Tuesday, August 05, 2008

3 Syaaban - Kekecohan

Jangan terkejut apabila anda membaca tajuk entri ini, dan jangan pula menyangka bahawa penulislah yang dimaksudkan dalam tajuk tersebut. Penulis sendiri mempunyai teman yang 'istimewa', malah istimewa daripada apa yang anda fikirkan (tetapi bukan OKU).
Hari ini penulis bangun agak lewat. Pukul 4.35 pagi, penulis bangun sebentar, kemudian kembali membaringkan diri di tempat tidur lalu terlena. Pukul 5.42 pagi, barulah penulis bangun sepenuhnya apabila dikejutkan oleh emak penulis.

Semasa kelas Biologi hari ini, penulis bersyukur kerana dapat memahami apa yang diajarkan dalam pelajaran hari ini. Kalau sebelum ini penulis memang bengang tahap yang sangat bengang sampai tak dapat nak bengang lagi, minggu sebelumnya hingga ke hari ini, penulis dapat faham 90% tajuk yang dipelajari. Ya, hari ini penulis akui penumpuan perhatian yang sepenuhnya dalam kelas menyumbang kepada kefahaman seseorang pelajar terhadap sesuatu topik.

Malangnya, Pn Hjh Rosni menjadi orang kedua yang mengumumkan ujian diagnostik bagi subjek Biologi. Khamis minggu hadapan merupakan tarikh bagi ujian tersebut. Menurutnya, kelas penulihan akan diadakan berdasarkan prestasi pelajar.

Semasa kelas Matematik Tambahan pula, penulis berasa kesal apabila Pn Liew mengajar kami tentang statistik kerana penulis dahulunya tidak memberi perhatian kepada pengajaran Cik Chua (guru pelatih Matematik menggantikan Pn Chin buat 8 minggu) ketika beliau mengajar topik statistik. Oleh itu, ambillah perhatian dalam kelas, sekalipun guru yang mengajar adalah guru ganti atau guru baru atau guru pelatih.

Semasa kelas Bahasa Melayu pula, sekumpulan pengawas memanggil Kelvin Jong. Kelvin Jong memberitahu kami bahawa dia dipilih sebagai pengawas sesi ketiga. Tiada sesi temuduga, Kelvin Jong akan memulakan tugasnya minggu hadapan. Alhamdulillah, mujur mereka tidak memilih penulis (perasan). Hal ini telah menyebabkan ahli-ahli Parlimen 4A/2008 kecoh buat seketika untuk memilih ketua tingkatan yang baru. Penulis segera menolak untuk menjadi ketua kelas buat kali ketiga dan ingin kekal menjadi penolong ketua kelas. Akhirnya, ahli-ahli Parlimen (tetapi tanpa YB Speaker Roland Teo) sepakat untuk membawa usul untuk memilih sama ada James Lai atau Allistair Adam menggantikan tempat Kelvin Jong.

Selepas tamat kelas, penulis menunggu di luar surau kerana surau begitu sesak dengan pelajar kelas 4D, 4E dan 5B yang menunaikan solat zuhur di bawah seliaan Ustaz Manaf. Untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali, penulis bersama dengan Wan Mohd. Fahrurrazi menunggu di luar. Sambil menunggu, kami berbincang tentang Kem Qiyamullail yang (dalam cadangan) akan dijalankan pada Sabtu minggu hadapan. Pada hemat penulis, ada eloknya kalau kem tersebut diadakan pada minggu hadapan, memandangkan tidak lama lagi tibanya bulan Ramadhan.

Semasa ingin menunaikan solat zuhur bersama dengan senior-senior Tingkatan 5, mereka mengambil masa yang lama untuk memilih imam. Pada mulanya mereka memilih penulis tetapi penulis menolak. Akhrinya, apabila mereka masih tidak dapat memilih imam, maka penulis menghentikan pencarian (untuk mempercepatkan proses menunaikan solat) dengan mara ke hadapan untuk mengimami solat itu. Selepas solat, Ustaz Manaf mengkritik senior-senior tersebut yang memilih orang yang muda untuk mengimami solat. Ya, sepatutnya orang yang lebih tualah yang patut mengimamkan solat (adakah itu bermakna penulis telah tua?).

Penulis pula tidak henti-henti mengusik Nadzmi tentang hal 'kisah cinta monyetnya' walaupun penulis cuba merahsiakan sebahagian yang perlu dirahsiakan. Penulis rasa kelakuan penulis ini agak buruk apabila penulis mengalami kesukaran untuk keluar dari perpustakaan sekolah, menyebabkan tiga orang pelajar (dua lelaki, seorang perempuan hot) mengetawakan penulis yang melihat gelagat penulis yang 'lucu' bagi mereka. Kan dah kena ketawa...

0 comments:

Post a Comment

Apa Kata Anda...?