Peperiksaan Kedua 2008 telah masuk hari kedua. Dimulakan dengan mata pelajaran Matematik Tambahan, dengan yakin penulis pasti bahawa tiga soalan penulis tidak akan mendapat markah. Terlupa menjawab soalan, selepas itu lalai dalam langkah pengiraan, kemudian soalan yang berikut hanya mendapat memenuhi satu nilai sahaja.Kemudian subjek Bahasa Inggeris, boleh dikatakan agak mudah. Bagi soalan esei, penulis tidak begitu berani untuk menulis panjang, kerana the more you write, the more mistake you'll make (hipotesis ini hanya terpakai bagi mereka yang lemah atau sederhana dalam bahasa Inggeris).
Selepas menunaikan solat zuhur, penulis segera balik ke rumah dan menikmati makan tengah hari sebelum balik semula ke sekolah untuk mengulangkaji di sana bersama Azlan dan Nadzmi.
Ketika mengulangkaji fizik, penulis menghadapi kesukaran untuk menjawab, kerana tidak faham. Akibatnya, penulis hampir sampai tekanan yang melampau, sehingga ingin menikam buku fizik dengan pisau.
Satu lagi yang membuatkan penulis bengang ialah bab Haji subtopik Dam. Yang lain penulis tidak begitu menghadapi masalah, kecuali dam (denda kerana melakukan kesalahan ketika haji atau meninggalkan perkara wajib ketika haji). Penulis tidak sempat mempelajari keseluruhan bab Haji sebelum berpindah ke Kuching, dan apabila tiba di Kuching, Ustazah pula telah selesai mengajar bab tersebut.
***
Ketika penulois berborak dengan abang penulis tentang chatting, Friendster dan sebagainya, barulah penulis tahu bagaimana pemikirannya berhubung dengan perkara ini. Dia kata, zaman sekarang ini kita harus pandai berbohong, tak macam penulis, kolot....
Untuk pengetahuan anda, penulis rela dikata kolot, daripada penulis menjahanamkan diri ke dalam Neraka Jahannam dengan pemikiran sebegitu...
Walaupun dalam zaman siber, penulis ingin menasihatkan, janganlah kita berbohong dalam semua perkara...
Lagi satu, ketika penulis bertanya kepada abang penulis tentang bagaimana dia mendapat mp3nya, dia kelihatan tidak selesa. Setelah menjawab soalan penulis dia berkata: "Aku tak suka orang yang banyak tanya. Orang yang banyak tanya tu penyibuk..."
Laa.. salahkah bertanya sebagai adik...?
Bukannya semua orang yang banyak tanya tu penyibuk.. ada sebahagian mereka menjadi saintis terkenal seperti Dr. Ahmad Zewail...
Aku berlindung dengan Allah daripada Syaitan, politik dan pemikiran yang meracuni diri...






0 comments:
Post a Comment
Apa Kata Anda...?