Thursday, July 03, 2008

28 Jamadil Akhir | Diusik...

Hari ini, kelas dimulakan dengan kuliah Additional Mathematics. Penulis, Kelvin Ting, Roland Teo dan Kelvin Jong selalu merungut antara satu sama lain kerana kami mengalami kesukaran untuk menyelesaikan soalan (berkaitan dengan indeks dan logaritma) yang sepatutnya mudah untuk diselesaikan. Penulis berkata kepada mereka: "The question is so easy, and yet we do know how to solve it."
Kemudian, kelas diteruskan dengan sesi PJ. Seperti biasa, Roland dan Kelvin Ting tidak turun untuk PJ, kerana Kelvin ada masalah kesihatan fizikal dan Roland ingin menumpukan kepada ulangkaji. Memandangkan pelajar-pelajar tingkatan lima sedang menghadapi peperiksaan, jadi penulis dan rakan-rakan yang lain bermain bola sepak di padang futsal dengan cuba tidak membuat bising.

Selepas itu, kuliah Chemistry. Membincangkan latihan di dalam buku kerja, cikgu tidak sempat untuk mengajar kami tentang electrokimia. Malangnya, penulis terlupa membawa buku kerja (serta lupa menyiapkan latihan yang disuruh) sehingga terpkasa berkongsi buku dengan Adrian. (Maaf, Adrian, sekiranya penulis menyusahkan awak). Namun, pada akhir kuliah, penulis dan rakan-rakan sekelas yang lain diingatkan oleh cikgu untuk ingat agar sentiasa mengulang kembali prosedur heating, cooling dan weighing sehingga mendapat jisim yang konstan untuk eksperimen mencari formula empirikal.

Selepas rehat, kelas disambung dengan kuliah Sejarah. Hari ini cikgu memberi tips kepada kami dalam menulis esei soalan Sejarah. Menurutnya, tidak semua fakta (isi) memerlukan huraian, hanya sesetengah sahaja yang memerlukan huraian. Sesuatu yang melegakan penulis.

Selepas itu, kuliah Bahasa Malaysia. Sekali lagi, penulis terlupa membawa buku kerja Bahasa Malaysia. Mujurlah cikgu tidak perasan. Masih mengajar tentang sajak Anak Laut. Kelas menjadi sedikit hingar kerana kuliah yang bosan (bagi mereka).

Selepas itu, barulah kelas diakhiri dengan kuliah Biologi selama dua masa. Cikgu juga memberikan tips untuk menjawab soalan menulis laporan eksperimen bagi peperiksaan minggu hadapan. Kelas sedikit bosan, tetapi penulis cuba menumpukan perhatian penulis kepada pengajaran cikgu.

* * * * *

Selepas sekolah, penulis bersama dengan Nadzmi pergi ke Hopoh untuk membeli kad ucapan untuk Cikgu Chua. Keadaan jalan begitu sibuk, sehinga menyukarkan kami untuk melintas jalan.

* * * * *

Semasa kelas Chemistry, penulis diajukan soalan bertalu-talu daripada Adrian dan Daryl. Mereka bertanya mengenai nama sebenar HY. Pada mulanya, penulis enggan berbuat demikian, tetapi disebabkan tidak tahan dengan soalan yang datang bertalu-talu tersebut, penulis memberi bayangan kepada mereka, sehingga mereka meneka nama HY dengan tepat. Lalulah penulis diusik dengan menyanyikan nama HY. Arghh...

Adrian kemudian bertanya mengenai nama Kristian HY. Yang itu penulis tidak begitu pasti. Lalu penulis teringat akan nama HY yang penulis temui ketika penulis pertama kali menggunakan Friendster. Jadilah mereka menyanyikan nama tersebut, lebih teruk mereka menghasilkan perkataan rejoice, joystick, dsb. Tetapi, penulis tidak begitu pasti dengan nama Kristian HY...

Bercakap nama HY (given name), Roland memberitahu penulis bahawa maksud nama HY ialah wind flower. Pelik bunyinya, bukan? Mungkin dia tak tahu karakter Cina bagi nama HY...

Siaplah hangpa semua, ada ubi ada batas, ada hari aku naik bas (oOps..)

Sekiranya HY sedang membaca entri ini, janganlah awak marah akan penulis. Penulis mendapat 'tekanan' daripada mereka dan penulis tak dapat tahan. Maafkan penulis....


1 comments:

Roland said...

Sabar sabar. Main-main aje. =D

Post a Comment

Apa Kata Anda...?