Tuesday, October 14, 2008

Tiada Batasan

Sama seperti semalam, hari ini saya stayback di sekolah bersama Azlan Nurqamal, Mohd. Haziq dan Jabbar. Kami mengulangkaji pelajaran Sejarah, waaupun kebanyakan masa kami bercakap-cakap kosong. Mula-mula kami belajar di perpustakaan kerana di surau sesak dengan calon-calon PMR yang pastinya 'mengulangkaji dengan mulut' untuk kertas yang seterusnya. Pada pukul 3, kami bertiga menuju ke surau yang telah kosong.

Setelah menunaikan solat asar, kami bertiga duduk di wakaf kecil berdekatan pintu masuk utama ke SMK St. Joseph. Setelah berbual-bual, tepat pukul 4, saya meninggalkan mereka untuk kembali ke rumah. Dari wakaf tersebut, saya terlihat Brother Albinus yang berada di hadapan Blok Mill Hill, melihat saya yang sedang dalam perjalanan balik ke rumah. Di situ, kami berbual-bual.

Mula-mula, beliau bertanya tentang apa yang saya lakukan di sekolah. Saya menjawab bahawa saya bersama dengan rakan-rakan saya mengulangkaji di surau. Beliau kelihatan tidak setuju kerana beliau tahu kami terpaksa duduk di atas lantai di dalam surau tanpa kerusi dan meja. Malas untuk berdebat, saya memberitahunya kami mengadakan soal jawab tentang kertas yang bakal kami duduki esok. Kelihatannya beliau tidak begitu membantah.

Beliau merungut kepada saya bahawa kelas tingkatan dua di bahagian sayap kiri blok Mill Hill begitu bising. "The students talking and making noise, and the teacher also talking." Begitulah antara apa yang beliau katakan kepada saya.

Saya cuba menjelaskan kepadanya (dalam bahasa Inggeris, kerana beliau orang Poland) bahawa sikap pelajar sekarang ini sudah berubah dan begitu teruk. Tiada rasa hormat kepada cikgu, Semuanya disebabkan pergaulan yang tanpa panduan dan tiada batasan.

Sekarang, orang bukan Malaysia sendiri merungut tentang sikap generasi muda kita. Takkan kita nak berdiam diri?

0 comments:

Post a Comment

Apa Kata Anda...?