Monday, September 15, 2008

Bermain Mercun

Sudah 14 hari umat Islam berpuasa. Tinggal beberapa hari lagi untuk menyambut Hari Raya. Namun, sudah terasa kehangatan raya di sekeliling saya, walaupun mereka sendiri tahu mereka belum kira berjaya menunaikan kewajipan tersebut melawan hawa nafsu mereka. Well, terpulanglah kepada mereka.
Semakin Berkurangan
Dari hari ke hari, bilangan kanak-kanak lelaki bertadarus di Surau Darul Ibadah berkurangan, dan bilangan kanak-kanak perempuan yang bertadarus pula bertambah. Budak-budak lelaki pula sibuk bermain mercun di kawasan hadapan Kelab Polis IPK dan di tempat-tempat tertentu, sedangkan budak-budak perempuan sibuk bertadarus al-Quran di surau bersama dengan yang lain.

Saya bukan nak membuat fatwa sendiri (
na'uzubillahi minzalik). Cuma, saya hairan, kenapa tiada seorang pun ulama yang memberi fatwa tentang perbuatan bermain mercun. Sedangkan, kita sendiri tahu, bahaya perbuatan bermain mercun sekiranya dimainkan oleh kanak-kanak. Saya - seperti yang saya tekankan tadi - bukanlah hendak mengeluarkan fatwa, tetapi hanya sekadar memberi pendapat, yang pastinya terdedah kepada kesilapan.

Secara umumnya, sekiranya mercun itu dimainkan oleh oleh yang dewasa, maka saya lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan bermain mercun itu dibolehkan (sekiranya ada). Sebabnya: orang dewasa pada zahirnya lebih berpengalaman, lebih matang, tahu menjaga diri pada kebiasaannya, dan tahu membezakan benar dan salah. Mereka juga pada umumnya tahu had-had atau batasan yang perlu dijauhi dalam melakukan sesuatu perkara. Dalam Islam juga, seseorang itu hanya akan dikira mukallaf setelah dia melepasi umur baligh.

Tetapi, seandainya mercun itu dimain oleh kanak-kanak, saya juga cenderung kepada pendapat yang mengatakan bermain mercun itu dilarang. Sebabnya, kanak-kanak ini pada umumnya belum matang lagi akal mereka, dan mereka masih memerlukan pengawasan ibu bapa atau orang dewasa disebabkan mereka belum begitu matang. Mereka juga pada umumnya bersikap ingin tahu, sehingga sekiranya mereka melakukan sesuatu tanpa batasan, dibimbangi perbuatan yang mereka lakukan akan membawa kepada kemudaratan. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi. Apa-apa boleh terjadi. Jadi, lebih elok sekiranya kanak-kanak dilarang bermain mercun.

Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung bahawa mercun itu haram. Kerana apa? Kerana kerajaan sendiri telah mengharamkan mercun di negara ini. Kita sebagai warganegara Malaysia, wajib mematuhi perintah pemerintah selagi tidak bertentangan dengan syariah Islam, dan melanggarinya adalah suatu perbuatan dosa yang besar. Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan ulil-amr (orang-orang yang berkuasa) dalam kalangan kamu."

Kesimpulannya, perbuatan mercun itu haram.

Sekali Lagi Tidur di Dalam Kelas
Secara jujurnya, dalam bulan ini, saya selalu mengalami kekurangan tidur yang cukup. Walau bagaimanapun, hanya tiga kali sahaja saya tertidur di dalam kelas ketika guru sedang mengajar, dan sekali sebelum sesi pembelajaran bermula.

Pagi ini sekali lagi saya tertidur di dalam kelas - ketika waktu Kimia. Memandangkan kami tidak melakukan apa-apa ujikaji hari ini, maka saya tidak dapat menahan rasa mengantuk. Tetapi, tidur tersebut tidak lena. Pn. Michelle berhempas pulas mengajar, dan kebanyakan murid-muridnya bercakap dan membuat bising. Walaupun ditegur, mereka tidak serik.

Hai... kesian cikgu.

Bertemu Dengannya ... Sekali Lagi?!
Semasa rehat, saya melihat 'gadis itu' bertugas bersama Adrian di hadapan pagar yang menghubungkan blok Josephian dengan blok La Salle di tingkat pertama. Anda pun tahulah apa yang jadi kalau saya bertemu dengannya, tetapi saya tidak begitu endah, kerana ketika itu, mula terasa titik-titik penat berpuasa, ditambahi dengan suhu badan yang agak panas dan kepala yang begitu pening.

Tetapi, saya sempat mengusik Adrian dengan mengatakan, "Adrian,
if you have duty with her again tomorrow, please send my regards to her."

Tak tahulah sama ada Adrian akan melakukan seperti apa yang saya cakapkan.

Meminjam Buku Biologi
Setelah mendengar cerita Pn. Liew minggu lalu, saya terasa ingin meminjam buku Biologi yang diceritakannya. Dan saya berhasil meminjam buku tersebut daripadanya. Buku tersebut tebal - lebih daripada 1000 muka surat. Sudah pasti buku itu dari luar negara. Ya, memang betul.

Asalkan saya faham apa yang saya pelajari. Bukan apa, saya bosan membaca buku-buku teks dan rujukan Malaysia yang tidak begitu merangsang minda pelajar (maksudnya tidak begitu berwarna warni) hanya kerana ingin menjimatkan kos.

3 comments:

N Athirah Al-Labuani said...

nak tanya sikit...
Bukankah hari ni dah masuk hari yang ke-15 umat Islam berpuasa...
???

Unknown said...

kalau buku teks kt m'sia ni lengkap dah tentu x pyh nk beli buku rujukan..

anyway, i think your blog is quite interesting..

keep on writing new material..

xxx said...

Athirah: semasa saya menulis entri itu, baru hari ke-15, dan belum lagi cukup masa untuk dikatakan hari ke-15.

Muhamad: Itulah. Kadang-kadang buku teks di Malaysia ni ringkas sangat hanya sebab nak jimat kos. Kaau nak jimat kos tak apalah, asalkan ada kesilapan. Thank you for your compliments. :D

Post a Comment

Apa Kata Anda...?