Tuesday, September 16, 2008

Emosional

Bulan Ramadhan memang bulan berkat dan rahmat. Malangnya, tidak semua dapat menghayati makna di sebaliknya. Alangkah eloknya seandainya semua umat Islam mengetahui betapa berkatnya bulan Ramadhan ini.
Khutbah Jumaat Paling Emosi oleh Sheikh Taalib
Setelah beberapa lama menunggu kedatangan pagi yang sunyi ini, akhirnya saya berjaya memuat turun video Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Sheikh Salih Aal Talib, (gambar di sebelah) Imam dan Khatib di Masjid al-Haram, Makkah al-Mukarramah. Khutbah tersebut merupakan antara khutbah paling emosi yang pernah saya tonton.

Walaupun khutbah itu disampaikan dalam Bahasa Arab, saya masih dapat memahaminya kerana ada yang diucapkannya dapat difahami. Saya turut menangis apabila melihat dia sebak ketika menyampaikan khutbah itu.

Sekiranya anda berminat untuk menontonnya, sila klik di sini untuk khutbah dalam bahasa Arab dan di sini untuk terjemahannya dalam bahasa Inggeris.

(Tiada Tajuk)
Dalam kesegaran pagi Selasa 16 Ramadhan, saya menuju ke bilik guru untuk mendapatkan fail kedatangan pelajar. Semangat saya pada pagi itu mulai berubah, apabila bertemu dengan Syukri dan Nadzmi. Mereka berdua memberitahu bahawa hari ini dijalankan ujian Tasawwur Islam.

Anda patut tahu, saya belum bersedia lagi untuk menghadapi ujian tersebut walaupun saya tahu ustaz tetap meneruskan ujian itu dalam kondisinya yang kurang baik itu.

Apabila saya ingin mendapatkan kepastian daripada ustaz, ustaz membalas, "Nya tanyak kitak semalam, hari tok madah sik tahu."

Saya memang tak tahu, ustaz! Semalam saya bertanya tentang perkara lain!!

Jadi, saya balik dalam keadaan dimalukan tanpa sebab yang munasabah. Pada mulanya, saya cuba menahan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi sedih. Tetapi, perasaan itu tidak dapat dibendung ketika kelas Biologi. Maka saya pun melepaskan apa yang terbuku di dalam hati tanpa mengganggu sesi P&P.

Mujur ada Kelvin Ting dan Amir Hakim yang memujuk. Kemudian datang pula Claudia (selepas waktu sekolah, ketika sedang menghadap PC ini).

Saya pun akhirnya cuba menghadapi ujian tersebut, walaupun saya belum bersedia sepenuhnya.

Kelas Bahasa Inggeris dan ISA
ISA di atas bukan merujuk kepada ISA dalam negara kita. Ia merujuk kepada suatu undang-undang di dalam kelas 4A yang bakal dibentangkan esok, Insya-Allah.

Disebabkan Pn. Jennifer tidak tahan lagi dengan kebisingan yang dilakukan oleh kami, maka dia pun 'meledak'lah di dalam kelas itu - memecahkan keamanan di situ. :D

Maka Adrian pun menghadaplah ke arah sahaya seraya bersabda: "We should put her in ISA. You should do something since you're the Ministry of Internal and Public Affair here."

Oh Adrian, saya tidak pernah terfikir, malah belum memikirkan apa yang ingin saya bentangkan esok. Perlukah saya membentang bahawa seseorang yang mengganggu ketenteraman awam patut dihukum berat, atau diadu kepada Pengetua atau bawa berbincang dengannya?

Untuk keterangan lanjut, layari sini.

0 comments:

Post a Comment

Apa Kata Anda...?