Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya (Musa) dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata: Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami. Maka ketika Musa datang mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: Janganlah engkau bimbang, engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu. (Surah al-Qasas, 28:25)Dalam banyak-banyak ayat Al-Quran, ayat inilah satu daripada ayat-ayat al-Quran yang menceritakan kisah cinta para Nabi Allah.
Bercakap fasal kisah cinta, saya memang akui sesetengah remaja tidak dapat tidak dengan 'cinta monyet'. Begitu juga dengan penulis.
Tak percaya?
Percayalah. Tetapi penulis hanya menyukai dia. Penulis tidak mengetahui apakah perasaan dia terhadap penulis. siapa yang tidak ingin tahu apa perasaan orang yang dia suka terhadap dia. Begitu juga dengan penulis.
Entah mengapa tiba-tiba, semasa penulis ingin kembali ke surau tadi, sebaik sahaja keluar dari lif, tiba-tiba terbayang di minda penulis wajah HY memakai baju kurung. Kemudian, terlintas pula gambaran MY juga memakai baju kurung. Subhanallah yang menciptakan manusia, memang anggun...
Lalu penulis segera 'menghapuskan' gambaran-gambaran tersebut dan bercakap dengan diri sendiri:
[Hei, Lukhman! Apasal kau bayang benda tu tiba-tiba?]Tetapi, bila difikirkan balik, ada betul jugak. Penulis asyik memikirkan tentang mereka, tetapi adakah mereka terfikir tantang penulis?
[Laa, dah tiba-tiba...]
[Hek eleh, kau terlalu ingatkan diorang, tapi diorang tu ingat ke akan kau...]
[..........]
[Ingat apa Siddiq cakap hari tu, mungkin diorang menyampah kat kau...]
[..........]
[Ah, sudah, sudah! Lebih baik kau tumpukan dengan hafazan kau. Dahlah masih banyak tersekat-sekat....]
Pernah penulis karang suatu sajak, di mana akhir rangkap sajak tersebut tercatat persoalan ini. Dan telah penulis letak di blog, namun dia ada baca atau tidak sajak tu, wallahu a'lam.
Dan sampai sekarang penulis berasa sangat ingin tahu sama ada mereka ingat akan penulis atau tidak. Sekiranya mereka atau salah seorang daripada mereka berdua membaca blog ini, penulis sangat-sangatlah berharap agar mereka menjawab persoalan penulis ini.
(Aduhai... kenapalah aku tak ambil peluang hari tu... Masa di Sarikei tak jugak aku cuba bercakap dengan HY dan MY....)






0 comments:
Post a Comment
Apa Kata Anda...?