Hari ini saya pulang agak lewat. Pukul 4.15 petang. Terlalu banyak perkara yang saya alami, lakukan, dan lihat. Dan ada sesetengah daripadanya tidak dapat saya rekodkan di sini kerana tidak dapat digambarkan melalui perkataan.Kehairanan
Hari ini, saya kembali melakukan tugas-tugas saya sepereti biasa. Sebagai ketua tingkatan bagi kelas 4A, saya terpaksa tiba awal di sekolah. Mengambil fail hijau, menyusun meja dan kerusi dalam pasangan, dan adakalanya saya membantu James menyapu lantai.
Pagi ini, saya memperuntukkan kebanyakan masa sebelum kelas untuk menyiapkan laporan PEKA Kimia. Namun begitu, saya disapa oleh seseorang yang tidak saya kenali. Yang peliknya, pelajar lelaki berbangsa Cina itu tahu nama saya. Pelajar lelaki itu kelihatan seperti pelajar Tingkatan 5 atau pelajar tingkatan 6.
SAYA: (sedang tekun menyiapkan laporan PEKA)
LELAKI CINA: (berjalan di luar kelas, memandang SAYA sambil melambai ke arahnya) Hai, Lukhman.
SAYA: (kehairanan) Hai.
Dan babak tersebut tidak berakhir di situ sahaja. Saya sekali lagi disapa oleh lelaki yang sama.
Saya tetap duduk di situ, kehairanan.
Bagaimana dia tahu nama saya? Adakah dia yang pernah mengejek saya dengan menyebut nama ‘gadis itu’ hari itu?
(Rujuk di sini)
Bertembung Dengannya
Selepas rehat, Cikgu Yahya masuk ke dalam kelas. Hari ini, kami membuat latihan berkenaan Zaman Renaissance, Gerakan Reformation dan Penjelajahan Bangsa Eropah.
Cikgu Yahya menyangka kami masing-masing memperuntukkan sebuah buku latihan untuk latihan Sejarah. Ternyata, beliau terkejut apabila kami memberitahu kami biasa menyiapkan latihan edaran yang diberikan oleh Pn. Rauzan.
Jadi, saya diarahkan olehnya untuk pergi ke bilik pencetak untuk membuat salinan latihan tersebut. Cikgu Yahya menyerahkan wang kertas RM5 dan tag namanya kepada saya (memandangkan dia tidak membawa pas keluarnya).
Saya terpaksa menggunakan tenaga penuh untuk berlari dari kelas menuju ke bilik pencetak.
Dalam larian tersebut, saya secara tidak sengaja bertembung dengan ‘gadis itu’. Saya nyaris-nyaris melanggarnya. Saya terpaksa merendahkan dan membengkokkan badan saya serta membelok untuk mengelakkan daripada terlanggar ‘gadis itu’.
SAYA: (membelok ke kiri)
D (Gadis Itu): (juga membelok ke kiri)
SAYA: (membelok ke kanan)
D: (juga membelok ke kanan)
SAYA: (kembali membelok ke kiri sambil berkata kepada diri sendiri) Arghh, blocking my way. (berlari)
Tetapi, pada akhirnya, saya tidak dapat memfotostat latihan tersebut disebabkan sebab-sebab tertentu.
Dan sekali lagi 'gadis itu' muncul, berjalan melalui Blok Josephians Tingkat 2 (di mana terletaknya kelas kami).
KELVIN TING: Hei, Lukhman.
SAYA: (mendongkakkan kepala setelah bermain-main kalkulator) What?
DARYL, KELVIN TING, KELVIN JONG, ADRIAN HO, ROLAND: (memandangkan ke arah SAYA, tersenyum, sedikit sinis)
SAYA: What? (kehairanan)
KELVIN JONG: It's her. Just passing by.
SAYA: (terkejut, menyangka siapa yang datang)






2 comments:
KELVIN TING: Hei, Lukhman.
SAYA: (mendongkakkan kepala setelah bermain-main kalkulator) What?
DARYL, KELVIN TING, KELVIN JONG, ADRIAN HO, ROLAND: (memandangkan ke arah SAYA, tersenyum, sedikit sinis)
SAYA: What? (kehairanan)
KELVIN JONG: It's her. Just passing by.
SAYA: (terkejut, menyangka siapa yang datang)
What me???xD
Roland: You're the sooprting actor... heheheh...
Post a Comment
Apa Kata Anda...?