Thursday, May 29, 2008

23 Jamadil Awal - Aktiviti di Sarikei (Waktu Pagi)...

Sebaik sahaja aku bangun pada pagi 29 Mei, terlintas di mindaku untuk melawat-lawat di sekitar bandar Sarikei. Pada pukul 9.30 pagi, sebelum aku melangkah masuk ke SMK St. Anthony, aku berkeliaran di sekitar pusat bandar Sarikei. Apa yang dapat kuperhatikan ialah keadaan di situ sesak, kerana ramai orang Iban yang ingin membeli barang-barang keperluan untuk menyambut hari Gawai. Aku sempat melihat HY, tetapi dia (seolah-olah atau memang) tidak menyedari kehadiranku. Ahh, biarlah... (Sempat juga kulihat dia sedang menelaah buku teks Additional Math, hehehe...)

Setelah itu, aku segera menuju ke SMK St. Anthony, tempat aku menimpa ilmu dan pengalaman selama tiga tahun dan tiga bulan. Tujuan sebenar aku ke situ ialah untuk mengambil dokumen-dokumen yang tidak sempat kubawa semasa aku berpindah ke Kuching seperti sijil berhenti sekolah, dokumen PEKA Kimia dan sebagainya. Menurut pihak pejabat, Cikgu Chong (guru kelas 4S1) telah bercuti di Kuching), tetapi menurut Pn. Ting dan Cik Safiah (kedua-duanya pembantu makmal sains junior 3 dan 4), Cikgu Chong masih berada di situ semalam. Jadi, Pn. Ting telah membantuku menghubungi Cikgu Chong. Dan terbukti bahawa Cikgu masih berada di Sarikei.

Sementara menunggu kedatang Cikgu, kedua-dua pembantu makmal itu bertanyakan khabarku. Mereka juga bertanya tentang aktivitiku di Kuching. Aku menyatakan bahawa aku sekarang sibuk menulis cerpen penyiasatan di samping menulis khat dan melayari internet. Ditanya sebab aku menulis cerita penyiasatan, kunyatakan kerana minatku yang mendalam dalam cerita penyiasatan dan ketidaksampaian hajatku untuk menjadi penyiasat dalam PDRM (disebabkan kadar kekaburan mataku sekarang semakin meningkat).

Sebaik sahaja aku mendapat dokumen-dokumen yang diingini, aku sempat meminta alamat emel Cikgu (bolehlah aku share soalan Chemistry dengan Cikgu, hehehe...). Tak kusangka, lebih daripada itu Cikgu beri (alamat dan no. telefon, tetapi kediaman beliau di Kuching la...)...

0 comments:

Post a Comment

Apa Kata Anda...?