Pada petang pula, aku menziarahi sahabat lamaku, Ash Siddiq. Sebenarnya aku juga bercadang untuk menziarahi Ahmad Faiz dan Mohammad Noor Hadman, namun mereka berdua tiada di Sarikei (Faiz dan keluarga berada di Melaka, manakala Mohd. Noor di kampung keluarganya). Ketika di rumahnya, kami saling bertanya khabar. Maklumlah, Siddiq sekarang berada di MRSM Kuching. Apabila aku tiba, aku begitu terkejut mendapati adiknya, Asyraf, kelihatan lebih kurus berbanding sebelumnya....
Kami kemudiannya berbual-bual kosong. Dalam perbualan kami, Siddiq mengusikku tentang halku dengan HY dan MY. Mengenai HY, kukatakan aku hanya berserah kepada Allah. Siddiq berpendapat kemungkinan HY menyampah akanku (betulkah...?). Mengenai MY pula, Siddiq menyarankan kepadaku agar memilih MY. Aku faham kenapa dia sarankan begitu (kerana My tu OK, baik, nampak pendiam). Cuma masalah bagiku mengenai hal tersebut ialah kedua-duanya (HY dan MY) tiada reaksi pun. Tambahan pula, aku malulah nak tanyak dengan mereka....
KESIMPULAN
Pada hari ini, perasaanku bercampur antara gembira dan sedih. Perasaanku gembira kerana dapat bertemu dengan sahabat-sahabat dan cikgu seperti Ash Siddiq, Cikgu Chong, Cikgu Ling Ngaie Ping (guru kelasku semasa tingkatan dua) dan pembantu-pembantu makmal junior 3 dan 4.
Perasaanku sedih pula kerana aku hanya dapat bertemu dengan beberapa orang sahabat sahaja. Kalaulah diberi peluang, ingin sahaja aku bertemu dengan kesemua sahabat dan cikguku, terutama HY dan MY. Tapi, apa boleh buat... tak dapek den nak tolong...

0 comments:
Post a Comment
Apa Kata Anda...?