Tuesday, July 15, 2008

Rejab 11th - Mau'izhatil-Hasanah (Berbahas dengan Cara yang Baik)...

Hari ini pelajaran dimulakan dengan kuliah Biologi selama dua masa. Memandangkan Hjh. Rosni belum siap menyemak kertas kami, maka beliau hari ini mengajar kami tentang bab Digestion. Kalau dahulunya penulis bengang bab ini, sekarang tidak. Rahsianya: perhatian di dalam kelas. Sebab itulah penulis rasakan penulis dapat rasa kenapa Kelvin Ting menyukai subjek ini.
Selepas itu kuliah Additional Mathematics berlangsung, juga selama dua masa. Memandangkan Cikgu Liew tidak hadir (Kuiz Sains Nasional), maka ada guru lain yang sit-in. Walau bagaimanapun, perbincangan jawapan untuk Section A kertas peperiksaan Additional Mathematics tetap disambung, dikendalikan oleh guru sit-in tersebut. Setelah selesai perbincangan, semua pelajar membuat kerja masing-masing.

Selepas rehat, pelajaran diteruskan dengan kuliah Bahasa Malaysia selama dua masa. Seluruh masa digunakan untuk membuat pembetulan Kertas 2 BM bahagian Rumusan dan Pemahaman Petikan Umum. Menurut Pn. Halipah, pelajar yang mendapat markah tertinggi bagi Kertas 2 antara kami ialah Victor Chin, sebanyak 67 daripada 95 (Tahniah, Victor). Roland pula mendapat 65 (Tahniah juga, Roland, pastinya anda tidak menyangka markah anda sebegitu). Penulis pula memperoleh 60. Cikgu juga memberitahu bahawa penulis tidak menulis nama penulis pada kertas jawapan penulis. Apabila dipastikan tulisan, barulah penulis mengakui kertas tak bernama itu milik penulis. Segera penulis tulis nama penulis pada kertas tersebut. Maklumlah, masa jawab hari tu, penulis demam panas yang teruk.

Pelajaran diakhiri dengan kuliah Bahasa Inggeris juga selama dua masa. Memandangkan Pn. Jennifer belum siap menyemak kertas kami, maka dua masa tersebut dihabiskan untuk menyediakan skrip untuk lisan kali kedua. Setelah siap, penulis menyerahkan kepada beliau untuk semakan. Sementara menyedia dan menunggu, penulis tidak sangka Daryl dan Kelvin Ting tertarik untuk membaca majalah AL ISLAM. Sementara menunggu dan setelah menerima kembali skrip penulis, penulis bersama dengan Kelvin Ting dan Emmanuel berbahas tentang hal ehwal agama masing-masing dalam cara yang baik dan harmoni. Menurut Kelvin, pembaptisan memang dilakukan semasa Easter, sama ada sebelum atau semasa Easter. Hanya media dan sesetengah pihak sahaja yang menghembar-hemburkan berita pembaptisan orang yang telah murtad dari Islam atas tujuan yang buruk. Macam-macamlah perkara lain yang kami bertiga debatkan. Penulis mewakili Islam, manakala Kelvin Ting dan Emmanuel mewakili Kristian. Apa yang penulis boleh beritahu, pengalaman tersebut sememangnya pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Berbahas dengan rakan yang juga tahu banyak perkara tentang agamanya tentang hal ehwal agama kami.

***

Hari ini, penulis berjaya mereka bentuk blog penulis, menjadi seperti yang anda dapat lihat sekarang. Jika anda mempunyai sebarang komen, dipersilakan.

0 comments:

Post a Comment

Apa Kata Anda...?