Saturday, August 30, 2008

Khat Riq'ah (خط الرقعة)

Contoh karya yang menggunakan gaya penulisan Khat Riq'ah

Definisi
Riq'ah menurut bahasa bermaksud cebisan kertas yang ditulis.

Sejarah dan Perkembangan Gaya Penulisan Khat Riq'ah
Khat ini telah dicipta oleh seorang jurukhat Turki bernama Mumtaz Bek, semasa zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Khan (1280 H). Tujuan khat inid icipta adalah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua urusan rasmi dalam kalangan kakitangan kerajaan Turki Uthmaniyah.

Gaya penulisan khat Riq'ah merupakan gabungan antara gaya Khat Diwani dan khat Siyaqat.

Ciri-ciri Gaya Penulisan Khat Riq'ah
  1. Bentuk hurufnya yang tegak dan kecil.
  2. Kebanyakan huruf dalam gaya ini berada di atas garisan.
  3. Gaya penulisan ini tidak memerlukan masa yang lama untuk menulis.
  4. Hanya terdapat sedikit kaedah dalam gaya penulisan Khat Riq'ah.
  5. Gaya ini lebih mudah berbanding gaya penulisan Khat Nasakh.

Penggunaan Gaya Penulisan Khat Riq'ah
Pengunaan gaya ini lebih tertumpu kepada tulisan dan nota. Tulisan ini jarang digunakan sebagai penghias muka hadapan sesuatu buku disebabkan kurang menarik berbanding gaya Khat Thuluth.

0 comments:

Post a Comment

Apa Kata Anda...?