Saturday, August 30, 2008

Khat Thuluth (خط الثلث)

Contoh karya yang menggunakan gaya penulisan Khat Thuluth
  1. Thuluth membawa erti satu pertiga.
  2. Khat ini dinamakan khat Thuluth kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pena yang ukuran lebarnya menyamai 1/3 lebar mata pen.
  3. Khat ini juga dikenali sebagai Khat Arab kerana perannya sebagai sumber asasi pelbagai khat Arab yang lahir selepas khat Kufi.
  4. Selain itu, khat ini juga dikenali sebagai Ummul-Khutut (أم الخطوط) yang bermaksud ibu segala tulisan khat.

Sejarah Perkembangan Khat Th
uluth
  1. Khat Thuluth telah diperkenalkan oleh Ibrahim as-Sijzi.
  2. Kazasker İzzed Effendi telah menggunakan qalam yang lebar mata penanya mencecah 35 cm ketika menulis loh-loh di Hagia Sophia, Istanbul, Turki.
Khat di bahagian dalam Hagia Sophia. Gambar menunjukkan nama Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Hassan bin Ali bin Abi Talib yang ditulis dengan khat Thuluth.
Sumber: Wikipedia


Ciri-ciri dan Penggunaan Khat Thuluth
  1. Khat Thuluth biasanya ditulis dengan pena yang lebar matanya 2 hingga 3 mm.
  2. Jika saiz lebar mata pena lebih besar daripada itu, khat tersebut dipanggil tuqechah thuluth atau tuluth yang dibesarkan. Ia juga dipanggil Jali al-Thuluth.
  3. Saiz-saiz tulisan Thuluth Jali berada pada kadar yang tangan seseorang khattat mampu memegang penanya.
  4. Khat Thuluth jarang digunakan dalam penyalinan al-Quran yang lengkap kerana memerlukan banyak kaedah, perlu menentukan ukuran dengan bilangan titik yang sesuai pada setiap huruf, agak rumit dan memerlukan kemahiran yang tinggi.
  5. Namun, khat Thuluth digunakan dalam hiasan di masjid (terutama di mihrab), nama-nama surah di dalam al-Quran, dan hiasan kulit buku.
  6. Keistimewaan khat Thuluth ialah ia boleh diletakkan dalam struktur-struktur dan rupa bentuk yang cantik seperti dalam bentuk segi empat, bulatan, segi tiga dan sebagainya.

Jenis-jenis Khat Thuluth
Khat Thuluth terbahagi kepada dua jenis berdasarkan saiz lebar mata pen yang digunakan, iaitu:
  1. Thuluth al-Aadi (آدي الثلث): saiz lebar mata pena melebihi 2 mm tetapi kurang daripada 6 mm;
  2. Thuluth al-Jali (جلي الثلث): saiz lebar mata pena lebih daripada 6 mm.

Teknik Khat Thuluth
  1. Penulisan khat Thuluth perlu dilengkapkan dengan tanda-tanda bacaan atau baris.
  2. Setelah itu, ruang-ruang kosong perlu dipenuhkan pula perlu dipenuhkan dengan tazyin (simbol-simbol khas).
  3. Ruang-ruang kosong pada sesuatu tarkib tidak boleh dibiarkan kosong dan mesti dipenuhi dengan huruf, baris, dan tazyin yang sesuai.
  4. Saiz pena bagi baris (qalam harakat) ialah 1/2 daripada saiz pena huruf, bagi tazyin ialah 1/3 daripada saiz pena huruf, dan bagi huruf, sukun, dhammah dan fathah yang ditarik panjang ialah saiz pena huruf.
  5. Saiz huruf bagi diukur berdasarkan keluasan titik saiz pena, sama seperti khat-khat lain.


Sumber:
  • Blog Ustaz Abdul Baki, khattat dari Yayasan Restu.
  • Blog Ustaz Mohammad Firdaus bin Mahadi.
  • AL ISLAM edisi bulan Mac 2008.

0 comments:

Post a Comment

Apa Kata Anda...?