Tuesday, October 21, 2008

Dua Karya Terbaharu

Sebaik sahaja saya bangun daripada tidur pagi ini, saya sangat berharap agar apa yang saya alami sebelum ini adalah mimpi semata-mata. Namun... hakikatnya, apa yang berlaku selama ini adalah realiti dan saya terpaksa menerima hakikat tersebut, dengan hati yang pedih sepedih-pedihnya. Kaki saya dihiris dengan gergaji pun tidak sepedih ini...
Karya Abdul Hakim Lukhman Al-Yusufi yang Terkini
Anda percaya atau tidak sekiranya saya katakan saya berjaya menghasilkan dua karya saya yang terbaharu ketika peperiksaan sedang berlangsung? Percayalah, saya telah melakukannya hari ini.

Ketika saya dan yang lain-lain menduduki Kertas 1 bagi Bahasa Melayu, saya telah mengarang sebuah cerpen pendek menerusi soalan 5 Bahagian B. Cerpen tersebut yang diberi tajuk Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri, Lebih Baik di Negeri Sendiri hanyalah empat mukasurat panjangnya, bertulisan tangan saya. Insya-Allah, saya akan menyiarkan cerpen saya.

Dan bukan saya seorang sahaja yang memilih soalan 5 Bahagian B. Emmanuel juga memilih soalan yang sama, cuma jalan ceritanya sahaja yang berbeza. Jalan ceritanya lebih dramatik, menurut Emmanuel.

Dan ketika menduduki kertas Mathematics, saya punyai masa sejam setelah selesai menjawab kesemua soalan. Dan usai menyemak semula jawapan saya (walaupun saya tahu, memang ada jawapan saya yang salah), saya duduk di tempat saya, tidak tahu apa yang harus dibuat.

Tiba-tiba, perasaan saya mula bergelora, disebabkan oleh sesuatu. Maka timbullah ilham untuk mengarang sajak yang berbunyi:
seminggu tidak bersua
umpama seabad lamanya
aku gundah gelana
hampir gila rasanya

bodohnya ...
rasa malu bila ada
rasa rindu bila tiada
beraninya tiada
maka tiada terluah perasaannya

Saya rasa anda faham apa yang tersurat dan tersirat di sebalik sajak ini. Secara jujur, sajak ini secara total menggambarkan perasaan saya. Maklumlah, sibuk dengan peperiksaan. amat jarang saya bersua dengannya secara tidak sengaja.

Peluang
Sebaik sahaja loceng berbunyi pada 12.45 tengah hari, saya segera keluar dari kelas menuju ke bilik guru. Sepatutnya, saya menduduki kertas Kesusasteraan Melayu selepas sekolah.

Saya itu, saya, Qamarul dan Christ Andra pergi menemui Encik Yahya, guru Sejarah kami. Beliau yang telah memilih kami (sebenarnya, beliau memilih Qamarul, dan saya, Adam dan Christ dipilih oleh Qamarul) untuk menghadiri suatu seminar berkenaan sejarah Sarawak memberikan penjelasan kepada kami. Alistair Adam tidak dapat menghadirkan diri kerana dia perlu pulang segera. Kami dijadualkan menghadiri seminar tersebut pada 1 November 2008. Alhamdulillah, syukur kepada Allah.

Kembali kepada cerita asal. Di meja Pn. Halipah, saya tidak menemui sebarang kertas soalan Kesusasteraan Melayu dan kertas jawapan. Melihatkan keadaan saya yang bingung, saya bertanya kepada Pn. Dewi Ratna (ibu kepada rakan sekelas saya, iaitu Mohd. Daniel).

LUKHMAN: Cikgu, Cikgu, Halipah dah balik ke, Cikgu?
PN. DEWI: Ya, Lukhman. Dia dah balik dah. Awak cari apa, Lukhman?
LUKHMAN: Saya cari kertas Kesusasteraan Melayu, cikgu. Saya sepatutnya ambil exam Sastera hari ini.
PN. DEWI: Oh, dia lupalah tu. Tak apalah, esok awak beritahu dia.
LUKHMAN: Ya, cikgu.
PN. DEWI: Hai, awak ambil berapa subjek sebenarnya, Lukhman?
LUKHMAN: 12, cikgu. Itupun, subjek tambahan yang saya ambil tu subjek yang saya minat.

Tetapi, legalah juga, sebab saya masih ada masa untuk mengulangkaji Sastera.

Macam Mana Boleh Lupa...?
Selepas usai menunaikan solat Zuhur, saya dan Azlan Nuraqmal duduk di belakang bilik guru sambil memakai kasut kami. Di situ, kami bertembung dengan Cikgu Azibah yang hendak menuju ke bilik air. Ketika itulah, Cikgu Azibah meminta saya menolongnya mengangkat beg-beg di mejanya.

Walau bagaimanapun, saya langsung terlupa akan pesan cikgu sehingga saya teringat semula apabila membaca diari Nadzmi. Azlan menyarankan kepada saya agar pergi ke bilik guru. Alhamdulillah, mujur Cikgu Azibah belum pulang. Saya segera meminta maaf kerana kelalaian saya. Selepas itu, saya membawa beg-begnya yang agak banyak dan menyimpannya di dalam but keretanya.

[Itulah, lain kali, katalah Insya-Allah... kau dah lupa ke apa Allah kata, Lukhman?]

0 comments:

Post a Comment

Apa Kata Anda...?