Sesungguhnya hari kelmarin bagaikan mimpi yang telah berlalu, sedangkan hari esok adalah suatu harapan yang indah, dan hari ini adalah realiti kehidupan yang sebenar.
Suatu hari, dalam bulan April yang lalu, setelah penulis menunaikan solat di Surau al-Jauhari di SJS, terlintas di minda penulis memori-memori penulis semasa di SAS. Penulis pun merenungkan kembali memori tersebut yang tidak seharusnya penulis lupakan.
Zaman AHLS Ketika Tingkatan 1
Sudah menjadi kebiasaan, sebaik sahaja melangkah ke alam tingkatan satu, pastinya penulis tidak akan terlepas daripada berkenalan dengan rakan yang baru yang datang dari sekolah rendah yang berbeza dengan penulis. Masih ingat di minda penulis, insan-insan yang pertama kali penulis kenal ialah Mohammad Noor Hadman, diikuti Ahmad Muazzam, Izzat Qidran dan rakan-rakan kelas tingkatan 1B. Hanya itu sahaja yang terlintas di fikiran penulis mengenai zaman penulis ketika di tingkatan satu.
Zaman AHLS Ketika Tingkatan 2
Zaman ini penulis gelarkannya Zaman Kejatuhan AHLS (nanti anda akan tahu kenapa). Ketika itulah, penulis memegang jawatan sebagai Ketua Tingkatan 2B. Berhadapan dengan karenah kelas yang ragam, penulis kadangkala menjadi naik angin. Namun begitu, penglibatan penulis dalam Unit Ketua Tingkatan SAS membawa penulis kepada pengalaman yang berguna, kerana penulis merupakan Naib Penyelaras Ketua Tingkatan bagi Tingkatan Dua (ini semua gara-gara kerja Firdaus yang mencadangkan nama penulis sebagai Penyelaras ketika mesyuarat pertama UKT). Di sinilah penulis mula mengenali lebih ramai Anthonian, termasuk Upper 6. Pada zaman ini jugalah, penulis mula menjalankan kerja sukarela dalam acara-acara tertentu seperti pengurusan peralatan sukan bagi Hari Kejohanan Olahraga SAS. Namun begitu, pada zaman ini, prestasi penulis mula jatuh dan jatuh hingga turun ke tangga ketujuh dalam senarai top-ten pelajar cemerlang di kelas 2B. Kerana itulah zaman ini dikenali sebagai Zaman Kejatuhan AHLS.
Zaman AHLS Ketika Tingkatan 3
Zaman ini pula penulis gelarkannya sebagai Zaman Pengislahan AHLS. Ketika ini, lebih ramai kenalan dapat penulis peroleh, dan kebanyakannya dari kelas baharu penulis yang mana kebanyakannya berbangsa Cina. Insan pertama yang penulis mula kenal ketika di 3A ialah Felicia Chiew (semasa menunggu waktu pendaftaran, secara tiba-tiba dia menuegur penulis, seolah-olah mengenali penulis sedangkan penulis tak kenal langsung ketika itu), diikuti Ling Mei Ming, Tan Yi Jun (dah lama kenal ketika penulis menjadi Ketua Tingkatan) dan kemudian seluruh pelajar Tingkatan 3A yang datang dari kelas 2A tahun sebelumnya. Ketika penulis baharu memasuki kelas baharu penulis, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran penulis ialah, "Bagaimana dengan prestasi akademik saya bila di 3A?", kerana dalam fikiran penulis ketika itu, pelajar-pelajar tingkatan 3A pastinya pelajar-pelajar yang paling cemerlang. Namun, alhamdulillah, penulis berjaya meningkatkan kembali prestasi penulis sehingga dapat menduduki tempat kedua dalam kalangan top-three pelajar cemerlang di 3A (dan dua lagi pelajar yang cemerlang juga merupakan orang Islam, jadi komuniti minoriti Islam di 3A yang mendominasi kelas tersebut. Allahu akbar!)
Ketika ini jugalah penulis mula bersikap gila-gila (menurut pandangan rakan-rakan penulis). Mungkin bagi mereka penulis aneh, tetapi bagi penulis ianya adalah satu cara untuk mengatasi stres, memandangkan penulis akan menduduki PMR ketika itu. Jadi, penulis mungkin dapat mengurangkan masalah tidak faham ketika belajar topik baharu (hehehe).
Ketika itu jugalah, penulis mula bertukar arah. Dari minat yang mendalam dalam sains forensik, penulis berubah ke arah bidang pengajian Islam, terutamanya dalam bidang fiqah (perundangan Islam). Sebabnya, penulis merasakan memang itulah minat penulis yang sebenar. Kalau dibandingkan markah peperiksaan Sains dan PI, memang jauh berbeza. Penulis lebih cenderung dalam hal ehwal agama ketika itu, dan penulis cuba meluaskan lagi minda penulis dengan membaca buku-buku agama yang tidak dibaca oleh tahap pelajar tingkatan 3, seperti buku teks Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah Tingkatan 4 dan buku teks Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4.
Hal 'percintaan' juga terkena tempias Islah yang penulis lakukan. Sebenarnya penulis tidak terfikirkan hal ini ketika melakukan anjakan paradigma dalam diri penulis. Pada awal tahun, kekasih lama penulis sendiri telah memutuskan hubungan dengan penulis dengan berjalan dengan lelaki lain sambil berpegangan tangan. Penulis terpaksa bersabar ketika itu. Kalau diikutkan, memang penulis nak bunuh sahaja mereka tu. Namun, kesabaran penulis akhirnya dibalas oleh Allah. Atas suatu 'insiden', penulis mula sukakan seorang pelajar Cina yang merupakan rakan sekelas penulis sendiri. Kemudian tersebarlah berita-berita 'hangin' mengenai penulis dengan dia, dan juga membabitkan orang lain.
Tahun lalu juga merupakan kali pertama penulis mula mengaktifkan diri penulis kembali dalam dunia seni khat. Penulis berjaya merangkul tempat pertama dalam kategori sekolah menengah. Dari situ, penulis mula mendalami seni khat. Dan hasilnya begitu memberangsangkan. Penulis mendapat banyak ilmu berkenaan seni khat seperti alat-alat tulis, teknik-teknik, jenis tulisan khat dan sebagainya.
Tahun lalu merupakan tempoh perubahan yang penulis lakukan. Walaupun masa berlalu dengan sekejap, tetapi banyak perkara-perkara menarik berlaku yang tak mungkin penulis lupakan.
Zaman AHLS Ketika Tingkatan 4
Waktu ini merupakan suatu tempoh yang singkat. Namun begitu, suatu perkara yang penulis tertarik ialah ketika penulis menerima kad laporan penulis setelah peperiksaan pertengahan penggal pertama selesai. Di dalam komen guru tingkatan, Guru Tingkatan kelas penulis menulis komen seperti berikut:
Ketika itu, barulah penulis sedar, perpindahan penulis ke Kuching ada hikmah di sebaliknya, Maha Suci Allah yang Maha Bijaksana. Dan hasilnya, penulis berjaya merealisasikan harapan Cikgu Chong yang diberikan kepada penulis. Penulis dapat meningkatkan lagi keimanan penulis di tempat baharu dan juga meningkatkan ilmu pengetahuan penulis mengenai agama Islam (yang sememangnya bidang yang penulis minat).Do not be wise* in your own eyes; fear the LORD and shun evil.*(rasa-rasanya, kerana di dalam buku laporan perkataan yang ditulis ialah wtse)
Doa Penulis
Ya Allah, engkau kurniakanlah kepadaku kekuatan untuk hamba-Mu ini melakukan anjakan paradigma dalam diri daku, agar daku dapat meningkatkan lagi keimanan terhadap-Mu dan juga Kekasih-Mu Nabi Muhammad SAW. Ya Allah, engkau rahmatilah guru-guru yang pernah mencurahkan ilmu kepadaku. Engkau kurniakanlah hidaya kepada guru-guruku yang bukan saudaraku (maksudnya guru bukan Muslim). Segala puji hanya layak aku panjatkan ke atas-Mu Ya Allah.









0 comments:
Post a Comment
Apa Kata Anda...?