Tuesday, June 10, 2008

Sekali lagi...?

Arghh... sekali lagi kucing comel yang selalu 'memerap' di Surau Darul Ibadah di Kompleks IPK mengganggu penulis dan para jemaah yang lain ketika menunaikan solat Isyak sebentar tadi. Geramnya penulis!! Kalau diikutkan, hendak sahaja penulis tendang kucing tersebut. Tapi, memandangkan kucing itu hanyalah haiwan yang tidak dikurniakan akal serta penulis perlu mengimami para jemaah, jadi penulis hanya memendamkan rasa marah tersebut dan kembali khusyuk.

Sesekali kucing tu bersandar dengan eloknya di kaki penulis. Arghhh... gelinya!!!!

Ini kali keempat kucing tersebut menggangu kami di tempat yang sama dengan aksi yang sama!!!


1 comments:

N Athirah Al-Labuani said...

Hahaha...awak geli dengan kucing ka? :))

Post a Comment

Apa Kata Anda...?