Tuesday, October 07, 2008

Kesan-kesan 'Pergaulan Terlampau Bebas'

Barangkali istilah pergaulan bebas tidak lagi sesuai buat masa kini. Ia patut digantikan dengan istilah pergaulan terlampau bebas. Kisah yang akan anda baca selepas ini merupakan sebahagian daripada kesan-kesan pergaulan terlampau bebas.
Hari ini, usai menunaikan solat Zuhur, saya menunggu seorang sahabat saya, Azlan Nuraqmal dari 4D, yang mana dia sedang berada dalam kelas luar sidang di Surau al-Jauhari. Sementara saya menunggu dia, saya juga menunggu Roland Teo, Kelvin Jong dan Kelvin Ting, kerana majalah Ad Astra milik mereka bertiga berada dalam simpanan mereka, memandangkan mereka terpaksa menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

Namun, saya tidak sempat bertemu dengan mereka. Terpaksalah saya menyerahkan majalah mereka esok.

Setelah selesai kelas luar sidang (yang berlangsung selama 45 minit), saya dan Azlan menuju ke perpustakaan sekolah untuk meletakkan beg kami di rak sebelum menujue tempat lain. Hari ini, Azlan dengan begitu murah hati membelanja saya makan. Pada mulanya, kami bercadang untuk makan tengah hari di Kopi-O Korner. Tetapi, disebabkan Kopi-O Korner tidak dibuka hari ini, kami makan tengah hari di Sugar Bun.

Semasa kami hendak masuk ke dalam Sugar Bun, kami terlihat sesuatu yang kurang menyenangkan.

Terdapat seorang pelajar perempuan dan pelajar lelaki. Sudah semestinya mereka masih bersekolah — pelajar sekolah menengah. Apa yang kami lihat ialah, ketika pelajar perempuan itu sedang mengikat tali kasutnya, pelajar lelaki itu dengan selambanya tanpa rasa segan silu mencium pipi gadis itu. Apa lagi, terngaga luaslah mulut kami berdua melihat aksi yang dilakukan dengan beraninya oleh lelaki yang bermuka Tembok Besar China, sehingga susah diruntuhkan tembok tersebut. Luasnya nganga mulut kami, hanya Mimar Sinan Aga sahaja yang tahu. Betapa kuatnya tembok itu pula, hanya rakyat China atau mereka yang berbangsa Cina sahaja yang tahu.

(Mimar Sinan Aga ialah seorang arkitek Kerajaan Turki Uthmaniyyah, pembina Masjid Biru di Turki).
* * *

Setelah selesai memesan hidangan yang dikehendaki, saya dan Azlan menuju ke meja makan kami. Namun, sebaik sahaja kami hendak duduk, sekali lagi, kami diganggu dengan perkara yang tidak begitu menyenangkan.

Berdekatan dengan meja makan kami, terdapat satu kumpulan pelajar: dua lelaki, dua perempuan (yang pasti lebih tua daripada kami, tetapi bukan pelajar Tingkatan Enam). Salah seorang daripada gadis-gadis itu memakai pakaian yang terlalu seksi. Skirt yang dipakainya terlalu pendek, sehingga menampakkan drumsticknya yang besar. Besarnya drumstick yang kami lihat, hanya penyembelih ayam sahaja yang tahu.

Azlan dengan begitu bijak duduk membelakangi kumpulan tersebut. Saya terpaksa menanggung seksa menikmati pemandangan yang begitu menyeksakan itu, memandangkan saya duduk berhadapan mereka.

Please feel free to comment, whether in Malay or English (but not in other language, or else I have to write in Arabic or Hindi).

My last word for today: SENDIRI MAU FIKIRLAH.

Bacaan lanjut: sini
Gambar hanyalah hiasan semata-mata

1 comments:

Roland said...

Welcome to the world. The modern world.
You should go to KL and see for yourself.

Post a Comment

Apa Kata Anda...?