Thursday, October 23, 2008

Stres Tahap Tertinggi

Kadang-kadang kita mengeluh: "Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?". Jawab al-Quran: "Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah, 2 : Ayat 216)
Peperiksaan Matematik Tambahan Kertas 1
Untuk kertas 2 yang lalu, saya dapat merasakan terdapat penurunan pada markah Matematik Tambahan saya kali ini. Markah tersebut hanya akan dapat diubah sekiranya markah bagi Kertas 1 saya tinggi atau mendapat markah penuh. Itulah jawapan Pn. Liew apabila saya mengajukan soalan tersebut kepadanya.

Kelihatan seperti mustahil bagi saya untuk mendapatkan markah penuh bagi Kertas 1, tetapi saya tetap mencuba. Manalah tahu, kot kot dapat.

Amin.

Peperiksaan Biologi Kertas 3

Semasa menduduki kertas Biologi, saya mendapat satu pengajaran: Lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Tiada gunanya meminta tip daripada guru pada saat-saat akhir.

Topik yang disoal bagi Kertas 3 sangat berbeza daripada apa yang saya dan sesetengah rakan saya sangka. Kami menjangkakan bahawa topik fotosintesis akan disoal dalam soalan mereka eksperimen, namun soalan itu keluar pada soalan struktur. Punyalah bengang dibuatnya.

Apa yang membengangkan lagi saya ialah, bagi soalan mereka eksperimen, kami diminta menyediakan rekaan eksperimen bagi mengkaji osmosis. Apa ke jadah ni...?

Saya dapat merangka jawapan saya bagi soalan tersebut. Namun, malangnya, pihak sekolah begitu 'kedekut' untuk menyediakan masa satu jam tiga puluh minit. Kami hanya diberi masa sejam untuk menjawap Kertas 3.

Pada saat loceng terakhir berbunyi, saya baru sahaja selesai menulis poin kedua bagi bahagian prosedur.

Apa boleh buat? Tawakal sahaja la.. (walaupun tahu, peperiksaan kali ini pasti menurun markah Biologi)

Peperiksaan Tasawwur Islam Kertas 2

Saya betul-betul belum bersedia.

Dan saya terpaksa menduduki kertas Tasawwur Islam.

Walaupun dalam keadaan tidak begitu bersedia.

Memandangkan Ustaz tidak hadir, dan tiada guru yang sudi mengawasi kami, maka kami (saya, Alif Azni, Syukri, Shamrul, Nadzmi, dan Azlan) sepakat untuk menjawab sendiri kertas Tasawwur Islam Kertas 2. Alif dan Nadzmi menjawap kertas tersebut di surau, manakala saya, Azlan dan Syukri di perpustakaan sekolah.

Masa yang diperuntukkan ialah dua jam tiga puluh minit. Saya dan Azlan mula menjawab pada pukul 2.00 petang (usai makan tengah hari di kantin sekolah) dan selesai menjawab pada 3.40 petang.

Disebabkan kami tidak begitu bersedia (Azlan demam-demam, saya pula stres kerana terpaksa mengulangkaji tiga subjek), maka kami pun menjawablah apa yang patut. Adakala kami menjawab yang bukan-bukan.

Soalan pertama yang diaju:
1 (a) (i) Huraikan dua prinsip asas Islam Hadhari yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Apa ni? Prinsip asas Islam Hadhari? Ya Rabbi...

Maka keluarlah jawapan yang bukan-bukan dari kepala otak kami.

Azlan bergurau kepada saya, "Saling tolong menolong, OK?"

Respon saya: "Yalah, ta'awanu 'alal-ism wal-udwan (bertolong-tolongan dalam melakukan dosa dan kemungkaran)."

Maka sekali lagi kami tawakal sahaja... dah berusaha dah... tawakallah yang tinggal.

0 comments:

Post a Comment

Apa Kata Anda...?