Setiap pertemuan pasti diakhiri dengan perpisahan... Perpisahan yang berkekalan ialah kematian dan perpisahan yang memang telah ditentukan tidak akan bertemu kembali...Saat-saat terakhir aku berada di sini. Fuh, penatnya mengemas. Mujurlah dapat dikemas kesemuanya melainkan buku-buku sekolah untuk esok. Masya-Allah, ketika aku sedang mengemas, tiba-tiba sahaja seekor lipan merayap di dalam bilikku. Segera kupanggil ayahku. Beliau terus mengambil tindakan drastik dengan membuatkan lipan tersebut lemah. Perkara itu masih lagi terbayang di fikiranku. Bagaimana jika aku disengat oleh lipan seandainya aku tidak menyedari akan kehadirannya? Walau apapun, syukur alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupanku di dunia yang fana ini.
Thursday, March 27, 2008
Saat-saat Terakhir
Wednesday, March 26, 2008
18 Rabi' al-Awwal 1429 H - 26 Mac 2008 M
Adakah benar perempuan sukar difahami? Mungkin ya... mungkin tidak... mungkin sesetengah perempuan sukar difahami, mungkin sesetengah yang lain tidak...Pagi tadi aku memulakan ujian lisan BM aku yang pertama. Aku memilih tajuk Amanah Perkhabaran dan diperdengarkan di hadapan guru dan rakan-rakan sekelasku. Walaupun aku menghadapi masalah sedikit lupa dan gagap, aku tetap teruskan. Dan hasilnya, mungkin (boleh dikatakan) sedikit berhasil. Komen guru, topik yang kubawa agak berat dan mungkin sukar difahami memandangkan majoriti rakan-rakan sekelasku non-Muslim serta seelok-eloknya diperjelas dalam bentuk yang lebih mudah. Tidak mengapa, aku akui mengenainya. Lagipun, aku menyediakan skrip lisan tersebut pada saat-saat yang terakhir. Jadi, tidak hairanlah aku dapat komentar sedemikian rupa.
Pada petangnya pula, selepas balik dari perpustakaan, aku dan Faiz berbual-bual mengenai perpindahan keluargaku ke Kuching. Dalam perbualan tersebut, dia bertanya sama ada HY mengetahui akan perpindahan keluargaku ke Kuching. Kemudian, dia mengatakan bahawa HY tu seperti telah mengetahui, tetapi buat-buat tidak pernah mendengar mengenainya. Komentarku: "Entahlah, saya tak nak buat andaian tersendiri." Lagipun, kaum perempuan ni kebanyakannya sukar ditaakulkan. Agak-agaknya HY tahu atau tidak akan berita perpindahanku itu...?
Hanya Allah yang mengetahui.
Sunday, March 23, 2008
Saturday, March 22, 2008
Kuasa Batin...?!
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW, sabdanya: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah Nabi-Nya." [Hadis riwayat Imam Malik]Semasa aku sedang menyemak komen-komen di blog Karya-karya Abdul Hakim Lukhman as-Sariki 1412 milikku (sudah pasti milikku), ada seorang rakanku menyarankan aku agar melayari beberapa alamat web untuk dijadikan rujukan untuk penulisan cerpen aku. Satu daripadanya berkaitan dengan kuasa batin. Ya, memang aku ada dengar mengenai kuasa batin, tetapi tidak pula pernah kudengar bahawa kuasa batin boleh menentang ilmu pukau (walaupun kalau difikirkan balik, memang betul). Kerana padaku, tidak cukup sekadar kuasa batin, tetapi dengan kuasa Allah SWT. Kalau aku mampu menguasai ilmu kuasa batin sekalipun, tanpa keizinan-Nya, aku mungkin tak dapat menentang pukau. Jadi, lebih baik aku berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah kerana kedua-duanya merupakan panduan hidup mukmin yang telah ditinggalkan oleh baginda kepada umatnya. Bukankah lebih baik sekiranya kita mengikut jalan Nabi-Nya?
Sunday, March 16, 2008
8 Rabi' al-Awal 1429 H - 16 Mac 2008 M
Namun begitu, ada suatu perkara yang terlintas di benak fikiranku semenjak semalam. Kesemuanya bermula setelah selesai menunaikan solat Asar berjemaah di masjid. Aku ternampak notis pemberitahuan mengenai Majlis Menghafaz Al-Quran 1429 H/2008 M Peringkat Kebangsaan. Lalu timbullah idea untuk 'bersara' dari dunia Majlis Tadarus al-Quran Kategori Hafazan dan menceburkan diri dalam Majlis Menghafaz al-Quran.
Sudah kusampaikan hasrat tersebut kepada ibuku, namun negatif responnya. Bukanlah hendak memburuk-burukkan ibu sendiri, tetapi apa yang kuperhatikan, setiap kali aku beritahu yang aku nak sesuatu yang baik dan baru, pasti dia orang pertama yang bangkang, melontarkan bermacam-macam persoalan yang boleh mengganggu prestasi pelajaran, padahal persoalan itu boleh diselesaikan. Kecewa benar dengan ibuku. Namun, aku tetap dengan hasratku untuk menyertai Majlis Menghafaz al-Quran.
Buat masa ini, aku bercadang untuk memulakan hafazan aku dengan Juzuk Pertama. Mungkin aku boleh lakukan setelah selesai urusan khat untuk Maulidur Rasul, Insya-Allah.
Saturday, March 15, 2008
Kancah Politik Setelah Pilihan Raya Umum Ke-12...
Monday, March 10, 2008
Di Mana Hendak Diperolehi Teman Yang Sejati
Antara kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan.
Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperolehi di dunia ini, sekalipun ramai yang selalu mendakwa dia adalah sahabat setia kita. Kita tidak tahu sejauh manakah dakwaan itu sebelum adanya ujian yang sebenar. Ramai yang pernah mendakwa sedemikian tetapi terbukti berbohong apabila ujian datang melanda.
Bahkan banyak persahabatan dalam dunia ini pun terjadi di atas kepentingan tertentu. Maka tidak hairan jika ia akan berakhir disebabkan kepentingan tertentu jua. Bahkan ada persahabatan yang diasaskan di atas kejujuran namun berakhir disebabkan kepentingan.
Memiliki persahabatan yang jujur dalam ertikata yang sebenar adalah nikmat kehidupan. Namun ia sebenarnya sukar untuk diperolehi secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar. Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan kerana Allah semata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman.
Sabda baginda: “Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasulNya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Manisnya tebu tidak dapat digambarkan oleh perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasanya. Manisnya iman, hanya pemiliknya sahaja yang dapat mengecapi kenikmatan dan kekusyukannya. Dalam tiga ciri tersebut, baginda s.a.w nyatakan bahawa dengan mencintai seseorang hanya kerana Allah, akan terasalah manisnya iman. Indahnya kemanisan iman hanya pemiliknya yang faham.
Bagaimana mungkin kita dapat membina rasa cinta kepada seseorang kerana Allah semata? Pastilah dek kita tahu hubungan dan kasih sayang kita kepadanya mendapat keredhaan Allah. Mungkin kerana dia orang yang dekat kepada Allah, atau dia boleh menjadi faktor kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apabila perasaan yang seperti itu terbina, kita akan dapat merasa nikmatnya perasaan cintakan seseorang kerana Allah. Hanya hubungan yang seperti itulah yang membuahkan kesetiaan dan kejujuran yang tidak mampu dibeli oleh pangkat, kedudukan dan harta.
Hubungan persahabatan seperti itu tidak ada di alam gelora manusia yang yang berkawan dengan seseorang kerana kepentingan atau kedudukan atau harta. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya) “Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, tidaklah engkau dapat menyatu-padukan di antara jantung hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan antara mereka. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana” (Surah al-Anfal: 63).
Ia hanya wujud dalam alam persahabatan yang dibina atas nama Iman dan Islam. Maka kita akan lihat kesetiaan antara para pejuang Islam yang ikhlas sepanjang sejarah penuh dengan keajaiban. Mereka hapuskan dalam dairi hidup mereka perkataan khianat, kebencian dan permusuhan dari belakang, lalu digantikan dengan “aku kasihkan engkau kerana Allah”.
Kasih itu berkekalan semasa sahabatnya di puncak atau berada di bawah. Samada sahabatnya masih hidup, atau setelah meninggalkan dunia ini. Ini kerana tempat rujuk kasih mereka Maha Tinggi Lagi Tiada Kesudahan bagiNya, iaitu Allah s.w.t. Lihatlah sahabah Nabi s.a.w. Zaid bin al-Dathinah apabila dia ditangkap oleh pemimpin Quraish yang menentang Nabi s.a.w. lalu dibawa untuk dibunuh dan Abu Sufyan –ketika itu belum menganut Islam- bertanya kepadanya: “Wahai Zaid, aku bertanya engkau dengan nama Allah, tidakkah engkau suka Muhammad berada di tempat engkau sekarang, kami pancung kepalanya, dan engkau berada di samping keluargamu”.
Jawab Zaid: “Aku tidak suka Muhammad berada di mana dia berada sekarang, terkena duri sedangkan aku berada di samping keluargaku”. Kata Abu Sufyan: “Aku tidak pernah melihat seseorang mengasihi seseorang seperti kasihnya sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad” (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 4/75 Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah). Ya! Kasih yang mengharapkan hanya ganjaran Allah. Inilah kasih para pejuang yang sebenar antara mereka.
Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti, menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran. Namun semuanya hanya mengharapkan kurniaan Allah jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu mekar antara satu sama lain. Sudah pastilah persahabatan itu dibina atas kebenaran yang sentiasa tunduk dan patuh kepada titah Allah dan RasulNya. Alangkah indahnya suasana ini.
Justeru itu Allah memuji golongan Muhajirin dan Ansar lalu dirakam kasih sayang antara mereka dalam al-Quran: (maksudnya) ”Bagi golongan fakir yang berhijrah, yang mereka diusir dari kampung halaman dan harta benda mereka (kerana) mencari kurnia daripada Allah dan keredhaanNya. Mereka menolong (agama) Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar. Orang-orang yang telah mendiami kota (Madinah) dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka itu (Muhajirin), mereka mencintai orang berhijrah kepada mereka. Mereka tiada menaruh sebarang keinginan (balasan) dalam dada mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada Muhajirin. Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka juga memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. Adapun orang-orang yang datang selepas mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang” (Surah al-Hasyar 8-10).
Hanya insan-insan yang seperti ini sahaja yang akan merasa manisnya perjuangan yang mereka bawa. Ini kerana mereka jelas matlamat yang hendak dituju dan jalan yang hendaklah dilalui. Bebas dari kepentingan diri, yang tinggal hanya kepentingan cita-cita yang suci. Maka tidak ada cerita jatuh-menjatuh antara mereka kerana jawatan dan pangkat.
Sebaliknya, sering ingin memberi kerana matlamat mereka adalah keredhaan Allah. Ia tidak dicapai dengan tumpas menumpas sesama pejuang yang betul niat dan tujuannya. Sebaliknya keredhaan itu dicapai dengan sering tolong menolong kerana Allah. Jika itu tidak ada, perjuangan itu untuk dunia semata dan pasti dalamnya penuh kepahitan walaupun pada zahir ada harta dan kemewahan.
Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”.
Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita”.
Lalu baginda membaca ayat al-Quran: (maksudnya) “Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita” (Hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani). Inilah golongan yang dilindungi Allah pada hari kiamat. Di dunia mereka mendapat kenikmatan persahabatan yang jujur dan ikhlas, di akhirat mereka dilindungi Allah.
Nilai persahabatan bukan pada wang atau peluang yang diberi. Atau kedudukan dan kerusi yang disogokkan. Semua itu tiada erti, jika ‘ada udang di sebalik mee’. Sesungguhnya senyuman ikhlas seorang sahabat sejati, lebih bererti dari dunia dan segala isinya, sehingga Nabi s.a.w menyebut: “Senyumanmu buat wajah saudaramu itu adalah sedekah” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Kita selalu dengar cerita pengkhianatan sesama sahabat dalam perniagaan, pekerjaan dan politik. Mendengarnya sahaja amat memeritkan, apatah lagi jiwa yang mengalaminya. Amat rapuhnya persahabatan jika dibina di atas kepentingan diri masing-masing. Ditikam oleh musuh, tidak seperit pedihnya seperti ditikam oleh sahabat yang rapat. Dirompak oleh perompak tidak sekecewa ditipu oleh rakan yang dipercaya. Dijatuh oleh lawan tidak sedahsyat direbahkan oleh teman seperjuangan.
Namun itu realiti dalam maya pada ini bagi hubungan sesama insan yang tidak dibina atas nama tuhan. Jika ada pihak yang jujur dalam persahabatan, tetapi pengkhianatan berlaku bererti samada dia silap memilih teman, atau prinsip perjuangan. Maka dalam memilih sahabat, lihatlah hubungannya dengan tuhan dan atas apa kita membina persahabatan dengannya.
Saya rasa dalam dunia perniagaan dan politik, persahabatan sejati amat sukar untuk dicari. Bukan perniagaan, atau politik itu kotor; kedua-duanya termasuk dalam ajaran Islam. Namun kedua bidang itu apabila tidak berpandukan ajaran Allah dan RasulNya maka akan menjadi sangat rakus, biadap, penuh dengan kepura-puraan, tidak berprinsip, tidak menghargai rakan dan taulan, bicara dan bahasanya penuh dengan kemunafikan.
Kepentingan diri masing-masing kadang kala bagai tuhan yang disembah. Sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan diri, apa yang dia tidak akan lakukan jika perintah oleh tuhan yang sebenar pun. Banyak perintah agama dia kata tidak mampu, namun jika ada kepentingan politik atau urus niaga lebih daripada itu dia sanggup lakukan.
Firman Allah dalam Surah al-Jathiah, ayat 23: (maksudnya): “Bagaimana fikiranmu (Wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya tuhan (yang dipatuhinya), dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana pengetahuanNya (tentang kekufuran mereka), dan ditutup pula atas pendengarannya dan jantungnya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikannya berkeadaan demikian)? oleh itu, mengapa kamu tidak mengingati?.
Betapa ramai orang politik yang dikelilingi oleh para pengikutnya, lalu kesemua mereka hilang apabila kuasa tiada lagi di tangan. Pada hari dia berkuasa; semuanya menjerit dan memuja, seakan sanggup hidup dan mati bersama. Namun apabila dia tidak mampu lagi memberi harta, pangkat dan kedudukan, melintas pun belum tentu mereka bersalaman.
Telah banyak bukti hidup dan mati yang tidak dapat dihitung lagi. Bahkan ada yang sehingga mati pun tidak dikunjungi. Namun jika anda berharta, sehingga ke pusara ada yang masih tunjuk muka. Bukan kerana kenang jasa, tapi kenang apa yang boleh dipusaka.
Tanpa iman, tiada kasih sayang hakiki dalam persahabatan. Sepatutnya orang kaya, atau orang politik jangan terlalu bangga apabila anda dipuji. Belum tentu ianya ikhlas dari hati sanubari. Mungkin diri anda atau perkara yang sama jika anda lakukan pada hari anda tiada kuasa atau harta, orang sama akan mencebik dan menghina anda.
Tetapi dek penangan kuasa dan harta; rupa anda yang ‘biasa-biasa’ dikatakan lawa, pidato anda yang tidak sedap dikatakan hebat, pendapat anda yang kolot dikatakan maju, idea yang lapuk dikatakan bernas, pandangan yang lemah dikatakan berhikmah, penampilan yang tidak bermaya dikatakan bercahaya. Semuanya kerana ingin mengampu kuasa dan harta.
Jika anda hidup dalam iklim yang sedemikian, percayalah persahabatan dan pengikut yang mendakwa setia semuanya bohong belaka. Anda hidup dalam alam khayalan seperti berkhayalnya seorang mabuk yang melihat wanita tua bagaikan gadis yang cantik menawan.
Carilah iman dan persahabatan atas dasar iman. Carilah prinsip perjuangan yang Allah redha, kita akan bertemu di sana sahabat-sahabat yang setia kerana Allah. Jika anda pernah merasai kemanisan iman dan persahabatan atas nama iman, anda akan tahu bahawa persahabatan palsu itu rasanya amat pahit dan meloyakan.
Lebih mendukacitakan Allah berfirman: (maksudnya) “Sahabat handai pada hari tersebut (kiamat) bermusuhan antara satu sama lain, kecuali golongan yang bertakwa” (Surah al-Zukhruf: 67). Ya, seperti mana di dunia mereka melepaskan diri apabila hilang kepentingan yang dicari, di akhirat mereka bermusuhan apabila melihat azab Tuhan yang terhasil dari dosa persahabatan dan pakatan yang pernah mereka lakukan di dunia.
Oh! Di mana hendak dicari teman yang sejati? Ya! Carilah perjuangan yang berprinsip dan diredhai Allah, di dataran itulah kalian akan temui teman yang sejati.
Untuk hari ini - 2 Rabi'ul-Awal 1429...
Ujian dan dugaan sentiasa datang silih berganti... kadang-kadang belum selesai yang satu, datang lagi satu...Pukul 10:00 malam. Nampaknya sukarlah aku nak tidur... Hai, macam-macam berlaku... seperti hari-hari lain... Mula-mula terlelap pada waktu petang sampai terlewat menunaikan solat asar... lepas tu ada pulak kes lain... ada pulak yang nak membunuh diri... tapi, dah kewajipan sebagai Muslim... konsep amar makruf nahi mungkar perlu dilaksanakan... sabda Nabi la dhurur wala dhirar perlu dipatuhi...
Hai, macam-macam ragam manusia dapat aku perhatikan selama aku hidup ni...
Hari ini juga, fikiranku masih buntu... memandangkan tak lama lagi aku akan berpindah, macam-macam dalam fikiranku. Mesej yang kuhantar kepada HY sebelum peperiksaan hari tu masih belum berbalas... sekarang dalam fikiranku ni datang pula yang lain... aku tak tahu bagaimana nak balas kad ucapan yang dihantar oleh Mei Ming tahun lalu sempena hari jadi... Idea untuk menulis khat untuknya memang sudah timbul, hanya utk desginnya sahaja yang menjadi masalah... sama ada hendak buat dalam bentuk calligram atau biasa, itu belum diputuskan lagi... hai, masalah peribadi dan masalah kerja saling mendesakku...
Saturday, March 08, 2008
Where Can True Friends Be Found?
Written by Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
Translation by Umm Hajar (ummhajar@gmail.com)
One of the sweetness in life is to have a loyal friend who befriends us not because he has any specific interest to pursue. However, in this world, this is very scarce though many will always claim that they are our loyal friends. We do not know how true the claim is until it is truly tested.
Many have made such claims but are proven to be false when trials come knocking at their doors. Moreover, many friendships in this world take place in the specific interest of something. Therefore, it is not surprising if it also ends due to a specific interest. Even worse, some friendships that are built on sincerity in the beginning also come to an end due to a specific interest.
To own an honest friendship in the true sense of the words is a luxury in life. However, it is hard to find that kind of friendship in this virtual life other than to find it in the life history of the genuine faithful believers. The Prophet s.a.w guaranteed whoever owns a friendship that is built only for Allah’s sake then he will taste the sweetness of iman (faith). He said, “Whoever possesses the (following) three qualities will have the sweetness of faith (1): The one to whom Allah and His Apostle becomes dearer than anything else; (2) Who loves a person and he loves him only for Allah’s Sake; (3) who hates to revert to atheism (disbelief) as he hates to be thrown into the Fire.” (Reported by al-Bukhari and Muslim)
The sweetness of sugarcane is hard to be imagined by one who has not had a taste of it. The sweetness of iman can only be savored and absorbed by the one who possesses it. Among the three qualities, the Prophet s.a.w stated that by loving someone only for Allah’s sake, one would taste the sweetness of iman. How then do we build the feeling of love towards someone only for Allah’s sake?
It is surely by knowing that our relation and love for him receives the blessing of Allah, probably because he is close to Allah, or because he can be a driving factor for us to be close to Allah. When this kind of feeling is developed, we will feel the pleasure of loving someone for Allah’s sake. Only this kind of relationship is able to bear the fruits of loyalty and sincerity that cannot be bought by rank, position and wealth.
That kind of friendship does not exist in the chaotic world of a person who befriends someone because of a specific interest or position or wealth. Allah says in al-Quran (translated as): “And (moreover) He hath put affection between their hearts: not if thou hadst spent all that is in the earth, couldst thou have produced that affection, but Allah hath done it: for He is Exalted in Might, wise.” (Surah al-Anfal: 63). It only exists in the realm of friendship that is built in the name of faith and Islam. Therefore, we can see that the loyalty among those fighting for Islam throughout the history was full with wonder. They abolished from their life diary the words treachery, hatred and enmity and replaced them with the phrase, “I love you for Allah’s sake.” That love sustained in times when their companion was both at the top and at the bottom. It is because the point of reference to their friendship was the Most High and there is no end to Him, Allah the Most Exalted. Just look at the story of one of the Prophet’s companions Zaid bin al-Dathinah when he was captured by the leader of the Quraisy. When he was brought in to be executed, Abu Sufyan – at that time, he had not embraced Islam – asked him, “O Zaid! I would like to ask you by the name of Allah. Do you not prefer that Muhammad is in your place right now for us to behead him and you are with your family?” Zaid answered, “I do not like it if Muhammad is at the place he is in right now and is pricked by a thorn while I am with my family.” Abu Sufyan said, “I have never seen anyone loves someone as much as Muhammad’s companions love him.” ((Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 4/75 Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah). Yes! This love was intended only to get rewards from Allah. This was the love of the true fighters among them.
It is the kind of friendship built for Allah’s sake. They give without asking for a return, they support without asking for compliments, they praise not because they have to, they sacrifice without asking for rewards. It is all done because they hope to get Allah’s rewards and that is the reason for their love and affection towards each other to bloom. Surely, the friendship is built on the foundation of rightness that always submits and obeys the commands of Allah and His Messenger. How beautiful this atmosphere is! Thus, Allah praises the Muhajirin (those who migrated from Makkah to al-Madeenah) and Ansar (citizens of al-Madeenah who gave aid to the Muhajirin). Their affection to each other was recorded in al-Quran (translated as): “ (Some part is due) to the indigent Muhajirs, those who were expelled from their homes and their property, while seeking grace from Allah and (His) good pleasure, and aiding Allah and His Messenger. such are indeed the sincere ones but those who before them, had homes (in Medina) and had adopted the faith,- show their affection to such as came to them for refuge, and entertain no desire in their hearts for things given to the (latter), but give them preference over themselves, Even though poverty was their (own lot). And those saved from the covetousness of their own souls, they are the ones that achieve prosperity. And those who came after them say: “Our Lord! Forgive us, and our brethren who came before us into the faith, and leave not, in our hearts, rancor (or sense of injury) against those who have believed. Our Lord! Thou art indeed full of kindness, Most Merciful.” (Surah al-Hasyr: 8-10). Only this kind of people could taste the sweetness of struggle they were upholding. Their ultimate destination and the path to take to get there were clear to them. They were free from the shackle of self-centeredness and the only thing left is the interest to realize the holy aspirations. Therefore, there were no narrations about them trying to bring each other down due to fights over positions and ranks. Instead, they often wanted to give because their goal was to attain the blessing of Allah. That could not be achieved by trying to defeat each other among the fighters who had truthful intention and objective. Instead, blessing is attained by always helping each other out for Allah’s sake. If that is missing, then the struggle is only for achieving worldly gain and it is certainly full with bitterness although on the outside there is wealth and luxury.
In a hadith the Prophet s.a.w said, “There are people from the servants of Allah who are neither prophets nor martyrs; the prophets and martyrs will envy them on the Day of Resurrection for their rank from Allah, the Most High. They (the people) asked: Tell us, Apostle of Allah, who are they? He replied: They are people who love one another for the spirit of Allah (i.e. the Qur’an), without having any mutual kinship and giving property to one. I swear by Allah, their faces will glow and they will be (sitting) in (pulpits of) light. They will have no fear (on the Day) when the people will have fear, and they will not grieve when the people will grieve. He then recited the following Qur’anic verse: “Behold! Verily for the friends of Allah there is no fear, nor shall they grieve.” (Reported by Abu Dawud, ranked as sahih by al-Albani). This is the group protected by Allah on the Day of Resurrection. In this world, they gain pleasure from having friendships that are honest and sincere and in the Day of Resurrection, they will be protected by Allah. The value of friendship does not lie in the money or opportunity given, or the status and seat being fed. It is all meaningless if there is a hidden agenda behind it. Indeed, a sincere smile from a true friend is more meaningful than the world and its fill. The Prophet s.a.w said, “A smile to your brother is considered a charity.” (Reported by al-Tirmizi, ranked sahih by al-Albani)
We often hear stories about betrayal among friends in business, profession and politics. To listen to it is painful enough and it is even more painful to the soul experiencing it. How brittle friendship can be if it is built on each other’s self-interest. Being stabbed by the enemy is not as excruciating as being stabbed by a trusted friend. Being taken down by the enemy is not as devastating as being trounced by a fellow friend. However, that is the reality in this virtual world for a relation among humans that is not built in the name of the Lord. If a person is sincere in a friendship but still betrayal occurs, it may mean that he makes a mistake in choosing a friend or the principles of struggle. Therefore, in choosing a friend, we need to see how his relation is with the Lord and on what basis we build friendship with him.
I feel that in the world of business and politics, true friendship is hard to find. It is not because business or politics is dirty since both are included in the teachings of Islam. However, if both fields were not guided by the teachings of Allah and His Messenger then those involved in them would become voracious, rude, full with pretence, unprincipled, unappreciative of their own friends, their speech and words are full with hypocrisy. Their self-interests sometimes are like God being worshipped. They will do anything to guard their self-interest even things that they will not do if commanded by the true God. He claims that he cannot afford to execute many of the commands of the religion but he will do a lot more if it involves his political interest or business. Allah says in surah al-Jathiah verse 23 (translated as): “Then seest thou such a one as takes as his god his own vain desire? Allah has, knowing (him as such), left him astray, and sealed his hearing and his heart (and understanding), and put a cover on his sight. Who, then, will guide him after Allah (has withdrawn guidance)? Will ye not then receive admonition?
How many politicians today are surrounded by followers who will vanish when their power disappears? On the day he is in power, everybody shouts their supports and revere him as if they are willing to live and die with him. However, when he can no longer afford to give them wealth, ranks and positions, probably they will not even shake hands with him when they come across him. We can see countless number of proofs for this, some are still alive and some are dead. Some even do not get any visit in their dying hour. However, if you are wealthy, people will show their faces to you even right to your grave. They do not think of your kindness but instead, they think of what is available to be inherited.
Without faith, there is no true affection in friendship. The affection being expressed does not necessarily come out from their hearts. Probably if you do the same thing on the day that you do not have any power or wealth, people will sneer at you and insult you. However, because of power and wealth, your ordinary look will be rated as attractive, your lame debate will be regarded as excellent, you backward opinions will be regarded as advanced, your moth-eaten ideas will be regarded as brilliant, your lifeless appearance will be said as shining. It is all sweet-talks done to ask for power and wealth. If you happen to live in that kind of climate, trust that the friendship and the followers claiming to be loyal are all lies. You actually live in a fantasy world, like a drunken man who thinks he sees a gorgeous girl while in actual she is an old woman.
Look for iman and a friendship based on iman. Look for the principles of a struggle that receives Allah’s blessing and in there, we will find friends who are loyal for Allah’s sake. If you have tasted the sweetness of iman and friendship in the name of iman, you will know that fake friendship tastes so bitter and nauseating. Allah says (translated as): “Friends on that Day will be foes, one to another except the righteous ones.” (Surah al-Zukhruf: 67). Yes, just like they run away when the interest they are after is gone, in the Day of Resurrection they will become foes when they see the torment that the Lord set for them as a resultant of their sins in their friendship and alliance. Ah! Where can a true friend be found? Yes! Look for a principled struggle that is blessed by Allah and in that terrain you will find true friends.
Friday, March 07, 2008
Hadis 2 - Martabat Agama
Sunday, March 02, 2008
Jejak: Tokoh Falak Nusantara
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
SHEIKH Muhammad Tahir JalaluddinSheikh Muhammad Tahir juga dikenali sebagai ahli 'Kaum Muda' atau golongan ulama reformis
DI PANTAI Acheh, Pulau Pinang, ada sebuah pusat observatori dikenali sebagai Pusat Falak Sheikh Tahir yang menjadi tempat cerapan hilal dan kajian falak oleh Universiti Sains Malaysia (USM).
Tempat cerapan ini dinamakan sempena nama seorang ulama, tokoh besar dalam bidang Falak Syar’i yang memang terkenal di Nusantara iaitu Muhammad Tahir Syeikh Muhammad, yang juga dikenali sebagai Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki Al-Azhari.
Beliau adalah tokoh bidang Falak Syar’i yang memantapkan bidang fardu kifayah di rantau Nusantara melalui pengajaran, penggunaan dan penyebaran ilmu berkenaan di kalangan alim ulama yang bertanggungjawab membuat taqwim Islam tempatan.
Sheikh Tahir dilahirkan pada hari Selasa 4 Ramadan 1286 Hijrah bersamaan 7 November 1869 di Ampat Angkat, Bukit Tinggi, Minangkabau, Sumatera Barat. Bapanya, Sheikh Muhammad (bergelar Tuanku Muhammad atau Tuanku Cangking) manakala datuknya keturunan bangsawan Minangkabau iaitu Tuanku Ahmad Jalaluddin.
Anak yatim ini dibesarkan keluarga sebelah ibunya dan ketika berumur hampir 12 tahun beliau dihantar ke Makkah untuk mendalami ilmu agama dan berada di sana lebih 12 tahun.
| SHEIKH Muhammad Tahir bersama anaknya Tun Hamdan, bekas Yang DiPertua Pulau Pinang. |
Di antara bidang ilmu yang dipelajari ialah ilmu al-Quran, Hadis, Tauhid, Fiqah, Usul Fiqh, Nahu, Saraf, Bayan, Ma'ani, Badi', 'Arudh, Mantiq, Tafsir, Hisab Handasah dan Falak.
Kehidupan dan keperibadian beliau banyak dipengaruhi oleh ilmu, pendekatan dan kealiman peribadi gurunya, Sheikh Ahmad Khatib iaitu saudara sepupu dengannya yang pada waktu itu dilantik sebagai Mufti Mazhab Shafie di Masjidil Haram.
Sheikh Tahir pulang ke Sumatera ketika berumur 24 tahun dan selepas empat tahun, beliau sekali ke Timur Tengah, iaitu Mesir.
Beliau mendalami bidang Falak ketika belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir selama empat tahun dan di situ beliau menerima pengaruh daripada pemikiran Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh, tokoh Gerakan Isiah (Pembersihan) dan Reformasi Islam yang berjuang membersihkan Islam daripada fahaman yang bercampur adat resam kuno serta mengembalikan Islam ke landasan al-Quran dan hadis.
| PUSAT Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh, Pulau Pinang. |
Ketika di Mesir, beliau berdampingan dengan tokoh perjuang Islam seperti Sheikh Muhammad Rashid Ridha yang bergiat dalam penulisan rencana melalui akhbar berunsur Islam seperti Al-Manar.
Beliau pernah dipenjarakan oleh penjajah Belanda atas tuduhan palsu. Bagaimanapun, selepas ditahan selama enam bulan, beliau dibebaskan. Sheikh Tahir mempunyai semangat anti penjajah yang kuat, berpendirian tegas dan keras dalam hal keagamaan.
Inilah di antara aspek peribadinya yang menyebabkan Sheikh Tahir tidak dapat menetap lama di sesuatu tempat, di samping adanya pergeseran dengan golongan ulama ‘Kaum Tua’ serta tidak suka terkongkong dengan ikatan adat hidup terlalu kuat termasuk Adat Pepatih.
Dalam zaman mudanya, Sheikh Tahir kerap berulang-alik ke Makkah dan Mesir sama ada untuk membawa jemaah haji dari Sumatera atau untuk menjalankan perniagaan secara sampingan.
Berdasarkan maklumat Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), beliau menjadi Hakim Besar Mahkamah Syariah di Taiping, Perak sebelum dilantik sebagai Mufti Perak selama tiga tahun di era pemerintahan Sultan Idris. Bagaimanapun, banyak fatwa Sheikh Tahir tidak diterima oleh ulama golongan 'Kaum Tua'.
Sheikh Tahir kemudian berkhidmat di Johor pada 1914 sebagai pendidik dan nazir sekolah agama Johor selama empat tahun dan disambung lagi selama 3 tahun dari 1925 hingga 1928.
Pada masa sama, beliau sempat berkhidmat sebagai mudir (guru besar) Madrasah Haji Muhammad Taib, di Parit Jamil, Muar iaitu sebuah sekolah menengah agama yang memberi pembelajaran Islam menyeluruh sambil menekankan bahawa Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris hendaklah dipelajari untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
Dalam dunia pendidikan, Sheikh Tahir sentiasa mempunyai pemikiran dan pandangan yang jauh ke hadapan daripada pemikiran semasa dalam zamannya. Beliau pernah bermastautin di Singapura untuk memberi sumbangan penulisan dan penerbitan majalah Al-Imam.
Beliau berkhidmat di Madrasah Al-Masyhoor Pulau Pinang sebagai pendidik dan pengetua selama tiga tahun (1920 hingga 1923) sebelum pulang ke Kuala Kangsar, Perak.
Sheikh Tahir ke Makkah sekali lagi pada 1928 dan bersara di Kuala Kangsar, Perak pada 1029. Walaupun bersara, beliau terus aktif sehingga akhir hayatnya sebagai ulama penulis dan ahli Falak Syar’i yang menabur khidmat baktinya kepada ramai penuntut dan anak muridnya yang kemudian menjadi ulama.
PROFIL: Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al_Falaki Al-Azhar
FAKTA: Falak Syarie
Saturday, March 01, 2008
Syarah Ringkas al-Arba'un an-Nawawiyyah (الأربعون النووية)







