Wednesday, September 17, 2008

Keputusan Ujian Kedua 2008

Firman Allah SWT: "Mereka (golongan hipokrit - munafik) itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya dari kebenaran)?" - Surah al-Munafiqun, 63 : Ayat 4
Sakit Perut yang amat Memulas
Disebabkan pagi tadi, saya bangun lewat (iaitu pada 6.30 pagi) setelah tidur kembali usai sahur, maka saya tidak sempat membuang hajat pagi tadi. Akibatnya saya menderita terpaksa menanggung rasa sakit yang begitu perit.

Kesakitan itu berlanjutan hingga ke masa ketiga persekolahan. Atas saranan Amir Hakim, saya pun pergilah ke tandas berbekalkan tisu yang diminta daripada ustazah. Kesakitan itu kemudiannya hilang setelah selesai membuang hajat.

Sebenarnya, saya cuba untuk tidak membuang hajat di tandas sekolah, kerana saya bukannya 'bank tisu' yang sentiasa membawa tisu ke mana sahaja. Kerana itulah, saya jarang membuang hajat ketika berada di luar rumah.

Guru Sejarah yang Baharu
Pn. Rauzan - seperti yang anda tahu - sedang sarat mengandungkan anaknya. Entahlah, mungkin anak dalam kandungannya anak pertama baginya dan suaminya. Semoga cikgu selamat melahirkan anaknya.

Amin.

Jadi, bagi menggantikan tempatnya, seorang guru baru telah datang bagi tujuan tersebut. Kini, beliau mengajar Bahasa Melayu bagi kelas 4D dan Sejarah bagi kelas 4A. Namanya ialah Md. Yahya. Lepasan dari sebuah kolej politeknik di Sabak Bernam Selangor.

Apa yang mengejutkan, beliau berkomunikasi dengan kami dalam Bahasa Inggeris, walaupun dia seorang Melayu.

Mula-mula kami berkenalan dengannya. Kami memperkenalkan diri kami sendiri. Setelah itu, kami bermain dua permainan yang pastinya menimbulkan kekecohan sekaligus mengganggu pelajar-pelajar tingkatan lima yang sedang menduduki peperiksaan percubaan.

Permainan yang pertama, kami dikehendaki melakukan bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh Cikgu Yahya. Jika beliau kata berdiri, kami harus duduk, dan begitulah sebaliknya. Antara pelajar yang paling awal terkeluar adalah saya dan Stanley. Pelajar yang paling akhir terkeluar ialah Lau Cheng Wai, setelah bersaing dengan Emmanuel.

Permainan yang kedua Cikgu Yahya namakan
Curse of Seven, di mana kami tidak boleh menyebut nombor 7 atau apa-apa yang berkaitan dengan nombor 7. Saya merupakan antara yang paling awal terkeluar. Pemenang bagi permainan ini ialah Roland Teo, setelah bertarung dengan Canaris Lim.

Kemudian, Cikgu Yahya bertanya kami sama ada kami ingin beliau mengajar dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. Kebanyakan daripada kami - berkemungkinan 100% - bersetuju dan inginkan beliau mengajar kami dalam Bahasa Inggeris. Saya tidak membangkang dan tidak pula bersetuju. Pada saya, dalam apa-apa bahasa pun, Sejarah tetap Sejarah. Saya tiada masalah sekiranya Cikgu Yahya ingin mengajar kami dalam Bahasa Inggeris. Saya, faham, bahasa utama yang digunakan dalam kelas saya ialah bahasa Inggeris.

Namun, timbul satu perkara yang (pada saya) menjadi masalah (mungkin bagi sesetengah pelajar, tetapi tidak bagi saya). Perlu diingatkan bahawa dalam peperiksaan sekolah dan SPM, mata pelajaran Sejarah diuji dalam Bahasa Melayu.

Menjawab permasalahan tersebut, Kelvin Ting menjawab: "We all can translate."

Saya dengan penuh malas dan tidak berdaya, malas untuk berdebat dengan Kelvin Ting, yang pasti menjadi pertengkaran dan pertelingkahan.

Keputusan Ujian Kedua 2008
Akhirnya, hari ini, telah keluar keputusan bagi Ujian Kedua yang dijalankan dua minggu yang lalu. Tetapi, Pn. Chin belum lagi memberi kami slip keputusan prestasi kami hari ini.

Dan ini keputusan bagi saya dan beberapa orang rakan saya yang lain:







NamaBMBIPIPMSejMTAMPAPhyKimBioTSIEST
Abdul Hakim
72.0063.0078.00-56.0092.0077.00-68.0079.0063.0086.0070.00
Roland Teo
67.0063.00-85.0075.0096.0083.0010095.0093.0092.00-78.00
Kelvin Jong
72.0071.00-73.0071.0090.0078.0081.0077.0082.0084.00-80.00
Kelvin Ting
80.0071.00-70.0067.0094.0078.0010084.0086.0076.00-78.00
Amir Hakim
68.0071.0080.00-70.0088.0078.00-89.0092.0092.00-88.00

0 comments:

Post a Comment

Apa Kata Anda...?