SEMASA kecil dahulu saya bercita-cita menjadi angkasawan Negara. Nampaknya cita-cita itu menjadi milik orang lain. Juga saya pernah mengingini cita-cita sebagai seorang doktor gigi dan angkasawan negara sekaligus, tetapi itu juga tidak jadi.
Sewaktu sekolah rendah saya suka menulis karangan. Salah satu karangan itu berjudul ‘Cita-cita Saya’. Tidak pernah pula saya terfikir karangan ‘Cita-cita Saya’ mengenai harapan saya untuk menjadi seorang angkasawan negara atau doktor perubatan itu mendapat perhatian seorang guru. Dan guru itu memberitahu saya, yang saya sepatutnya memilih untuk menjadi pengarang sebagai cita-cita.
Sewaktu berada di sekolah menengah saya sering menulis surat aduan pembaca ke akhbar. Surat aduan itu isinya ialah memohon bantuan pihak berkuasa menangkap anjing liar di taman perumahan tempat saya tinggal. Juga ada surat aduan yang meminta pihak dewan bandaran lebih cekap menguruskan sisa buangan dan sampah sarap. Dan bermacam-macam lagi yang saya lupa entah apa.
Anehnya aduan tersebut diatasi. Dan permintaan saya dalam surat rungutan itu dipenuhi. Saya pun terfikir, wah seorang pengarang mempunyai kuasa yang besar dan boleh mempengaruhi! Menjadi seorang pengarang membolehkan kita menolong ramai orang dengan pelbagai cara.
Begitulah saya mengetahui kedudukan seorang pengarang yang boleh menentukan banyak hal. Sebagai seorang pengarang tanggungjawab adalah besar. Amanah yang dianugerahi Tuhan itu tidak boleh dipersiakan.
Baik, andai ada adik-adik yang mahu menjadi pengarang apa yang boleh adik lakukan sebagai persediaan? Apakah pengarang itu terhasil oleh bakat semulajadi dan secara tiba-tiba atau boleh dicipta?
Pernahkah adik-adik mendengar peribahasa lama yang ‘belakang parang kalau diasah akan menjadi tajam juga akhirnya’. Nah, peribahasa itu mengingatkan sesuatu yang dilatih akan mendatangkan hasil di hujungnya. Bagaimana melatih seseorang untuk menjadi pengarang?
Tentu ada caranya? Kaedah yang ada ialah banyakkan membaca. Mulai sekarang adik-adik mesti banyak membaca. Apabila saya mengatakan banyak membaca, adik-adik harus membaca bahan atau majalah yang bermutu. Membaca majalah hiburan misalnya tentulah tidak akan membantu bakat yang sedia ada. Membaca majalah yang penuh unsur-unsur tahyul juga tentulah tidak akan mendorong apa-apa. Majalah yang ada di tangan adik-adik ini adalah salah satu majalah bermutu yang dapat menolong adik-adik untuk menjadi pandai mengarang kelak Insya-Allah.
Sebenarnya menjadi pengarang adik-adik tidak akan hidup mewah atau dalam erti kata lain menjadi kaya. Tetapi kekayaan bukanlah satu-satunya yang kita mahukan dalam hidup kerana manusia sebetulnya inginkan kebahagiaan. Kebahagiaan tidak datang hanya dengan wang ringgit. Ada orang menjadi bahagia kerana hidup sederhana dan menjadi manusia yang bijak sebagai misalan. Ada pula orang yang menjadi bahagia kerana hanya mahu menjadi seorang yang baik dan mempunyai keluarga.
Selepas mengarang banyak cerpen semasa menuntut di sekolah dan universiti saya semakin menyedari yang kerja menjadi seorang pengarang memerlukan tuntutan, perhatian dan penumpuan yang lebih. Tambah-tambah apabila saya mulai banyak mengarang novel.
Sewaktu saya menulis ini, buat pertama kalinya saya mulai menumpukan perhatian untuk mengarang novel kanak-kanak pula. Novel kanak-kanak saya yang pertama ialah Nama Beta Sultan Alauddin. Saya harus mengakui novel ini terilham sejak saya masih kanak-kanak!
Sejak saya berusia 12 tahun apabila saya membongkar buku-buku sejarah milik ibu-bapa, watak Sultan Alauddin yang berjalan malam menangkap pencuri sudah amat mengesankan. Pada pandangan saya watak baginda dapat dijadikan teladan. Adik-adik memerlukan pedoman begini, yang dibina dari sejarah kita sendiri. Kartun atau animasi dari Jepun misalnya bukan pedoman yang baik. Pada saya Sultan Alauddin Riayat Syah amat sesuai digubah dan diketengahkan dalam novel kerana karektor baginda dapat dikongsi oleh semua kanak-kanak, apa jua lapisan, apa jua bangsa dan agama. Baginda adalah model pemimpin universal.
Begitulah adik-adik andai saya di sekolah rendah sudah boleh terpaut dengan almarhum Sultan Alauddin, saya percaya ramai lagi kanak-kanak boleh mendapat pengajaran dari kisah-kisah baginda. Subjek sejarah memang kurang dalam novel kanak-kanak jadi saya memang mahu adik-adik berkongsi apa ang saya tahu. Tambah-tambah pula kanak-kanak sekarang tidak boleh diperkecilkan kerana kebolehan berfikir mereka amat luar biasa. Saya berharap karya seperti ini dapat diperluaskan di sekolah-sekolah. Ketokohan Sultan Alauddin ini perlu diketengahkan. Bukan baginda sahaja malah tokoh-tokoh lain juga. Kita memiliki pemimpin berkaliber, boleh diekori, wajar ditekuni dan elok dikagumi.

0 comments:
Post a Comment
Apa Kata Anda...?