
Contoh karya yang menggunakan gaya penulisan Khat Nasakh
Sejarah dan Perkembangan Khat Nasakh
Ciri-ciri dan Penggunaan Khat Nasakh
Jenis-jenis Khat Nasakh
Terdapat dua jenis khat Nasakh, iaitu:
Sumber:
- Khat ini dinamakan khat Nasakh kerana ia digunakan dalam penulisan naskhah mushaf al-Quran.
- Selain itu, ada riwayat yang mengatakan khat ini menasakhkan (menggantikan) penggunaan khat Kufi dalam penulisan mushaf al-Quran.
Sejarah dan Perkembangan Khat Nasakh
- Khat Nasakh berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli.
- Ia bermula dari khat Arami, kemudian khat Nabati dan akhirnya dikenali sebagai khat Hijazi.
- Khat Nasakh telah melalui beberapa proses pembaikan dalam beberapa peringkat.
- Pada kurun ketiga dan keempat Hijrah, seorang menteri Kerajaan Islam Bani Abbasiah, iaitu Ali bin Muqlah (juga dikenali sebagai Ibnu Muqlah) bersama dengan saudaranya, Abdullah, telah memperhalus tulisan khat Nasakh.
- Mereka berdua juga telah mencipta suatu kaedah dinamakan Kaedah Penulisan Khat Nasakh.
- Pada asalnya, Ibnu Muqlah menamakan khat ini Khat al-Badi', tetapi khat ini ramai dikenali sebagai khat Nasakh.
- Semasa pemerintahan Atabikah (545 H), khat Nasakh turut melalui proses pengindahan secara menyeluruh.
- Lantaran itu, ada yang menggelarkan khat ini Khat Nasakh Atabik.
- Khat ini menjadi terkenal dan diminati pada kurun kelima Hijrah.
Ciri-ciri dan Penggunaan Khat Nasakh
- Khat Nasakh lebih mudah berbanding khat Thuluth dan mudah diajar kepada orang ramai, terutama kanak-kanak.
- Khat Nasakh sering digunakan dalam penulisan, terutamanya penyalinan mushaf al-Quran kerana sifatnya cantik dan mudah dibaca.
- Khat Nasakh biasanya ditulis dengan saiz yang kecil dan tidak terlalu besar, biasanya pada kadar 1 mm saiz mata pena.
Jenis-jenis Khat Nasakh
Terdapat dua jenis khat Nasakh, iaitu:
- Nasakh Klasik: Nasakh jenis ini merupakan gaya yang sampai kepada kita hasil tinggalan penulis-penulis khat terdahulu termasuklah tokoh yang terkenal iaitu Ibnu Muqlah. Mereka telah membekalkan kaedah-kaedah penulisan khat jenis ini dengan begitu jelas dan terpeinci. Mungkin di sana terdapat beberapa perbezaan kecil antara penulis-penulis khat namun mereka tetap menjaga kaedah yang telah ditetapkan. Perbezaan kecil itu adalah dianggap sebagai lumrah manusia yang cenderong kepada bawaan atau kemahirannya. (Al-Bahi Ahmad Muhammad, 1993)
- Nasakh Akhbar: Nasakh Akhbar merupakan gaya Nasakh yang bentuk asalnya ditebal dan diperjelaskan sesuai dengan tujuan pembacaan umum. Tulisan ini diriamakan tulisan Nasakh Akhbar kerana penggunaannya yang meluas dalam lapangan persurat khabaran. la juga digunakan dalam pelbagai media cetak yang lain termasuk majalah, juga di dalam media elektronik sebagaimana ia digunakan dalam mesin taip atau komputer.
Sumber:
- Blog Ustaz Abdul Baki.
- Blog Ustaz Muhammad Firdaus bin Mahadi.
- Majalah AL ISLAM edisi bulan April 2008.
- Laman sesawang Komuniti Penggiat/Peminat Jawi dan Seni Khat Malaysia.








0 comments:
Post a Comment
Apa Kata Anda...?