Hari ini penulis bangun. Penulis menuju ke meja dan menyiapkan kerja yang tertunggak. Namun, penulis merasakan kehairanan apabila menunggu masuknya waktu solat subuh. Penulis menjenguk ke jam loceng penulis dan waktu menunjukkan pukul 1.00 pagi. Diseluputi rasa marah, penulis meletakkan badan penulis ke atas katil penulis yang empuk dan melelapkan mata kembali. Sekali lagi, penulis bangun pada pukul 5.45 pagi. Bermakna penulis ketinggalan untuk menunaikan solat subuh pada waktunya. Syukurlah ketika itu masih belum terlewat memandangkan matahari belum kelihatan.
Perbualan antara penulis dengan Iqma, Geraldine (lebih kurang begitulah namanya, seorang pelajar perempuan Lower 6) dan Raymond dari 5D berbual-bual kosong. Kami mula0mula berbual tentang topik genetik dan variasi, memandangkan Raymond membaca tentang baba Variasi di dalam sebuah buku rujukan Biologi. Gerladine kemudiannya meminta Iqma mengikat tali lehernya (memandang dia salah seorang pengawas yang dipilih dalam sesi ketiga). Pada mulanya, Iqma begitu yakin yang dia dapat mengikat tali leher dalam masa lima minit. Namun, selepas lima minit berlalu, dia masih tidak dapat mengikat tali leher tersebut.
Kemudian, Iqma dan Geraldine berbual tentang perempuan. Menurut Iqma (dari apa yang penulis dengar), perempuan yang cantik dan bijak merupakan sesuatu yang membahayakan. Hujahnya, dengan kebijaksanaan perempuan itu, dia boleh mendapatkan apa yang diingininya. Kemudian, Iqma menunjukkan Geraldine suatu equation yang membuktikan perkaitan antara perempuan dan wang. Penulis tidak tahu apa yang ditunjukkan oleh Iqma memandangkan penulis masih sibuk dengan teks khutbah penulis.
Kemudian, Geraldine bertanya kepada kami bertiga tentang apa yang kami (sebagai lelaki) cemburu terhadap perempuan. Penulis dan Iqma tidak mempunyai apa-apa yang patut dicemburui tetapi bukan bagi Raymond. Raymond cemburu terhadap perempuan kerana mereka dapat merasakan saat-saat dan perasaan ketika mengandungkan anak. Kenyataannya membuatkan penulis terlopong buat seketika dengan mulut yang terbuka luas.
Hadis Nabi buat hari ini:
Daripada Anas RA, sabda Nabi SAW: "Apabila tetamu masuk ke rumah seseorang, maka dia masuk dengan membawa rezekinya, dan jika dia keluar dia membawa pengampunan dosa orang-orang rumah itu." - Ad-Dailami.






0 comments:
Post a Comment
Apa Kata Anda...?