Thursday, October 16, 2008

Hipokrit dan Fungsi Pendidikan di Malaysia

Saya enggan mengulas (sama ada panjang lebar atau pendek molek) mengenai kertas Biologi. Tetapi, bagi Pendidikan Islam Kertas 2, alhamdulillah, saya mampu menjawab hampir kesemua soalan dengan lancar. Kali ini saya enggan menjawab dalam tulisan Jawi. Entah mengapa saya berasa sedemikian rupa.

Namun, saya agak terkilan apabila saya gagal mentafsirkan maksud perkataan al-Quran:

Tidak mengapa, bertawakal sahajalah kepada Allah.

Selepas tamat peperiksaan untuk hari ini, saya menuju ke surau. Di situ, saya telah dapati Azlan Nuraqmal telah tiba lebih awal daripada saya. Ketika saya tiba, saya ternampak begnya dan empunya beg tersebut sedang mengambil wuduk.

Ketika kami berbincang tentang kertas Pendidikan Islam yang baru sahaja kami duduki, Azlan mengatakan sesuatu kepada saya. Dia menasihati saya agar memperlahankan suara ketika bercakap, kerana suara yang agak kuat ketika bercakap. Mendengar isu lapuk itu, saya tersenyum padanya. Saya tahu, itu sudah semula jadi bagi diri saya. Solusi terbaik bagi masalah ini ialah dengan mengamalkan sunnah Nabi.

Daripada Abu Hurairah (semoga Allah meredainya), bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam."

Mudahkan?

Namun, apa yang saya kesalkan ialah apabila dia mengatakan, "Ada orang sik suka...". Mengapalah tak diberitahu kepada saya, sebaliknya diumpat di belakang saya? Sungguh munafik (hipokrit) insan tersebut.

Daripada Abu Hurairah, katanya, "Rasulullah SAW telah bersabda, "... Setiap orang Muslim haram ke atas orang Muslim (yang lain) darahnya, harta, dan maruah dirinya.""

(Hadis ini merupakan antara hadis yang dipelajari dalam Pendidikan Islam tingkatan empat).

Bukankah itu yang dia pelajari di kelas Pendidikan Islam? Tetapi, saya tidak terkejut, memandangkan sistem pendidikan sekarang tidak menitikberatkan pembentukan modal insan, sebaliknya menitikberatkan peperiksaan.

Sayangnya, pihak Kementerian tidak menyedari hal ini. Sebaliknya, terus menjadikan sistem pendidikan yang sedia ada menjadi lebih tidak efisien. Jangan sampai "menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna" sudahlah.

0 comments:

Post a Comment

Apa Kata Anda...?