Setelah lama saya tidak menulis apa-apa di sini, hari ini saya kembali.Mulai hari ini, penulis akan menggunakan standard permulaan hari menurut takwin Hijriah, yang mana setelah terbenamnya matahari (iaitu waktu maghrib) dikira telah memasuki hari yang baru. Maksudnya, setelah maghrib nanti, kita akan memasuki ke hari Rabu 18 Jun 2008.
Hari ini, seperti yang direncanakan, penulis bersama-sama dengan beberapa orang pelajar SJS, iaitu Roland Teo, Kelvin Jong dan Stanley Teng, menghadapi suatu pertandingan yang dinamakan Kuiz Kepenggunaan. Mungkin penulis belum bersedia secukupnya atau penulis mengambil mudah dengan soalan yang bakal diberikan, penulis merasakan antara kami penulislah yang mempunyai markah yang paling rendah. Soalan pertama yang disoal pada kertas kuiz ialah soalan meminta memilih nombor telefon yang merupakan talian bebas tol Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Percaya tak? Memang berada di luar jangkauan penulis.
Kebanyakan soalan tidak dapat penulis jawab. Penulis hanya me'nembak' sahaja jawapan pada bahagian objektif, tetapi membiarkan ruang kosong di kertas jawapan bagi bahagian subjektif. Jadi, masa yang lebih (iaitu kira-kira 20 minit), penulis menggunakannya untuk mencatat 4 soalan subjektif dan 3/4 soalan daripada bahagian objektif (terdapat 40 soalan), untuk dijadikan rujukan (sama ada bagi penulis mahupun pasukan tahun hadapan).
Dan tekanan yang penulis alami tidak berakhir di situ. Sebaik sahaja tiba di kelas, penulis terpaksa menyalin nota Literature yang ditulis di papan putih. Penulis, Kelvin dan Stanley tiada pilihan melainkan menyalin nota tersebut kecuali Roland. Roland kelihatan tersangat stres pada pandangan penulis, sehingga dia tidak ingin mencatat nota, sebaliknya mengeluarkan kata-kata yang *****. (Itu hanya pada pandangan penulis, sekiranya nama yang penulis sebutkan ini memikirkan penulis silap, tolonglah betulkan, ya).
Pada akhir hari ini, penulis membuat sedikit muhasabah diri. Memandangkan keputusan ujian yang penulis peroleh agak teruk juga (2 subjek dapat 8E), maka penulis merasakan telah tiba masanya penulis bina jadual seharian penulis. Sudah (kira-kira) dua bulan penulis berada di Kuching, maka tidak ada sebab untuk penulis perlukan masa yang terlampau panjang untuk membina jadual harian penulis. Tambahan pula, tiga minggu dari sekarang, peperiksaan kedua akan berlangsung. Jadi penulis perlu bersiap sedia.
Memandangkan tidak lama lagi masuklah 18 Jun (iaitu hari jadi penulis), maka mungkin elok jika penulis mendengar bacaan al-Quran Surah al-Fatihah, Surah Yaasin, Surah as-Sajdah, Surah al-Waaqiah, Surah al-Mulk dan Surah al-Insan yang dibaca oleh Imam al-Haram Sheikh Dr. Abdul Rahman as-Sudais, imam di Masjidil-Haram.






1 comments:
Sebenarynya bukannya mengeluarkan kata-kata yang kesat, tetapi sebaliknya sedang "bermain" dengan rakan-rakan sekelas kami yang nakal untuk menghidupkan suasana kelas. =P Aku tidak stres, hanya letih saja.
Tembak tembak aja! Weeeeee... =P
(I can't believe I'm writing in BM)
Roland
Post a Comment
Apa Kata Anda...?