Sebenarnya penulis lupa untuk menceritakan kepada anda tentang sesuatu yang menarik yang berlaku semalam, yang penulis rasa perlu diambil pengajaran bagi semua Muslimin. Dan penulis juga ingin menceritakan sesuatu yang patut anda fikirkan.Semalam, ketika penulis berada di perpustakaan, penulis bersama dengan Nadzmi, Azlan dan Mohammad Zikri. Mohammad Zikri mengalami kesukaran untuk menjawab soalan-soalan SPM yang terdahulu (Mohammad Zikri adalah pelajar tingkatan lima), jadi penulis membuat keputusan untuk membantunya mengikut kemampuan.
Ketika itu, datang pula Athina Klaywa Sim (lebih kurang begitulah namanya, seorang pelajar perempuan Tingkatan 6 Atas yang terkenakl dengan kecantikannya dalam kalangan pelajar lelaki) ke meja kami lalu duduk bersama kami. Dia mengambil buku rujukan Pendidikan Islam SPM yang Mohammad Zikri gunakan (ketika itu dia tidak gunakan buku tersebut) dan membaca buku tersebut. Dalam hati penulis, penulis berasa gembira dan bersyukur kerana orang bukan Muslim tertarik untuk mengenali Islam.
Kemudian datang pula seorang pelajar lelaki (tidak pula penulis ingat namanya) dan duduk di sisi Athina. Apabila pelajar tersebut melihat Athina sedang membaca buku Pendidikan Islam, lelaki tersebut bertanya sebab dia membaca buku tersebut. Apa yang mengejutkan penulis ialah dengan beraninya Athina membalas, "Why? Cannot kah?"
Penulis tergamam buat seketika.
Athina kemudiannya memandang penulis untuk melihat reaksi penulis. Apabila dia melihat reaksi penulis yang masih tergamam, penulis lihat dia tersenyum.
Pengajaran: Jangan contohi kelakuan lelaki di atas yang hanya membuatkan Islam semakin tercemar.
* * * * *
Setelah selesai menikmati makan tengah hari tadi, penulis bersama dengan Daryl dan Adrian menuju ke Dewan Kuliah untuk kelas Sivik. Semasa menaiki tangga, Daryl dan Adrian melihat sesuatu yang tidak elok. Apabila penulis bertanya kepada mereka, mereka berdua mengatakan mereka melihat seorang pengawas tingkatan 6 bawah (seorang Muslim) kelihatan mencium seorang pelajar perempuan tingkatan 6 atas (yang mana bukan mahram kepada lelaki itu).
Mereka berdua kemudiannya menceritakan apa yang mereka lihat kepada Benedict, Roland, Stanley dan Kelvin Jong. Penulis rasa menggeletar mendengar apa yang mereka katakan.
Pengajaran: Inilah yang dikatakan pencemaran akhlak dan moral, sehingga tak dapat dicemarkan lagi.






0 comments:
Post a Comment
Apa Kata Anda...?