Showing posts with label Artikel Khat. Show all posts
Showing posts with label Artikel Khat. Show all posts

Saturday, August 30, 2008

Khat Nasakh (خط النسخ)

Contoh karya yang menggunakan gaya penulisan Khat Nasakh

  1. Khat ini dinamakan khat Nasakh kerana ia digunakan dalam penulisan naskhah mushaf al-Quran.
  2. Selain itu, ada riwayat yang mengatakan khat ini menasakhkan (menggantikan) penggunaan khat Kufi dalam penulisan mushaf al-Quran.

Sejarah dan Perkembangan Khat Nasakh
  1. Khat Nasakh berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli.
  2. Ia bermula dari khat Arami, kemudian khat Nabati dan akhirnya dikenali sebagai khat Hijazi.
  3. Khat Nasakh telah melalui beberapa proses pembaikan dalam beberapa peringkat.
  4. Pada kurun ketiga dan keempat Hijrah, seorang menteri Kerajaan Islam Bani Abbasiah, iaitu Ali bin Muqlah (juga dikenali sebagai Ibnu Muqlah) bersama dengan saudaranya, Abdullah, telah memperhalus tulisan khat Nasakh.
  5. Mereka berdua juga telah mencipta suatu kaedah dinamakan Kaedah Penulisan Khat Nasakh.
  6. Pada asalnya, Ibnu Muqlah menamakan khat ini Khat al-Badi', tetapi khat ini ramai dikenali sebagai khat Nasakh.
  7. Semasa pemerintahan Atabikah (545 H), khat Nasakh turut melalui proses pengindahan secara menyeluruh.
  8. Lantaran itu, ada yang menggelarkan khat ini Khat Nasakh Atabik.
  9. Khat ini menjadi terkenal dan diminati pada kurun kelima Hijrah.

Ciri-ciri dan Penggunaan Khat Nasakh
  1. Khat Nasakh lebih mudah berbanding khat Thuluth dan mudah diajar kepada orang ramai, terutama kanak-kanak.
  2. Khat Nasakh sering digunakan dalam penulisan, terutamanya penyalinan mushaf al-Quran kerana sifatnya cantik dan mudah dibaca.
  3. Khat Nasakh biasanya ditulis dengan saiz yang kecil dan tidak terlalu besar, biasanya pada kadar 1 mm saiz mata pena.

Jenis-jenis Khat Nasakh
Terdapat dua jenis khat Nasakh, iaitu:
  1. Nasakh Klasik: Nasakh jenis ini merupakan gaya yang sampai kepada kita hasil tinggalan penulis-penulis khat terdahulu termasuklah tokoh yang terkenal iaitu Ibnu Muqlah. Mereka telah membekalkan kaedah-kaedah penulisan khat jenis ini dengan begitu jelas dan terpeinci. Mungkin di sana terdapat beberapa perbezaan kecil antara penulis-penulis khat namun mereka tetap menjaga kaedah yang telah ditetapkan. Perbezaan kecil itu adalah dianggap sebagai lumrah manusia yang cenderong kepada bawaan atau kemahirannya. (Al-Bahi Ahmad Muhammad, 1993)
  2. Nasakh Akhbar: Nasakh Akhbar merupakan gaya Nasakh yang bentuk asalnya ditebal dan diperjelaskan sesuai dengan tujuan pembacaan umum. Tulisan ini diriamakan tulisan Nasakh Akhbar kerana penggunaannya yang meluas dalam lapangan persurat khabaran. la juga digunakan dalam pelbagai media cetak yang lain termasuk majalah, juga di dalam media elektronik sebagaimana ia digunakan dalam mesin taip atau komputer.
Khat Nasakh Klasik
Khat Nasakh Akhbar


Sumber:
  • Blog Ustaz Abdul Baki.
  • Blog Ustaz Muhammad Firdaus bin Mahadi.
  • Majalah AL ISLAM edisi bulan April 2008.
  • Laman sesawang Komuniti Penggiat/Peminat Jawi dan Seni Khat Malaysia.

Khat Thuluth (خط الثلث)

Contoh karya yang menggunakan gaya penulisan Khat Thuluth
  1. Thuluth membawa erti satu pertiga.
  2. Khat ini dinamakan khat Thuluth kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pena yang ukuran lebarnya menyamai 1/3 lebar mata pen.
  3. Khat ini juga dikenali sebagai Khat Arab kerana perannya sebagai sumber asasi pelbagai khat Arab yang lahir selepas khat Kufi.
  4. Selain itu, khat ini juga dikenali sebagai Ummul-Khutut (أم الخطوط) yang bermaksud ibu segala tulisan khat.

Sejarah Perkembangan Khat Th
uluth
  1. Khat Thuluth telah diperkenalkan oleh Ibrahim as-Sijzi.
  2. Kazasker İzzed Effendi telah menggunakan qalam yang lebar mata penanya mencecah 35 cm ketika menulis loh-loh di Hagia Sophia, Istanbul, Turki.
Khat di bahagian dalam Hagia Sophia. Gambar menunjukkan nama Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Hassan bin Ali bin Abi Talib yang ditulis dengan khat Thuluth.
Sumber: Wikipedia


Ciri-ciri dan Penggunaan Khat Thuluth
  1. Khat Thuluth biasanya ditulis dengan pena yang lebar matanya 2 hingga 3 mm.
  2. Jika saiz lebar mata pena lebih besar daripada itu, khat tersebut dipanggil tuqechah thuluth atau tuluth yang dibesarkan. Ia juga dipanggil Jali al-Thuluth.
  3. Saiz-saiz tulisan Thuluth Jali berada pada kadar yang tangan seseorang khattat mampu memegang penanya.
  4. Khat Thuluth jarang digunakan dalam penyalinan al-Quran yang lengkap kerana memerlukan banyak kaedah, perlu menentukan ukuran dengan bilangan titik yang sesuai pada setiap huruf, agak rumit dan memerlukan kemahiran yang tinggi.
  5. Namun, khat Thuluth digunakan dalam hiasan di masjid (terutama di mihrab), nama-nama surah di dalam al-Quran, dan hiasan kulit buku.
  6. Keistimewaan khat Thuluth ialah ia boleh diletakkan dalam struktur-struktur dan rupa bentuk yang cantik seperti dalam bentuk segi empat, bulatan, segi tiga dan sebagainya.

Jenis-jenis Khat Thuluth
Khat Thuluth terbahagi kepada dua jenis berdasarkan saiz lebar mata pen yang digunakan, iaitu:
  1. Thuluth al-Aadi (آدي الثلث): saiz lebar mata pena melebihi 2 mm tetapi kurang daripada 6 mm;
  2. Thuluth al-Jali (جلي الثلث): saiz lebar mata pena lebih daripada 6 mm.

Teknik Khat Thuluth
  1. Penulisan khat Thuluth perlu dilengkapkan dengan tanda-tanda bacaan atau baris.
  2. Setelah itu, ruang-ruang kosong perlu dipenuhkan pula perlu dipenuhkan dengan tazyin (simbol-simbol khas).
  3. Ruang-ruang kosong pada sesuatu tarkib tidak boleh dibiarkan kosong dan mesti dipenuhi dengan huruf, baris, dan tazyin yang sesuai.
  4. Saiz pena bagi baris (qalam harakat) ialah 1/2 daripada saiz pena huruf, bagi tazyin ialah 1/3 daripada saiz pena huruf, dan bagi huruf, sukun, dhammah dan fathah yang ditarik panjang ialah saiz pena huruf.
  5. Saiz huruf bagi diukur berdasarkan keluasan titik saiz pena, sama seperti khat-khat lain.


Sumber:
  • Blog Ustaz Abdul Baki, khattat dari Yayasan Restu.
  • Blog Ustaz Mohammad Firdaus bin Mahadi.
  • AL ISLAM edisi bulan Mac 2008.