Sunday, September 23, 2007

Hari Kesepuluh berpuasa...




Hari ni dah masuk hari ke-10 berpuasa. Rasa pelik pulak. Selalunya badan aku tak begitu panas sebelum ni, tapi time puasa tahun ni rasa panas pula badan ni.

Tak lama lagi nak PMR. 1hb Oktober. Mesti buat betul-betul!!!

Sekarang ni aku tengah dengar bacaan imam yang mengetuai solat terawih di Makkah al-Mukaramah (namanya Syeikh Mahir Ahmad al-Ma'kili). Boleh tahanlah bacaannya (walaupun ada kesilapan bacaan kadang-kala). Rasa nak ikut saja gaya bacaannya. Merdu juga.

Monday, September 03, 2007

Membuka blog baru...

Hari ini aku membuka sebuah blog baru yang diberi nama Forum Hal Ehwal Islam. Tujuan aku blog tersebut ialah untuk membantu Muslimin dan Muslimat yang mempunyai kekeliruan mengenai sesetengah aspek di dalam agama. Walaupun aku ni baru Tingkatan Tiga, dan ilmu agama aku tidaklah sebanyak yang mufti ada, tapi, kalau aku sahaja ilmu agama yang aku belajar ini dan tak aplikasikannya dalam kehidupan untuk membantu mereka yang memerlukan, lama-kelamaan ilmu agama itu akan hilang. Harap-harap mendapat sambutan yang baik, Insya-Allah...

Sunday, September 02, 2007

Hari Minggu yang Sentiasa Bosan...

Seperti hari-hari cuti lain... aku berasa bosan sangat... aku hanya tengok Bicara Mufti pukul 6.45 pagi... lepas tu buat kerja rumah... baca... hai... memanglah...

Saturday, September 01, 2007

Serupa sangatkah...





Hari ini, aku bertanya sekali lagi kepada rakanku, "Serupa sangatkah wajah aku dengan Syeikh Muhammad Tahir? Aku rasa tak samalah."

Jawabnya, "Memang serupa. Sekalipun kau tanya orang lain, mereka akan jawab ya juga. Cubalah kau tengok wajah kau kat cermin. Memang kau akan kata serupa."

Serupa sangatkah...