Wednesday, March 26, 2008

18 Rabi' al-Awwal 1429 H - 26 Mac 2008 M

Adakah benar perempuan sukar difahami? Mungkin ya... mungkin tidak... mungkin sesetengah perempuan sukar difahami, mungkin sesetengah yang lain tidak...
Pagi tadi aku memulakan ujian lisan BM aku yang pertama. Aku memilih tajuk Amanah Perkhabaran dan diperdengarkan di hadapan guru dan rakan-rakan sekelasku. Walaupun aku menghadapi masalah sedikit lupa dan gagap, aku tetap teruskan. Dan hasilnya, mungkin (boleh dikatakan) sedikit berhasil. Komen guru, topik yang kubawa agak berat dan mungkin sukar difahami memandangkan majoriti rakan-rakan sekelasku non-Muslim serta seelok-eloknya diperjelas dalam bentuk yang lebih mudah. Tidak mengapa, aku akui mengenainya. Lagipun, aku menyediakan skrip lisan tersebut pada saat-saat yang terakhir. Jadi, tidak hairanlah aku dapat komentar sedemikian rupa.

Pada petangnya pula, selepas balik dari perpustakaan, aku dan Faiz berbual-bual mengenai perpindahan keluargaku ke Kuching. Dalam perbualan tersebut, dia bertanya sama ada HY mengetahui akan perpindahan keluargaku ke Kuching. Kemudian, dia mengatakan bahawa HY tu seperti telah mengetahui, tetapi buat-buat tidak pernah mendengar mengenainya. Komentarku: "Entahlah, saya tak nak buat andaian tersendiri." Lagipun, kaum perempuan ni kebanyakannya sukar ditaakulkan. Agak-agaknya HY tahu atau tidak akan berita perpindahanku itu...?

Hanya Allah yang mengetahui.

1 comments:

N Athirah Al-Labuani said...

Bagi perempuan, adakalanya lelaki sukar untuk difahami. Tetapi, adakalanya lelaki yang akrab dengan perempuan itu lebih mudah untuk difahami.
Begitu juga sebaliknya.
Jika awak akrab dengan perempuan itu, mungkin awak boleh memahami dirinya.
Sebaik-baiknya, segalanya bermula dari persahabatan. Kerana, persahabatan itulah yang membawa kepada perasaan yang sebenarnya.
(Itu pandangan saya saja)

Post a Comment

Apa Kata Anda...?