolah lima minit lebih awal daripada waktu yang dijanjikan. Kami menuju ke Pusat Penerangan Islam di Jalan Ong Thiang Swee (yang sepatutnya kami gunakan jalan menuju ke Swinburne, kerana Pusat Penerangan Islam terletak berdekatan dengan Universiti Swinburne).
Di sana, kami masing-masing diberikan fail seminar setiap seorang daripada kami (dan juga para peserta dari sekolah yang lain).

Antara aktiviti seminar yang telah dijadualkan untuk hari ini adalah seperti berikut:
Secara umumnya, seminar ini agak membosankan. Namun, saya amat tertarik dengan pembentangan kertas kerja kedua, iaitu Antara Hakikat dan Realiti: Menelusuri Nilai Sejarah Negeri Sarawak yang disampaikan oleh Dr. Shahri Abdul Rahman. Beliau merupakan pensyarah dari Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak.
Menurut beliau, tarikh sebenar kemerdekaan Sarawak ialah pada 22 Julai 1963 dan bukannya 16 September 1963, yang merupakan Hari Malaysia. Beliau juga menegaskan bahawa tiada istilah 'Sarawak masuk Malaysia' dari segi semantik. Juga tiada istilah 'Malaysia pernah dijajah...' dari segi sejarah, kerana Malaysia hanya wujud pada 1963 (Sejak bila Malaysia dijajah, sedangkan Revolusi Perindustrian berlaku satu dua abad sebelum itu?).
Dr. Shahri juga menegaskan bahawa bahayanya mempercayai persepsi. Para peserta ditunjukkan sebuah slide show tentang persepsi, di mana kami disuruh meneka apakah benda tersebut. Daripada ayam, hinggalah ke sebuah set permainan, kemudian gambar di dalam majalah, seterusnya kapal, iklan kapal pada bas, televisyen, setem, gambar orang asli menerima surat, diperhatikan oleh juruterbang, kemudian gambar bumi dari angkasa lepas, kami disedarkan dengan bahayanya persepsi.
Beliau ada memuji saya. Apabila beliau bertanya kepada kami apakah empat wilayah dalam Malaysia ketika pembentukan Malaysia, saya dapat menjawab nama keempat-empat wilayah tersebut (Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak). Mendengar jawapan saya, dia gembira lantas berkata, "Awak seorang yang celik tentang sejarah."
Saya rasa, kalau beliau tahu saya seorang yang 'bencikan' sejarah, entah bagaimana reaksinya. :D
Pada akhir seminar, semua peserta diberikan salinan kertas kerja bagi ketiga-tiga pembentangan serta ucap utama. Ini sesuatu yang luar kebiasaan, kerana kertas kerja sepatutnya diagihkan sebelum pembentangan dibuat.

Sebelum balik, semua peserta diberikan sijil penyertaan oleh pihak Persatuan Sejarah Malaysia.

(Maaf, tiada seorang pun di antara kami yang membawa kamera, jadi tiada gambar kami ketika sesi seminar berlangsung).

- 0800 : Pendaftaran peserta
- 0830 : Nyanyian lagu Negaraku, doa, dan ucap utama daripada Yang Berbahagia Datu Hj. Putit Matzen
- 0930 : Pembentangan kertas kerja 1 Ranjau Menuju Kemerdekaan: Pengorbanan Dahulu dan Pengisian Sekarang oleh YB Datu Hj. Sanib Said
- 1030 : rehat
- 1100 : Pembentangan kertas kerja 2 Antara Hakikat dan Realiti: Menelusuri Nilai Sejarah Negeri Sarawak oleh Dr. Shahri Abdul Rahman
- 1200 : Pembentangan kertas kerja 3 Malaysia yang Dicintai oleh En. Rosli Sahmat
- 1300 : Penyampaian Sijil, nyanyian Ibu Pertiwiku, makan tengah hari dan bersurai
Secara umumnya, seminar ini agak membosankan. Namun, saya amat tertarik dengan pembentangan kertas kerja kedua, iaitu Antara Hakikat dan Realiti: Menelusuri Nilai Sejarah Negeri Sarawak yang disampaikan oleh Dr. Shahri Abdul Rahman. Beliau merupakan pensyarah dari Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak.
Menurut beliau, tarikh sebenar kemerdekaan Sarawak ialah pada 22 Julai 1963 dan bukannya 16 September 1963, yang merupakan Hari Malaysia. Beliau juga menegaskan bahawa tiada istilah 'Sarawak masuk Malaysia' dari segi semantik. Juga tiada istilah 'Malaysia pernah dijajah...' dari segi sejarah, kerana Malaysia hanya wujud pada 1963 (Sejak bila Malaysia dijajah, sedangkan Revolusi Perindustrian berlaku satu dua abad sebelum itu?).
Dr. Shahri juga menegaskan bahawa bahayanya mempercayai persepsi. Para peserta ditunjukkan sebuah slide show tentang persepsi, di mana kami disuruh meneka apakah benda tersebut. Daripada ayam, hinggalah ke sebuah set permainan, kemudian gambar di dalam majalah, seterusnya kapal, iklan kapal pada bas, televisyen, setem, gambar orang asli menerima surat, diperhatikan oleh juruterbang, kemudian gambar bumi dari angkasa lepas, kami disedarkan dengan bahayanya persepsi.
Beliau ada memuji saya. Apabila beliau bertanya kepada kami apakah empat wilayah dalam Malaysia ketika pembentukan Malaysia, saya dapat menjawab nama keempat-empat wilayah tersebut (Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak). Mendengar jawapan saya, dia gembira lantas berkata, "Awak seorang yang celik tentang sejarah."
Saya rasa, kalau beliau tahu saya seorang yang 'bencikan' sejarah, entah bagaimana reaksinya. :D
Pada akhir seminar, semua peserta diberikan salinan kertas kerja bagi ketiga-tiga pembentangan serta ucap utama. Ini sesuatu yang luar kebiasaan, kerana kertas kerja sepatutnya diagihkan sebelum pembentangan dibuat.
Sebelum balik, semua peserta diberikan sijil penyertaan oleh pihak Persatuan Sejarah Malaysia.
(Maaf, tiada seorang pun di antara kami yang membawa kamera, jadi tiada gambar kami ketika sesi seminar berlangsung).

1 comments:
So good......
Post a Comment
Apa Kata Anda...?